Carlisle Reith membawanya ke tepi pelabuhan Volendam Town kerana dia tahu tempat itu mampu untuk menenangkan hati gadis itu.
"I've never met someone like Miss Matilda, Brother Carl." Carlisle Reith tersenyum.
"Sejahat-jahat Leigh Madelyne, dia tidak pernah berkelakuan seperti Miss Matilda. Mencari pasal sesuka hatinya. Berkelakuan seperti orang yang tiada adab dan tidak berpendidikan."
"Leigh Madelyne?." Soal Carlisle Reith.
"Yes. Bekas isteri kepada Isaac Shiloh. Anak perempuan kepada Jonathan Maverick. Pembunuh ayah kami."
"Oh. Saya pernah bertemu dengannya sekali, semasa dia masih bertunang dengan abang awak. Dimana dia sekarang?."
"She's dead. Siapa sangka, gadis sebaik dia juga rupa-rupanya dalam diam, turut sama menyembunyikan kebenaran tentang pembunuhan yang telah dilakukan oleh ayahnya. Dan dia jugalah yang hampir membunuh Sister Lea dan kami semua."
"She's a nice girl. Jika dia bukan anak perempuan kepada lelaki yang telah membunuh ayah kami, pasti kami akan tetap berteman sehingga kini dan sudah tentu, dia masih hidup. Siapa sangka, pada akhirnya dia memilih untuk membunuh kami semua. Semuanya disebabkan oleh cinta yang tidak berbalas."
"I didn't know about what happened, Aurora. I feel sorry for what you've been through in your life."
Eve Aurora tersenyum.
"Apa yang terjadi menjadi sumber penguat kepada keluarga kami. Ini takdir hidup untuk keluarga Rayne yang harus kami terima, kan." Jawab Eve Aurora tersenyum. Lelaki ith anggukkan kepalanya sambil tersenyum memandang ke arah laut itu.
Mata Eve Aurora terpandangkan sekumpulan burung merpati yang sedang berkumpul di tepi pesisir pantai itu, dia tersenyum. Dan dengan perlahan-lahan dia mulai berlari-lari sambil mengejar kumpulan burung merpati itu. Wajahnya kelihatan sangat gembira. Carlisle Reith tersenyum sambil memerhatikan tingkah gadis itu, pada akhirnya gadis itu ketawa lagi. Melihat gadis itu ketawa dengan gembira pun sudah cukup membuatkan dirinya merasa gembira juga.
"Ibu akan pulang ke Finland untuk seketika waktu. Untuk melawat Uncle Max dan Aunty Pearl. Eve jaga diri baik-baik disana, ya." Text yang dikirim oleh ibunya dibaca dengan teliti.
"Jangan risaukan tentang keadaan Eve, ibu. Andrew ada disini bersama-sama dengan Eve, dia akan jaga Eve. Ibu jaga diri disana, ya. Eve sayangkan ibu sangat-sangat!."
Mata Carlisle Reith melirik memandang ke arah gadis yang sedang tersenyum sambil menatap skrin hand phone itu.
"Boyfriend?." Duga Carlisle Reith.
Tawa Eve Aurora pecah saat mendengarkan soalan lelaki itu.
"Text from my mom. She's going to fly back to Finland. To visit my uncle and my aunty."
"Finland? One of my favourite country to visit." Eve Aurora tersenyum apabila teringatkan keindahan negara Finland itu. Dia juga merindukan tempat dia membesar, setelah segalanya berakhir, dia ingin pulang ke sana untuk seketika waktu.
"Shall we go now, Brother Carl?."
"Sure." Mereka berdua pun bangun dari kerusi di tepi pelabuhan itu, dan entah macam mana Eve Aurora tidak dapat mengimbangi tubuhnya dek kerana tiupan angin yang kuat itu telah menyebabkan dia terjatuh ke dalam dakapan Carlisle Reith.
"Auch!."
"Erkk!." Tubuhnya menindih tubuh lelaki itu.
"Ops! I'm sorry, Brother Carl..!." Eve Aurora mencuba untuk bangun namun disebabkan oleh angin yang kuat itu telah menyebabkan skirt pendek uniform hotel yang dipakainya berterbangan ditiupi angin kencang itu, membuatkan dia terduduk kembali. Carlisle Reith pula dengan pantasnya bangun.
YOU ARE READING
REBIRTH | C
Science FictionSetelah berjaya mendapatkan semula segala harta milik keluarganya, segala nama hotel, syarikat dan kediaman Maverick telah ditukar nama kepada Rayne. Mereka juga telah membeli semula hotel di Volendam Town yang telah dijual. Dan Eve Aurora Rayne yan...