Temujanji pertama kali berakhir dengan agak berjaya. Pada Umairahlah. Pada Raid, dia tak tahu.
"So..." Umairah tarik senyum segaris. Kini mereka sudah pun berada di Stesen Cheras, bersedia untuk berpisah. "Will there be a second date?"
"If you want to," Raid balas ringkas. Sejujurnya, dia tidak kisah untuk bertemujanji dengan wanita itu. Mungkin kerana dia telah berasa selesa agaknya.
Umairah tersenyum lebar. "Semestinya nak! Kalau lepas saringan pertama ni pun dah kira bagus!"
Saringan pertama...? Raid tersengih pelik. "Sebelum ni tak pernah sampai second date ke?"
"Jangan kata second date, first date pun tak pernah. You are the first!" seloroh Umairah dengan ketawa besar. "Tapi kalau abang dah cakap macam tu, sebulan dari sekarang, kita jumpa lagi. Kali ni, abang decide tempat. Saya akan ikut. And to be honest, date hari ni rasa macam one sided sebab je saya banyak bercakap.
You know so many things about me but I don't know a thing about you. Maybe lepas ni turn abang pula kena banyak bercakap?"
"Nah, I don't like to talk. Saya suka mendengar. And..." Tanpa sedar, tengkuk tak gatal diusap-usap. "Saya suka dengar awak bercerita. It's entertaining."
Zup!!!
Mata Umairah membeliak dengan irisnya tepat pada wajah jejaka yang sedang tersengih malu itu. Hatinya tiba-tiba berbunga ria. Rasa macam nak peluk orang!
"Ahahaha...." Umairah ketawa janggal, cuba menutup malunya. "K-kalau macam tu, kalau kita kahwin, abang dengarlah saya membebel hari-hari."
"I look forward to it." Raid tarik senyum kecil. Kecil tetapi penuh dengan keikhlasan. "Dah lewat. Bas awak pun dah sampai. We'll meet again one month from now. Anything, kita chat."
Umairah seringai bahagia. "Sure! Semoga kita dipanjangkan jodoh."
"Amin ya Mujib," spontan Raid mengaminkan.
"Saya gerak dulu. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam." Tangan diangkat, melambai wanita yang berlari anak menuju bas awam yang baru berhenti. Dia berdiri tegap di situ sehinggalah bas itu hilang dari pandangan. Telefon pintar dikeluarkan. Jari menaip;
Dah sampai rumah nanti, bagi tahu.
Kurang dua saat, mesejnya dibalas.
Baik. Abang pun. Dah sampai nanti bagi tahu. Take care.
Raid tersenyum melihat mesej itu. Keluhan kelegaan dilepaskan. Telefon pintarnya diseluk semula ke dalam kocek. Perjalanan ke Terminal Bas Selatan di mana motosikalnya diparkir buat sementara waktu dituju.
InsyaAllah, kalau ada rezeki, dia mahu mengenali wanita itu dengan lebih mendalam lagi.
* * *
Umairah tersenyum lebar. Pintu bilik ditutup dengan berhati-hati, tidak mahu mengejutkan ibu dan ayah yang sedang lena. Badan tersandar di pintu dengan badan laju meluncur ke bawah sebelum dia terduduk menjulur kaki di atas lantai.
Dia seronok. Seronok sangat dengan pertemuan hari ini. Walaupun ada sedikit perbalahan yang terjadi petang tadi, namun keadaan keruh tadi kembali jernih apabila Raid terlebih dahulu memutuskan untuk tidak berbincang tentang perkara itu lagi.
Kata Raid, ada eloknya jika perbincangan serius itu dibawa pada hari lain. Yelah, hari ni kan pertama kali mereka bersua? Takkan baru pertama kali berjumpa nak terus gaduh? Tak seronoklah kalau macam tu.
Telefon lantas dikeluarkan dari beg tangan. Mesej ditaip tentang keberadaannya sekarang kepada Raid.
Alhamdulillah. Saya baru nak gerak balik. Baru sampai TBS. InsyaAllah another one hour saya reply awak semula.
Senyum sekali lagi tertarik lebar. Rasa sangat dihargai apabila lelaki seperti Raid sanggup berkongsi tentang keberadaan dia kepadanya. Rasa macam serasi pula!
Telefon digenggam dan dibawa ke dada. Senyuman lebar tadi masih kekal di wajah mulusnya. Wajahnya bercorak berangan dan bahagia bercampur. Alangkah indahnya dunia kalau dia dapat berkahwin dengan Raid. First impression dia terhadap Raid cukup memberangsangkan.
Tak banyak cakap. Cuma bercakap bila perlu.
Pemurah.
Kaki jalan.
Tak menunjuk.
Adalah ciri-ciri paling ketara yang dia dapat lihat sepanjang pertemuan mereka siang tadi.
Cuma yang menjadi masalah sekarang adalah dirinya sendiri. Boleh ke dia jaga perangai sendiri? Sebab kalau diikutkan, perangai sebenar akan terserlah bila kita dah mula selesa dengan seseorang itu dan kalau perangai sebenarnya, dalam kurungan, perangai yang agak kurang senonohnya, keluar, kemungkinan besar Raid akan mengundur diri dan hilang buat selam-lamanya.
"No, no, no. For the time being, be a proper lady. Jaga perangai betul-betul. You cannot afford to lose him. Bukan senang nak jumpa laki macam Abang Raid. Dah kahwin nanti, tertunjuk perangai sebenar, diizinkan," tuturnya sendirian sambil menekankan perkataan 'ter' itu.
Umairah bingkas. Dia mahu menyiapkan diri untuk tidur. Dia mahu menyambung semula angan-angannya dengan membayangkan dia sebagai isteri kepada seorang petani moden.
YOU ARE READING
Peneman
RomanceRaid dah masuk 32. Adik dia dah berkahwin. Ibubapanya pula dah berhijrah ke luar negara. TInggil dia sendirian di kampung halaman, mengusahakan tanah ibubapanya sebagai seorang petani moden. Umairah pula dah masuk 28. Semua matlamat hidup telah dica...