CHAPTER 32: LEIDEN.

72 8 0
                                    

Muram sahaja wajah gadis itu setelah mengetahui tentang pemergian kekasih hatinya itu. Mereka berdua memasuki ke dalam Roll Royce Cullinan hitam yang masih menunggu.

"Hey! Don't be sad. How about we just go to Leiden and find him there. I googled it, it takes just 52 minutes from here." Cadang Henry Flynn sambil tersenyum.

"Are you coming with me?."

"Of course! I won't let you go alone."

Eve Aurora tersenyum.

"Henry?."

"Mmm?."

"What if he found out that you help me?."

"Mmm.. I will ask for protection from Lady Rayne."

"Brilliant!."

"Yes. Unlike you." Gadis itu memberikan jelingan tajam kepadanya.

Pandangannya beralih ke luar tingkap kereta yang sedang bergerak menuju ke Daerah Leiden itu. Jarinya menyentuh loket berbentuk bunga tulip pemberian Ryeo Matthias, dia sangat merindukan lelaki itu. Jika ibunya rela terbang dari Finland ke Amsterdam hanya untuk mengejar cinta ayahnya, dia juga rela ikut kemana sahaja lelaki itu pergi asalkan mereka tetap bersama.

Tentang abangnya, suatu saat nanti, pasti abangnya akan menerima hubungan cinta ini. Persis Uncle Max yang pada mulanya menentang hubungan cinta diantara Ivy Rose dan Ian Rayne, namun pada akhirnya akur.

Dan, dia tahu abangnya tidak sekejam itu. Cuma abangnya belum mengenali lelaki itu dengan sedalamnya.

Roll Royce Cullinan hitam yang dipandu Kelvin itu masih menyelusuri jalan menuju ke Daerah Leiden. Dia tidak sabar ingin bertemu kekasih hatinya itu. Dia ingin memeluk lelaki itu seeratnya. Jika boleh, dia tidak ingin melepaskan.

Setelah lebih kurang 52 minit perjalanan, akhirnya mereka tiba di Daerah Leiden itu.

Leiden adalah salah satu bandar terpenting di wilayah Zuid Holland mahupun di Belanda secara umum, walaupun bandar ini tidak terlalu besar.

"Did you call him?."

"He won't pick up the call."

"Mmm... Kemana kita harus memulakan pencarian?." Henry Flynn berfikir.

Tiba-tiba Eve Aurora teringat, Ryeo Matthias pernah memberitahu bahawa keluarganya ada mempunyai sebuah kebun anggur di Daerah Leiden tersebut. Jadi, dia harus mencari kebun anggur tersebut.

"Kebun anggur!."

"Kebun anggur?."

Eve Aurora angguk kepala.

"Kebun anggur milik Tuan Grover."

"Jom." Mereka memulakan pencarian. Malu bertanya, sesat jalan. Mereka mendapatkan maklumat dengan bertanya kepada penduduk di kawasan itu. Dan, akhirnya mereka menjumpai juga apa yang di cari.

"We did it!."

Kebun anggur itu kelihatan sarat dengan buah yang telah ranum. Cukup indah pemandangan kebun anggur itu. Dari jauh, dia melihat ada seorang lelaki tua yang sedang berjalan-jalan melewati kebun anggur itu sambil memetik buah anggur tersebut. Mereka berdua menghampiri lelaki tua itu.

"Hi, good afternoon. May I ask you something?." Gerak geri lelaki tua itu terhenti.

"Sure. What is it?."

"Where cou....."

"Aurora?." Dia terus menoleh ke arah suara itu lalu tersenyum. Lelaki itu sedang memikul potongan kayu untuk dikumpulkan dan akan digunakan di masa musim sejuk nanti.

REBIRTH | CWhere stories live. Discover now