Umairah berdebar. Kaki bergoyang-goyang laju. Dia semakin gelisah. Genggamannya pada birai tempat duduk marmar semakin kuat. "Macam mana kalau dia lari lepas dia nampak aku?"
Ting!
Mesej masuk.
Laju telefon pintarnya dilihat. Seringai besar perlahan bercorak di muka. Dia teruja dan takut!
Saya dah sampai. Awak dekat mana?
Jari menaip balas dengan laju.
Saya dekat dengan air pancut.
Dah nampak.
Umairah kantu. Terus tubuhnya tegak tidak bergerak. Makin panik bila membaca mesej yang baru masuk tadi. Kepala tegak, memandang hadapan, langsung tidak berani untuk memaling ke belakang. Aku takut~!
"Assalamualaikum."
Kyaaa~! Dia dah sampai~ and daym!!! Suara dia sedap! Umairah cepat-cepat berdiri dan memusingkan tubuhnya menghadap lelaki itu.
"Wa..alai..kumus..salam...?" jawab Umaiah perlahan dengan kepala perlahan bergerak dari kaki ke wajah jejaka itu. Bapak tinggi! "A-abang ni, Raid?"
Muka toya itu tersenyum tawar. "Tak sama macam dalam gambar ke?"
"S-sama." Huargh~! Aku tak percaya mamat se'handsome' dia ni setuju nak kelaur dengan aku! Laju Umairah menundukkan kepala. Dia malu untuk bersemuka dengan jejaka yang dikenalinya dua minggu lepas. Itu pun melalui aplikasi dalam talian.
Seperti yang dijanjikan, mereka bersetuju untuk bertemu setelah dua minggu berbual di dalam alam maya.
"S-saya Umairah," Umairah mengenalkan diri tanpa mengangkat muka.
"Tahu." Raid hampir tergelak melihat reaksi wanita itu. Kalau dalam telefon, dialah yang paling rancak berbual. Bila jumpa depan-depan macam ni, macam orang lain pula yang dia sednag berkenalan. "You look the same."
"Aha... haha..haha..." Umairah ketawa janggal sambil mengurut tengkuknya yang tak gatal. "Is it good or bad kalau rupa tu sama?"
"It's good. Bukanlah catfishing," tutur Raid perlahan. "So... shall we?"
"Y-yes," Umairah tergagap. Tangan menghulur ke depan dengan janggal, mempelawa jejaka itu untuk berjalan dahulu. "S-silakan."
Raid hanya menurut. Dia berjalan, namun masih perlahan untuk Umairah berjalan saing dengannya. Wanita itu diperhati dari ekor mata dan ada sesuatu yang betul-betul berjaya menarik perhatiannya. Iaitu...
"Kenapa baju kurung?"
"Ha?" Umairah angkat muka. Wajahnya merona. Aku ingat dia tak perasan! "S-sebab saya tak pandai melaram. Tak sesuai ke?"
"I just thought that yang awak mungkin ada kenduri lepas ni..."
"Tak ada pun. Memang satu hari ni free untuk keluar dengan abang."
Abang, eh...? Raid hampir tersenyum. Tangan diseluk ke dalam kocek sambil dia berjalan. Mata terus memandang ke depan. "Kenapa, abang? Kenapa bukan awak saya?"
"Abang sebab itu tanda hormat saya kepada seseorang yang lebih tua," balas Umairah lancar, tanpa sedikitpun rasa kekok dengan jawapannya.
"Saya ingat kita dah setuju untuk taaruf?"
"Kalau taaruf, tak boleh panggil abang ke?" Entah kenapa, kejanggalan tadi terus lesap. Boleh bertentang mata lagi tu.
"Boleh... it just..." Raid meraup rambutnya ke belakang. "It's awkward."
YOU ARE READING
Peneman
RomanceRaid dah masuk 32. Adik dia dah berkahwin. Ibubapanya pula dah berhijrah ke luar negara. TInggil dia sendirian di kampung halaman, mengusahakan tanah ibubapanya sebagai seorang petani moden. Umairah pula dah masuk 28. Semua matlamat hidup telah dica...