K
eluhan kecil terlepas buat kesekian kali. Hari ni genap minggu kedua dia menggunakan aplikasi temujanji. Niatnya cumalah mahu berkenalan dan mencari pasangan hidup. Tapi nampaknya usahanya sia-sia apabila tiada seorang pun yang serius untuk berkenalan dengan niat berkahwin. Semuanya mahu 'test market'.
"Tak ada seorang pun yang nak serius ke? Aku dah penat nak main swipe-swipe ni. Nak pegang phone ni pun aku dah rasa malas..." omel Umairah sendirian.
Ibu jari bergerak ke kiri, menolak semua yang disenaraikan oleh aplikasi itu. Memang tidak dinafikan yang wajah mereka semua elok-elok, tetapi yang paling tak seronoknya adalah apabila melihat biodata yang tertera.
Ada yang tiada deskripsi, ada yang letak bait-bait lirik lagu, dan paling teruk, ada yang meletakkan lawak lucah di bahagian biodata. Sangat tak semenggah.
Setiap kali jejaka-jejaka dengan biodata pelik-pelik tertera, laju jari mengoles ke kiri. Jengkel dengan apa yang dilihatnnya.
Seorang jejaka bersusuk tinggi, bertopi jerami dan berbut getah kuning yang sedang memegang lobak merah berjaya menarik perhatiannya. Terus jarinya laju mengoles ke kanan, memeriksa gambar-gambar yang selebihnya.
Kesimpulan yang dapat dibuat adalah; lelaki itu sama dengan kategori lelaki-lelaki sempoi dalam aplikasi itu tetapi sebab sebenar yang membuatkan dia mengoles ke kanan adalah biodata lelaki itu.
Bukan ayat-ayat Al-Quran, mahupun bait-bait lagu. Tetapi, biodata ringkas tentang dirinya dan jauh di lubuk hatinya, Umairah merasakan bahawa jejaka itu sungguh asli dan juga serius.
I'm here to find a possible future partner.
Mata Umairah membulat.
32 years old.
Umairah tersenyum.
A farmer.
Jackpot! Akhirnya!
"Aku harap dia swipe right..."
Ting! Matched!
Bingo!
"Yey~!" Umairah menjerit nyaring. Tanpa segan silu, jari laju menaip salam dan terus membuka bicara. Agaknya sebab terlalu lama berada di aplikasi itu yang membuatkan Umairah berani untuk menegur jejaka-jejaka asing.
Assalamualaikum, I saw your picture with the carrots. Awak yang tanam ke?
Waalaikumussalam. Yes.
Senyuman Umairah masih kekal di wajah mulusnya.
Carrot tu besar. Saya pernah cuba tanam, tapi kecik sangat hasilnya. Baby carrot pun lagi besar.
Typing...
Umairah menunggu dengan setia. Semakin tidak sabar untuk berbual dengan jejaka itu. Walaupun muka yang terpapar sedikit tersorok, tetapi satu sisi mukanya sahaja, Umairah dapat merasakan bahawa jejaka itu seorang yang elok paras rupanya.
Banyak faktor jadi macam tu. Boleh jadi tanah tak sesuai.
Ohh... Umairah menaip balas. Belum sempat jari menaip perbualan seterusnya, mesej baru daripada jejaka itu masuk.
Are you here to find a serious suitors?
Mata Umairah bergemerlapan.
Yes. I do. Awak?
Me too.
"Yes~!" lidah berdesir panjang. "Lelaki ni serius!" nyaring suaranya bergema dalam bilik tidur. Semakin teruja apabila jejaka yang sedang berbual dengannya mempunyai niat yang sama. Senang kerja!
So, when can we meet?
Eh? Seringai Umaireah terus berubah kelat. Terkujat dengan ajakan tiba-tiba jejaka itu. Jari menaip balas dengan laju.
Kenapa cepat sangat? Kan kita baru berkenalan?
Typing...
Umairah mengeluh. Baru nak rasa bahagia sebab jumpa lelaki yang serius. Rupanya... sama je perangai dengan rata-rata lelaki lain di dalam aplikasi itu.
Set date awal-awal. Let's say, kita set dalam masa dua minggu dari sekarang, meaning we still have time to know each other. Itu maksud saya.
"Oh~" mulut melopong sambil terangguk-angguk.Baru kejap tadi dia mengata jejaka itu, rupanya, dia yang terlalu berprasangka buruk. Heh, tak senonoh betul perangai kau! Ejeknya pada diri sendiri.
Two weeks from now doesn't sound like a bad idea. Awak orang mana?
Orang kampung.
Umairah mencebik ganas. Tangan sudah mengepal penumbuk, mahu menumbuk telefon pintarnya. Bengang dan geli hati membaca jawapan selamba itu.
Yelah, orang kampung. Dekat mana?
Kota, N9.
Orang Nismilan lah ni?
Tak. Orang KL. Mak orang sini.
Umairah tersenyum. Makin seronok pula bila dapat berbual lama dengan jejaka itu.
How tall are you?
Taller than you.
Dengusan terlepas keluar. Dia perli aku! Jari menaip laju, mahu membalas semula jawapan balas yang menjengkelkan lelaki itu.
Mesej masuk. Kidding. I'm taller than average guy.
Butang padan ditekan lama, memadam semula mesej yang belum sempat dihantar. Umairah tersengih. Kenapalah perangai kau macam ni, Mairah? Kalau jumpa dia nanti, jangan buat perangai macam ni. Buat malu je.
Need to sleep. Nite.
Eh? Umairah tercengan. Lantas jam dinding yang tergantung kemas di tengah dinding bilik dipdandang. Baru pukul 10. Awal betul tidur?
Umairah sedikit kecewa. Namun, mesej balas tetap ditaip.
Night. Looking forward to hear from you soon. Assalamualaikum.
Waalaikumussalam.
Butang tutup ditekan. Telefon pintarnya gelap. Tubuh terus menelentang ke atas katil dengan tangan mendepang luas. Ekor bibir terjungkit kecil. Walaupun sekejap, namun tempoh perbualan dengan jejaka yang baru dikenalinya memberi sedikit harapan kepadnya untuk mencari jodoh hidupnya.
Mata ditutup. Dia senyum. "Kalau betul jodoh, takkan ke mana..."
YOU ARE READING
Peneman
RomanceRaid dah masuk 32. Adik dia dah berkahwin. Ibubapanya pula dah berhijrah ke luar negara. TInggil dia sendirian di kampung halaman, mengusahakan tanah ibubapanya sebagai seorang petani moden. Umairah pula dah masuk 28. Semua matlamat hidup telah dica...