Suasana hening di ruang tamu seperti membenarkan Rykarl untuk bersuara di ruang sepi itu sambil wajah nya ditatap oleh ayah dan mama nya iaitu Encik Rezza dan Puan Rosnah.
"Kenapa kamu suruh berkumpul ni?" Soal Encik Rezza sedikit dingin dan berbaur sinis biasalah pencen Askar semestinya begitu namun dia seorang yang penyanyang namun tegas dalam segala hal agar tidak mudah di pijak.
"Sebenarnya abang nak ikut kawan abang pergi Sabah sebab abang nak heal stress sebelum SPM ni ayah" Balas Rykarl
Ada sedikit nada lega di hujung ayat nya.
"Abang nak pergi Sabah belah mana? Sabah tu bukan kecil bang jangan sesat sudah" Ucap adik nya Ryan Rizal.
"Abang pergi kampung kawan abang kat daerah Tawau abang yakin takkan sesat punya" kata nya semangat
"Bila kamu nak pergi?" Soal Encik Rezza kepada Rykarl sekali lagi
"belum tahu lagi ayah yang pasti time cuti minggu depan, boleh lah ayah" Rayu nya seakan memujuk
"Bagi je lah bang lagipun sesuai lah dia untuk redakan stres sebelum exam, kat Sabah tu." Kata Puan Rosnah seakan menyokong tindakan anaknya itu
Encik Rezza terangguk angguk seakan mengiyakan
"Boleh pergi tapi jaga adab di tempat orang. Nanti orang sana kata macam-macam abah tak teragak agak ambil tindakan." tegas Encik Rezza berbaur amaran kepada Rykarl
Rykarl tersenyum senang
"Tapi abang nak bawak Ryan sekali boleh ke ayah?" Soalnya sambil melihat ke arah Encik Rezza dan adik nya.
Ryan tersenyum memandang ayahnya seakan berharap dapat ikut sekali dan Encik Rezza meanggukkan kepala tanda mereka boleh pergi ke sana tapi dengan beberapa syarat yang telah ditetap kan.
...
Buk!
"Oh plis- no again!" Kesal Raisha sambil mengemas buku nya yang berterabur di koridor.
Dia berdiri dan melihat siapa gerangan yang dia langgar lalu mengukir senyuman sinis.
"You! apa masalah kau eh" marah perempuan itu.
"Waina jo punya basar ni koridor kau mau limpas(lalu) juak(juga) di tempat sia berdiri sia antam(pukul) la kau ini endak lama bikin gerigitan(geram) sak(je) pagi-pagi begini" Pekat Raisha memarahi wanita di hadapannya itu
Raisha meniliti wajah wanita itu.
Serta merta peristiwa 5 tahun lalu terlayar di minda Raisha
...
Pada hari kedua persekolahan ketika umur mereka masih 12 tahun Raisha telah bertemu dengan seseorang yang dia rapat lebih daripada dia rapat dengan Adam,Shah,Dyana,Mawar dan Rykarl
Seseorang yang dia anggap sebagai seorang sahabat yang mampu bersama sama susah senang tetapi pencubaan dia untuk menghianati Raisha sewaktu darjah enam masih segar diingatan
Dimana waktu itu Raisha mendapat markah tertinggi dalam subjek Bahasa Melayu dan dia menggantikan nama kertas milik Raisha dengan namanya sehingga Raisha di pukul sampai berbirat badan nya oleh Encik Rasyidin.
Pada esok harinya dia menyebarkan fitnah bahawa Raisha yang meniru nya namun sayang sekali apabila kebenaran terbongkar apabila markah kami telah di masukkan dalam sistem sebelum di beri kepada kami dan dia terlibat dengan pelbagai lagi tidakan disiplin
Yang menyebab kan dia telah di pindahkan ke sekolah lain dia ialah
AIRA NAQIYAH BINTI ARLIS
seseorang yang telah mencari nahas dengan Raisha yang masih segar di ingatan Raisha sehingga sekarang.
...
"Oh,kau? Memang sekolah di Sabah tu memang dakda (tidak ada) yang mau terima kau ka apa sampai kau mesti pindah sini?"Ucap Raisha sinis lalu mendekatkan mulutnya ke telinga Naqiyyah dan berbisik
"sundal selamanya akan jadi sundal" Dia tegak semula dan berikan senyuman yang cukup manis yang penuh dengan 1001 makna untuk Aira Naqiyyah yang terkaku di situ.
"Ok girl kau jangan terkaku jak di sini ramai lagi urang mau limpas(lalu)" kata Raisha dengan sinis dan meninggal kan perempuan itu dalam keadaan yang terdiam seribu bahasa.
"Dia tahu sesuatu yang dia endak patut tau kah?" Gumam Aira Naqiyah dengan perlahan dan seperti takut akan sesuatu selepas Raisha membisiknya sebentar tadi.
"Jangan ingat aku endak(tidak) tahu apa kau buat dengan Rendy belakang block C Aira Naqiyyah.." Raisha pantas meneruskan langkah untuk ke kelas
meninggalkan Naqqiyah yang masih terkaku di koridor itu
...
"Raisha Regina!"pekik guru tersebut Raisha tersentak dan terus berdiri.
"Kamu kenapa ni? dari tadi saya panggil asyik termenung je!" Soal guru tersebut dengan kuat.
Raisha pergi ke meja guru tersebut dan meminta maaf lalu ingin menghulurkan bantuan untuk guru tersebut.
Guru itu tersenyum
"nasib baik kamu ni sopan, tak mengapalah tak payah tolong apa apa duduk je tempat kamu"
Raisha meminta maaf sekali lagi dengan guru tersebut lalu kembali ke arah tempat duduk nya
Tanpa Raisha sedari dia diperhatikan oleh seseorang iaitu Rykarl
...
"Kau tak makan Sha?" Tanya Rykarl kepada Raisha.
"Kenapa lah bah si Rykarl ni selalu betul bah softspoken dengan aku" Hati Raisha bermonolog sepi
Raisha mengeluh lalu membalas soalan Rykarl
"Endak ku lapar bah Karl kamu sak(sahaja) lah makan aku endak lah" ujar nya tidak berminat.
"Kau kenapa do Sha dari kat kelas lagi kau macam tak bermaya?" Soal Mawar dengan nada risau.
"Endaklah ok syak bah aku ni mana ada apa apa sakit ku ni hari" Sambung Raisha
"Mu kecek gapo tu Sha?" Soal Rykarl Hairan.
Kalau dia hairan Raisha lagi hairan dia cakap apa. Raisha membuat muka binggung kepadanya dan mereka semua tertawa.
"By the way Abah aku cakap boleh sak kamu ikut sebab Abah ku bilang (kata) Tawau tu besar bukan untuk kami sak"
"Ok lah tu bila korang nak pergi?" Soal Adam
"kalaulah kitorang boleh ikut haih.."keluh Shah sambil meletakkan tangannya di bahu Adam
"kitorang ikut Sha je" balas Rykarl menghiraukan keluhan Shah.
siapa suruh tak boleh ikut
Raisha tersenyum mendengar ayat yang Rykarl ucapkan
"abah ku bilang endak pasti lagi tapi dalam minggu kita cuti lah baru kita gerak" sambung Raisha lagi
Mereka meangguk lalu menyambung makan yang tergendala sebentar tadi.
********
YOU ARE READING
Dia Yang Aku Cinta (OG)
No FicciónMengisahkan seorang budak perempuan yang bernama Raisha Regina yang mengejar cinta seorang Rykarl Raeez, namun hampa apabila dirinya hanya dianggap sekadar kawan "Karl macam mana kalau aku kata aku suka kau?"-Raisha "Cinta ni, kita tak boleh paksa S...