1

493 19 0
                                    

Si sunyi yang mahukan peneman.

R

aid termenung sendirian. Bunyi cengkerik menjadi peneman. Suasana sejuk yang menyelubungi ruang dapur membuatkan dirinya terasa semakin sendu. Bukan setakat itu, perasaan kusam dan bosan turut ketara rasanya.

"Should I find a wife?" Soalnya sendirian. Teh yang telah suam disisip. Tidak sedar yang matanya sedang termenung pada sesuatu yang dia sendiri tak pasti.

"Maybe I should," soalan yang ditanya dijawab sendiri setelah sekian lama berdiam sepi. Mata dipejam celik sekali lagi, menyedarkan diri ke alam nyata. "Kena tanya budak tu macam mana nak cari bini."

Misi mencari isteri bermula. Langkah pertama - mengikut kata adik perempuannya - adalah, untuk memuat turun satu aplikasi temujanji. Langkah kedua, daftar masuk. Langkah ketiga, kemaskini apa yang patut. Langkah keempat, muat naik gambar yang elok. Terakhir, berkenalan.

Buat masa sekarang, tiga daripada lima langkah telah dilakukan. Kini, cuma perlu memuat naik gambar yang elok di dalam aplikasi itu.

Riak wajahnya semakin cemberut. Meluat pula melihat adiknya terkekek geli hati setiap kali gambarnya diambil. Lepas saya gambar diambil, pasti adiknya akan mengamati dan menilai gambarnya itu, sama ada layak atau tidak untuk diletakkan ke dalam aplikasi temujanji itu.

"Dah ke belum?" Suaranya bosan bertanya. Makin penat menjadi model tak bertauliah adiknya.

"Belum!" Sayuri memekik. "Abang tak photogenic laa. Kenapa muka abang selebet sangat? Cuba senyum."

Raid tarik senyum yang cukup palsu. Matanya pula kosong, seperti tiada perasaan.

"Why are you smiling like a killer? Cuba ikhlas sikit senyum tu," bebel Sayuri sambil bersedia untuk mengambil gambar abangnya sekali lagi.

Dengusan kedengaran. Mimik muka berubah jengkel. Ringan tangan nak duku kepala adiknya. Sekali lagi, dia menyandarkan punggungnya ke sisi Kawasaki Ninja merah hitamnya.

"Hah, macam tu! Jangan senyum! Buat muka poyo sikit."

Raid mencebik. "Tadi suruh senyum."

Sayuri ketawa. Jarinya tidak berhenti menekan skrin telefon, menangkap gambar abangnya sebanyak mungkin. "Perempuan zaman sekarang nak laki yang cool. Lagi-lagi yang ada motor. Dah jadi trend sekarang laki pakai motor sport jadi idaman wanita. Kalau abang pakai helmet, mesti beratus perempuan swipe right bila nampak bio abang."

"Swipe right?" Kening berkerut. "Apa yang swipe right nya?"

"Alaah, apps yang abang guna tu lah... kalau perempuan tu swipe right, maksudnya dia nak berkenalan denga abanglah."

"Kalau left?"

"Left maksudnya dia tak nak berkenalan."

Raid melopong. Sungguh, dia tidak tahu dengan selok-belok dunia tanpa sempadn macam ni. Pelik... dan memenatkan. Haih... belum apa-apa dah penat, macam mana aku nak cari jodoh?

"Kalau abang ambil gambar macam tu, tak kita 'catfishing' ke? And I might attract a pest rather than a woman."

"Abang! Hahaha! Selamba je abang panggil perempuan pest eh?" Tawa Sayuri semakin galak. Terus terbantut tugas mengambil gambar abangnya. "Apa salahnya. Masa ni lah nak berkenalan dengan segala jenis perempuan. Tak adalah abang pukul rata, kata semua perempuan sama."

Reaksi Raid cuma menjuih bibir sambil menangkat kening. Sedikit bersetuju dengan kenyataan adiknya.

"Done! Tak nak tangkap gambar dengan helmet ke?"

"No need. Ni pun dah cukup."

"Okies. Nah," telefon diberikan kepada abangnya. "Abang pilihlah yang mana cantik. Lepas tu, upload."

Telefon bertukar tangan. Gambar-gambar yang ditangkap oleh Sayuri tadi dilihat satu persatu. Meleret ekor bibirnya melihat gambar-gambar itu. "Boleh tahan, boleh tahan."

Gambar itu diperiksa. Setelah beberapa minit menelaah gambar-gambarnya, telefon ditutup. Malam ini keputusan akan dibuat. Gambar yang paling sesuai akan dimuat naik.

Telunjuk mengoles permukaan telefon pintar. Mahu menyelesaikan pendaftaran aplikasi temujanji itu sebelum tidur. Sekejap mengiring, sekejap terlentang, dengan telefon di tangan sambil memilih gambarnya.

"Which one should I put?" Tuturnya sendirian. Sejujurnya, dia berasa sedikir janggal itu meletakkany gambarnya bersama motosikal berkuasa tinggi di dalam media sosial itu. Takut dia akan menarik perhatian orang yang tidak sepatutnya.

Akhirnya, satu gambar menjadi pilihan. Gambar di mana dia sedang berdiri sambil memegang lobak yang baru dituai, dengan bertopi jerami dan kaki yang bersarung but getah kuning.

Pakaian sahaja sudah cukup memberikan klu kepada wanita-wanita di aplikasi itu tentang pekerjaannya.

Petani moden.

Kerjaya yang jarang-jarang diceburi oleh lelaki sebayanya. Kalau rata-rata pengguna media sosial itu lebih gemar untuk menunjukkan kemewahan,berbeza pula dengan dirinya. Lebih selesa untuk memperlihatkan kehidupan sebenarnya dari menayangkan keselesaan hidup di khalayak warga net.

Gambar itu dipilih bukan kerana sengaja mahu menguji wanita-wanita di luar sana, sebagai wanita, tetapi lebih kepada merasakan bahawa gambar itu adalah gambar yang terasa paling dekat dan menunjukkan siapa dirinya yang sebenar.

Beberapa gambar yang rawak dipilih, dan gambar terakhir yang dipilih adalah gambar bersama motosikal. Tapi disebabkan ada masalah dengan saiz gambar itu, apa yang tertera adalah gambar kaki ke bawah.

Raid hampir mencebik. Bengang dengan gambar yang baru terpapar di skrin telefonnya. "Ah, lantaklah. Malas aku nak fikir. Esok-esok aku betulkan balik."

Tubuh mengiring, telefon diletakkan ke meja sisi katil dan mata dipejam. Dia mahu tidur. Esok kena bangun pagi. Nak pergi menoreh. Tolong gantikan tempat Key sebab dia sakit. 

PenemanWhere stories live. Discover now