Bab 5

248 9 7
                                    


Raid termenung lama pada lampu kalimantang yang terletak di rusuk bumbung serambi rumah. Kelekatu yang menghurung lampu itu ditatap dengan fikiran kosong. Pegangan tangan pada telefon pintarnya pula semakin longgar. Entah mengapa, dia berasa sungguh bosan sekarang.

Ting! Satu notifikasi masuk.

Telefon pintarnya diangkat malas sambil mata mengerling skrin dengan lewa. Umairah... Ekor bibir meleret ke atas. Tak sangka gadis itu akan menghantar pesanan padanya ketika lewat malam.

Dah tidur?

Jari menaip balas.

Belum. Tengah nak habiskan teh ni dulu.

Tak habis-habis dengan teh dia.

I love tea. Nak buat macam mana... Balasnya selamba. Tumpuannya pada perbualan mereka membuatkan Raid kembali segar.

Tak boleh tidur ke? Soal Umairah.

Tak. Saya tengan mengantuk tapi mata ni tak mahu tutup.

Kalau macam tu, tutup mata dengan penutup kain. Menjadi. Saya pernah buat.

Raid tertawa. Walaupun respon Umairah tidaklah lawak mana tetapi ia berjaya mencuit hatinya.

I'll do it after this. Thanks for the suggestion.

Um.. bila kita nak jumpa? Dah lebih sebulan dah... Abang busy lagi ke?

Lagi beberapa hari... insyaAllah minggu depan dah free and easy. We can meet on the weekend.

Weekday pun boleh. Saya free setiap hari.

Okey, kalau macam tu, weekday. Jumpa mana?

Abang decide. Hari tu saya dah decide. Kalau saya decide lagi, memang kita jumpa dekat KL.

Then kita jumpa dekat KL. I want to go to Sasana Kijang.

Ooh, nice idea! Kita pergi situ! Kita jumpa dekat stesen LRT. Lepas tu nanti saya ambil abang. Saya drive.

Kepala Raid senget sedikit. Drive? Tak boleh naik public transport ke? Kekok lah kalau dia drive, aku jadi passenger. Nafas ditarik dalam. Jari menaip balas.

Okay, but is it okay if I'm the one driving? Saya rasa kekok jadi passenger. I'm a good driver. Don't worry.

Wokey, no hal.

And i'll pay for the gas.

Lagilah okey. Hahaha. Jumpa hari Rabu?

Rabu.

Okey, goodnight.

Satu mesej audio masuk. Audio itu dimainkan. "Sleep tight, assalamualaikum."

Sekali lagi pada malam itu, sengihan Raid tertarik lebar dari telinga hingga ke telinga. Comel betul suara.

Yeah, nite. Waalaikumussalam.

Artifak yang dipamer di hadapan diteliti. Setiap fakta yang tetulis di papan informasi dibaca tekun, mengambil kira dan memproses semua yang dibaca masuk ke dalam otak. Temujanji macam inilah yang paling dia sukakan! Meluangkan masa bersama tanpa perlu bercakap atau berbual.

"Abang..." lembut suara Umairah memanggil.

"Hm..." sahut Raid tanpa mengalihkan tumpuannya pada papan informasi.

"Saya... saya dah bagi tahu ibu dengan ayah saya pasal hubungan kita."

Raid pandang sekilas pada Umairah. Keningnya terangkat tinggi sebelum menyambung semula pembacaannya. "Lepas tu?"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 28 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PenemanWhere stories live. Discover now