✧⁠*⁠。Bab 10 ✧⁠*⁠。

29 14 2
                                    

"arghhh!" Pantas Raisha duduk dari pembaringan

Wajah dan lehernya berpeluh dia meraup muka nya cuba menenangkan fikiran

"Mimpi tu lagi.." sedaya upaya Raisha menarik dan menghembuskan nafas nya seperti tercungap-cungap

"Kenapa lah aku tidur waktu asar ni bah haih.." keluh Raisha pantas dia melangkah ke dapur ingin mengambil air

Sedang dia menunggu air terisi di gelas nya itu

tiba-tiba

Ding..Dong

"Siapa lagi yang datang ni?" Dia mengatur langkah untuk mengambil tudung nya yang berada di sofa lalu ingin membuka pintu

Apabila dia membuka pintu kedua wajah ibubapa nya tersenyum melihatnya

"UMI ABAH!" Pekik Raisha teruja apabila ibubapanya tiba-tiba datang ke rumah nya

Dia mempelawa kedua orang tua itu masuk ke dalam rumahnya

Kedua orang tua Raisha mengambil tempat duduk di sofa yang berada di ruang tamu Raisha sambil menghadap Raisha

"Kenapa Ummi dengan Abah endak bagitau(beritahu) mau datang endak ada kakak masak apa-apa" soal Raisha

"Endak paya(tak perlu) lah kau masak kakak sekejap sak ummi  dengan abah ni" ucap puan Raha

"Iya kami jalan-jalan sejak tadi alang-alang singgah lah sini kejap" sambung Encik Rasyidin

"Au(aik)? Kenapa sekejap betul lama-lama lah bah" Rayu Raisha merengek manja sambil menggoncang-goncangkan tangan Puan Raha

"Eh..kau itu, Ummi dengan Abah ni mau bagitau kau ni nanti hari Sabtu datang pi rumah Umi ada guest" Pesan Puan Raha

"Siapa tetamu nya? Abang? Bukan abang bilang dia endak balik kah bulan ni? Siapa?" Soalan demi soalan Raisha tanya kepada kedua orang tua itu

"Datang sejak ada kawan Abah mau datang Uncle Rezza dengan Unty Rosnah" Ucap Encik Rasyidin menjawab segala pertanyaan anak daranya itu

"Apa kena mengena dengan kakak?" Soal Raisha lagi

"Datang sejak lah jangan banyak tanya bah bukan nya durang menggigit juak tu" Tegas Encik Rasyidin

"O..ok" Ucap Raisha perlahan sungguh dia tidak suka dengan ramai orang apalagi mahu jumpa dengan rakan-rakan ibu bapa nya maklumlah bapanya seorang pengetua di sebuah sekolah menengah mestilah ramai kenalan

"Ok lah kami gerak dulu..bagus-bagus kau di rumah sendiri ya kakak..ada apa-apa call sejak" pesan Puan Raha kepada Raisha sambil menghulur kan tangan nya untuk di salam

"Kau tu kakak jangan lah selalu jauhkan diri dengan situasi ramai orang nanti kau nikah di bilik sejak kah? Kisah lalu biarlah berlalu.." Pesan Encik Rasyidin pula

Raisha hanya menganguk sambil menyambut tangan kedua ibubapa nya untuk di salam

Dia melambai kereta kedua ibubapa nya yang mulai keluar daripada perkarangan rumahnya

Dia mengeluh sekali lagi

Tidak boleh kah kedua orangtuanya itu faham? 

Dia tidak suka situasi ramai orang

Dia masuk kembali ke dalam rumah lalu membersihkan diri dan menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim

...

Selepas Raisha menunaikan solat Isya' dia turun ke bawah untuk memasak sesuatu kerana tiba-tiba perutnya berbunyi minta makan

Bukan kerana tiba-tiba perutnya minta makan tapi dia tidak makan dari petang tadi

Dia Yang Aku Cinta (OG)Where stories live. Discover now