✧⁠*⁠。Bab 15 ✧⁠*⁠。

34 13 0
                                    

"Cinta ni, kita tak boleh paksa sha.."

"Cinta ni, kita tak boleh paksa sha.."

"Cinta ni, kita tak boleh paksa sha.."

Suara itu terus menerus menerpa minda Raisha

Raisha kini duduk termenung sambil menatap wajah Daniel yang masih tidak menyedarkan diri

Dia sendiri tidak tahu mengapa dia ingin menjejakkan kaki di bilik yang bertempatkan jejaka yang belum menyedarkan diri daripada pembedahan itu

Raisha memandang tubuh yang seakan akan lena itu dengan sayu

Sedang asyik dia termenung kedengaran pintu bilik itu dikuak dan muncul wajah seseorang yang cukup dia kenali

Rendy Shamiel

Serta merta peristiwa hitam suatu ketika dahulu terbayang di fikiran Raisha

"K-kamu b..buat a..pa ni" bergetar hebat tubuh Raisha melihat aksi jijik berpelukan antara Naqiyyah dan Rendy

"Shh sayang we can explain" tegur Rendy cuba menenangkan Raisha yang sedang berusaha menahan marah

"Get the fucking out from my room" pelan Raisha berbicara sambil menatap mata lelaki itu

"Relax ah kau yang suruh kitorang datang rumah kau kan" sampuk Naqiyyah lalu menarik lengan Rendy menjauh dari Raisha

Mata Raisha berkaca memang dia menyuruh mereka berdua untuk datang kerumah nya untuk belajar

Dia juga mengajak mereka berdua untuk naik ke bilik nya supaya lebih mudah untuk mereka belajar

Lalu dia meninggalkan mereka sebentar untuk menghidangkan air namun sebaik sahaja dia dihadapan pintu

Dia mendengar dan melihat setiap perbualan dan perbuatan jijik mereka berdua

"Kau suka dia ke?" Soal Naqiyyah sambil jari jemarinya cuba untuk menggenggam tangan Rendy

"Dia je kot yang rasa aku suka dia.. susah arh dia tu sentuh sikit tak boleh kalau ajak keluar alasan mesti belajar apalagi kalau aku ajak couple memang dia tolak arh macam tu ke sayang"

panjang lebar Rendy luah kepada Naqiyyah dia turut menggengam tangan wanita itu

"Kalau camtu let me" ujar Naqiyyah mencuba merangkul leher Rendy

Terlepas dulang berserta gelas yang Raisha pegang dari tadi

Lamunan Raisha terhenti lalu dia memandang tajam wajah lelaki dihadapannya itu

matanya berkaca, dia cuba untuk kuat dihadapan lelaki yang pernah menghianati kepercayaannya suatu ketika dahulu

Raisha pantas mengatur langkah untuk keluar daripada bilik itu

Dia pergi ke arah pejabatnya dan menghempas kasar pintu

Dia mengambil tempat duduk di mejanya

Lalu membiarkan air matanya mengalir sedikit demi sedikit

"Lepas satu muncul lagi satu.. I hate this feeling" Luah Raisha bersendirian

Pandangannya beralih kepada bunga tulip putih yang diberi oleh Rykarl beberapa hari lalu yang terletak elok di dalam pasu kaca

"Apa kena mengena kau dengan Daniel, Rendy?" soal Raisha seorang diri

Kemunculan Rendy secara mengejut sebentar tadi di bilik Daniel membuatkan pelbagai persoalan yang muncul di benaknya

Dia Yang Aku Cinta (OG)Where stories live. Discover now