CHAPTER 22 : I'M NOT GUILTY!

72 7 0
                                    

Dia menggunakan ideanya dengan mengupah Butler Andrew untuk menyamar sebagai tetamu di hotel tersebut. Menyamar sebagai seorang lelaki yang kaya, hanya untuk menangkap si pencuri tersebut. Dia yakin, pencuri seperti Amelia pasti tidak akan melepaskan peluang untuk mencuri barangan yang lebih berharga.

"Hello, good morning, Tuan Andrew Hawkins. My name is Amy Wilton. This is your suite's key. And this is Ryeo Matthias, he will help you to your suite. Have a nice day ahead, Tuan Hawkins." Ujar Amy Wilton dengan ramah.

"Thank you. And this is your tips, Miss Amy." Balas Butler Andrew sambil menghulurkan beberapa keping wang kertas sebagai tips kepada Amy Wilton.

"Thank you, Tuan Hawkins." Ucap Amy Wilton dengan gembira.

"You're welcome, Miss Amy Wilton." Balas Butler Andrew. Alejandro Marco yang sedang berdiri disebelah Amy Wilton tersenyum-senyum mengharapkan agar ada juga tips untuknya, namun ianya sia-sia sahaja. Lelaki kaya itu nampaknya terus beredar meninggalkan kaunter bersama-sama dengan Ryeo Matthias. Dia menjeling tajam ke arah Amy Wilton yang sedang mengira tips yang diperolehinya itu.

Amy Wilton tersenyum sinis ke arah Alejandro Marco yang kecewa itu.

Eve Aurora yang sedang memerhatikan keadaan itu tertawa melihat gelagat mereka bertiga terutamanya wajah Alejandro Marco yang nampak sangat kecewa itu. Butler Andrew benar-benar menghayati wataknya. Kelihatannya, Ryeo Matthias mengiringi Butler Andrew menaiki lift untuk ke tingkat 3 hotel tersebut.

Setibanya mereka berdua di suite mewah itu, Ryeo Matthias terus meletakkan lugage milik lelaki kaya itu.

"Thank you, young man. And this is your tips."

"Thank you, Tuan Hawkins."

"You're welcome. You may leave now." Ryeo Matthias angguk kepala sambil tersenyum, lalu beredar meninggalkan suite mewah itu.

Ryeo Matthias tersenyum sambil mengira tips yang diperolehinya daripada lelaki kaya tersebut, dan dengan tiba-tiba, dia terserempak dengan Amelia. Mereka berdua berbalas senyuman. Dia perasan akan lirikan mata Amelia yang memandang ke arah kepingan wang kertas yang sedang dipegangnya. Ryeo Matthias tersenyum sinis. Dia yakin, Amelia pasti tidak akan melepaskan peluang untuk mencuri wang atau barangan mewah milik Tuan Hawkins dan mereka perlu bersedia, bila-bila masa sahaja akan terjadi lagi kes kecurian di hotel tersebut.

Telefon di kaunter berbunyi. Dengan serta-merta Amy Wilton mengangkat ganggang dan menjawabnya.

"Housekeeping? Alright, hold on, she's on the way." Dan Amy Wilton terus meletakkan ganggang telefon itu kembali.

"Aurora?." Panggil Amy Wilton sambil melambaikan tangannya ke arah Eve Aurora yang sedang membersihkan tingkap kaca hotel tersebut.

Eve Aurora menoleh ke arah Amy Wilton, dan dia berjalan menuju ke arah gadis tersebut.

"Aurora, can you help Tuan Hawkins? He needs a housekeeper." Beritahu Amy Wilton setibanya Eve Aurora di kaunter.

"Sure, Amy." Eve Aurora tersenyum.

"Thank you." Mereka berdua berbalas senyuman seketika sebelum Eve Aurora beredar meninggalkan kaunter tersebut.

Dengan serta-merta, Eve Aurora bergerak menuju ke suite mewah itu dengan menolak trolley. Dia berdiri di hadapan pintu suite mewah itu, dan tanpa membuang masa lagi, dia mengetuk pintu tersebut.

Knock! Knock! Knock!

"Housekeeping." Dan tidak lama kemudian, pintu bilik tersebut dibuka dari dalam. Muncul wajah Butler Andrew sambil tersenyum ke arahnya. Mereka berdua berbalas pandangan dan senyuman seketika.

REBIRTH | CWhere stories live. Discover now