✧⁠*⁠。Bab 4 ✧⁠*⁠。

40 18 1
                                    

Mata Raisha di gosok dengan tangan kanannya lalu mencoba untuk bangun daripada katil setelah mendengar azan Subuh yang berkumandang.

Dia pergi ke tandas untuk mengambil air wuduk dan berlalu ke ruang solat yang memang disediakan khas untuk beribadah.

Raisha melangkah untuk ke ruang  solat namun langkahnya terhenti apabila terpandang bilik tetamu yang terbuka sedikit lalu tanpa sengaja  melihat Rykarl dan Ryan sedang solat berjemaah..

Tanpa dia  sedari dia mengukir senyuman dan Raisha dikejutkan dengan dua ekor makhluk tidak lain tidak bukan.

Yes! Mawar dan Dyana.

"Bakpo terjegat depang bilik orang ni" tegur Mawar kepada Raisha.

Dia mengusap dadanya tanda terkejut atas kehadiran mereka secara tiba-tiba..

"kamurang ni kan terkejut bah aku" marahnya lalu menjeling mereka dan meneruskan langkah untuk ke ruang solat.

"Asal kau nak sembahyang tak kejut kitorang" tanya Mawar.

Raisha hanya berdiam diri

"Sekarang bangun sudah kan? Ambil wuduk cepat kita jemaah lambat tinggal" arah Raisha sambil membentangkan sejadah.

Laju mereka berdua berebut untuk mengambil wuduk selepas mendengar arahan Raisha sebentar tadi.

"Allahuakbar" serentak mereka bertiga mengangkat takbir..

...

Matahari kian naik. Kini semua penghuni rumah telah bangun dan kami berkumpul di dapur untuk bersarapan.

"Lepasni kamurang semua endak mau jalan-jalan kah Raisha?" Soal Hj Harun kepada Raisha sambil mengangkat sebelah keningnya.

Raisha tersengih

"Sha rasa mau ajak durang pergi UU BAY  bah mau tengok sunset" rakan-rakan nya melihatnya dengan senyuman.

Sebenarnya sebelum flight lagi mereka mahu melihat sunset tapi dia hanya buat bodoh je haha..

...

"Kak Raisha boleh ark nanti kat sana kita pergi tengok sunset" soal Ryan dengan nada berharap. Raisha tersenyum seraya melihat Dyana yang ingin bercakap.

"Ha'ah aku un nak tengok jugak" ujar Dyana dengan berseloroh. Diikuti dengan Rykarl yang mencebik setelah Dyana berkata sedemikian.

"Apa memang kat Semenanjung ni takde sunset ke ape sampai nak tengok kat sana" sinis Rykarl berkata.

"Apa masalah kau eh? Suka hati aku lah nak tengok sunset kat sana takde kacau hidup kau pun" balas Dyana. Raisha, Mawar dan Ryan hanya menggelengkan kepala lalu mengatur langkah untuk meninggalkan mereka..

...

Raisha dan Rykarl mengambil tempat duduk di halaman rumah oleh kerana mereka yang lain sibuk dengan hal masing-masing.

Pada awalnya hanya Raisha yang duduk sendiri di meja batu ini namun dengan tiba-tiba jejaka itu datang dan duduk di hadapannya sambil menongkatkan tangan di dagu.

Suasana hening yang cukup lama membuat kan Rykarl bersuara..

"Kau ok ark?" Soalnya kepada Raisha.

Pantas Raisha meraba muka nya sambil membuat muka pelik..

"Aku nampak macam sakit ka?" Soal Raisha dengan nada hairan.

Rykarl tertawa.. lagi dan lagi tawaannya itu seakan memukau Raisha sehingga tidak berkedip oleh kerana cukup jarang dia tertawa seperti itu.

Dia Yang Aku Cinta (OG)Where stories live. Discover now