Blurb

792 48 0
                                    

Safa Ibtisam pernah dicintai oleh seseorang. Namun disebabkan khilafnya, dia kehilangan lelaki itu. Malah dalam sekelip mata, dia kehilangan semuanya termasuklah harta dan keluarga. Bertahun dia salahkan diri atas kejadian yang berlaku.

Berita kepulangan Sudin menghuru-harakan perasaan Safa. Lebih-lebih lagi lelaki itu tidak lagi seperti dulu. Setiap patah yang keluar dari mulut lelaki itu, terlalu menyakitkan hati.

“Perempuan macam awak ni terlalu licik. Saya takkan benarkan awak perbodohkan kakak saya pula. Saya bukan Sudin yang dulu. Lelaki yang boleh awak pergunakan untuk kepentingan diri sendiri.”- Sudin

“Safa minta maaf kalau kehadiran Safa dalam keluarga abang buat abang tak selesa. Safa janji, Safa akan jauhkan diri daripada Kak Mah.”- Safa

Tiada gunanya dia membela diri. Kesudahannya, dia tetap dipandang hina di mata Sudin. Namun semuanya tiba-tiba berubah disebabkan satu kejadian.

“Tolong bagi Safa pergi dari sini. Safa janji, Safa tak akan munculkan diri depan abang dan Kak Mah lagi.”- Safa

“Dulu pun kau pernah tolak aku. Sekarang, kau masih nak larikan diri daripada berkahwin dengan aku.”- Sudin

Takdir mengikat mereka dalam ikatan yang suci. Sedar di hati lelaki itu sudah ada pengganti, Safa reda andai dia bakal dilepaskan.

“Tahun ni tahun pertama aku bergelar isteri dan mungkin tahun terakhir juga aku bergelar isteri kepada lelaki yang aku cinta. Aku nak sangat sambut bulan Ramadan ni dengan dia. Tapi aku tahu permintaan aku tu terlalu berat untuk dia tunaikan. Sebab tu dia tinggalkan aku.” - Safa

​ Benarkan tiada lagi rasa cinta di hati Sudin buat Safa? Dan ikhlaskah hati Safa untuk melepaskan Sudin kepada gadis lain?

❤️

Dulu pernah dijual dalam bentuk ebook. Kini muncul dalam versi novel yang lebih panjang berbanding dulu. Versi novel dan ebook adalah tidak sama. Banyak plot dimasukkan ke dalam novel. Bonus kisah cinta Salmah dan Dato' Izzat ada di dalam buku ini.

Dijangka dibuka tempahan pada Mac.

Cahaya Buat Safa ( Revamp) -Akan datang-Where stories live. Discover now