Hari demi hari berlalu akhirnya hari dimana Raisha perlu ke rumah kedua ibubapanya pun telah tiba iaitu hari Sabtu
Dia mengambil cuti untuk menghadiri makan malam yang diadakan secara kecil-kecilan yang diadakan oleh ibubapanya untuk menyambut 'tetamu' yang akan turut serta
Raisha memasuki kereta Audi Q8 nya yang berada di perkarangan rumahnya lalu memandu membelah jalan raya untuk ke rumah Encik Rasyidin dan Puan Raha
Raisha hanya berdiam diri dan fokus ke pemanduan ditemani dengan irama lagu yang keluar daripada corong Radio
Setelah hampir 30 minit dia memandu akhirnya dia sampai di hadapan rumah dua tingkat yang tersergam indah
Dia turun daripada kereta lalu mengatur langkah ke arah pintu utama dia melihat kedua ibubapanya berdiri di jadapan pintu seakan menunggu kedatangannya
"Assalamualaikum Umi Abah.." ucap Raisha lalu menyalam kedua ibubapanya
"Waalaikumussalam ingatkan endak datang tadi.." balas Puan Raha
"Kenapa lambat kakak?" Soal Encik Rasyidin
"Kakak lambat bangun tadi Abah.." balas Raisha berseloroh membalas soalan Encik Rasyidin
Bahu Raisha di pukul perlahan oleh Puan Raha
"Sudah besar suah(sudah) kau kak, masih lagi bangun lambat" Ucap Puan Raha seraya menggelengkan kepalanya
Mereka bertiga akhirnya masuk ke dalam rumah
Raisha naik ke tingkat atas dan memasuki biliknya untuk menukar baju dan tudung lalu turun semula kebawah dengan tujuan ingin membantu Puan Raha memasak
Raisha melihat ibunya sedang menyiapkan bahan untuk memasak manakala Encik Rasyidin sedang mengemas rumah
Dia mengatur langkah kedapur
"Umi mau masak apa? Sini kakak tolong" soal Raisha ingin menghulurkan bantuan
"Ummi mau masak simple sak, kalau mau sini tolong ummi potong bawang" arah Puan Raha
Raisha mengangguk lalu membantu orang tua itu berperang di dapur
Setelah masakan hampir siap kesemuanya
Raisha mengambil tempat duduk di meja yang terdapat di hadapan meja dapur lalu meneguk rakus air sejuk yang Puan Raha hulurkan kepadanya apabila dia selesai membuat kerjanya
Sedang dia meneguk air, Encik Rasyidin mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Raisha
Pantas Raisha menayakan soalan yang berlegar-legar di fikirannya
"Abah siapa yang mau datang ni? Kakak kenal kah diorang?" Soal Raisha kepada Encik Rasyidin yang berhadapan dengan Encik Rasyidin
"Kan sudah Abah kestau tuhari, Mungkin kakak kenal kali sebab dulu kakak pun pernah jumpa dorang"
Raisha cuba mengingati siapa gerangan kawan Encik Rasyidin yang akan datang malam itu
"Unty Rosnah and Uncle Rezza? Familiar name huh?" Gumam Raisha sendiri apabila dia mengingati nama tetamu yang kedua ibubapanya beritahu ketika bertandang di rumahnya tempoh hari
Dia berlalu pergi meninggalkan Encik Rasyidin dan menuju ke tingkat atas
Perasaan ngantuknya menguasai diri
...
Raisha terbangun daripada tidurnya
Dia melihat sekeliling biliknya dan berlalu keluar tingkap yang dihalangi langsir langit sudah menjelang gelap
YOU ARE READING
Dia Yang Aku Cinta (OG)
Phi Hư CấuMengisahkan seorang budak perempuan yang bernama Raisha Regina yang mengejar cinta seorang Rykarl Raeez, namun hampa apabila dirinya hanya dianggap sekadar kawan "Karl macam mana kalau aku kata aku suka kau?"-Raisha "Cinta ni, kita tak boleh paksa S...