꧁༺ BAB 2 ༻꧂

33 7 0
                                    

JAM di dinding dipandang sekilas. Makanan yang dihidangkan di atas meja masih tidak lagi disentuh. telefon canggih kini di ambil lalu aplikasi WhatsApp dibuka.

unknown number

-siap, nanti pukul 11 pagi saya pergi ambil awak.

Hajannah

[ seen ]

unknown number

-jangan nak cari pasal.

Hajannah

-k.

Aplikasi WhatsApp ditutup. Pinggan yang masih berisi roti bakar itu di tenung lama.

"Ekhem pikir apa tu?" tanya Kylie. Dia mengambil tempat di hadapan gadis itu.

"hehe nothing mummy." balas Hajannah. Dia mengukir senyuman tawar kepada wanita separuh usia itu.

"Bila nak keluar dengan Muzaffar? tak baby.. kena la luangkan masa dengan bakal suami baby.. mana la tahu jatuh cinta selepas kahwin," ujar Kylie. Tangan puterinya itu di elus perlahan. Dia percaya yang gadis itu akan mengikuti perintahnya untuk berkahwin dengan salah seorang anak kawannya, Joyah.

"Harini kitorang keluar.." kata Hajannah. Air sirap yang sudah tersedia di atas meja itu diteguk beberapa kali. Jujur dia malas mahu bersemuka dengan Muzaffar. Sebelum kahwin lagi dia dah tunjuk tanduk apatah lagi lepas kahwin, tak panjang lah riwayat hidupnya.

"Wow ! mummy dah cakap yang Muzaffar tu baik orangnya. " teruja saja Kylie selepas mendengar kenyataan dari puterinya. Makin berbunga-bunga hatinya tak sabar nak cekup duit menantunya setiap bulan.

________________________________

USAI membeli barang perhiasan untuk hari pernikahan yang tersisa lagi 4 minggu. Kylie yang menetapkan tarikh pernikahan dan menguruskan segala hal, nak harapkan Hajannah? nak terima lamaran si Muzaffar pun nak kena paksa.

"Sayang lapar? say-"Muzaffar yang baru sahaja ingin bertanya lantas Hajannah memotong ayatnya.

"Siapa sayang kau? jangan nak melebih- lebih. Jijik"potong Hajannah tanpa reaksi. Benci dengan gelaran itu. Sudahlah dia tidak bersedia untuk berkahwin, dapat pula lelaki yang mereng macam Muzaffar. pandangan di buang ke luar tingkap tidak mahu bersemuka dengan Muzaffar yang sudah mati kata.

"HEH PEREMPUAN KAU INGAT AKU NAK MENGALAH KALAU KAU LAYAN AKU MACAM SAMPAH?" jerkah Muzaffar. Tangan naik kuat mencekik leher Hajannah. "Jijik? kau tunggu lepas kahwin aku akan buat keluarga kau,kawan kau jijik dengan kau. Baru kau rasa jijik dengan diri kau jugak HAHAHA" Bisik Muzaffar. Cengkaman di leher Hajannah di kuatkan lagi.

"L- lepas laa Muzaffar hang gila ka?"rayu Hajannah . Mukanya sudah bertukar merah menahan kesakitan. Tangan naik memukul kepala Muzaffar apabila tiada sebarang reaksi dari lelaki itu.

"Aku dah buat kau ni kau nak bagitahu parents kau? kau nak mengadu? hah?"tanya Muzaffar. Geram bila cintanya tidak terbalas. Kepala Hajannah di hentak kuat beberapa kali di pintu kereta miliknya. Bila sudah tenang sedikit, dia meleraikan tangannya. Muzaffar turun dari kereta dengan muka tak bersalah, dibiarkan sahaja Hajannah yang sudah lemah di bahagian penumpang.

"Ya Allah kau lindungilah aku ya Allah aku merayu. Allahumma inni a-'udzu bika an adhilla aw udholla, aw azilla aw uzalla, aw azhlima aw uzhlama, aw ajhala aw yujhala 'alayya."ujar Hajannah. Tangan naik memegang kepala yang terasa sakit sesekali dia memandang keluar tingkap untuk mencari sosok lelaki dayus itu. Tiada.

DALAM JAGAAN MR.HAQWhere stories live. Discover now