SEDAR - SEDAR saja Kirana sudah terlantar di atas katil hospital. Cuba digerakkan batang tubuh yang lenguh, sakitnya hanya Allah saja yang tahu. Kelihatan seorang jururawat mendekati, membelek keadaan kesan lebam yang terdapat pada bahunya.
Tombol pintu kedengaran dipulas, menyajikan akan figura seorang lelaki segak tinggi lampai lingkungan umur akhir 20-an merapati mereka dengan perlahan.
"Is she okay, nurse?" Suara garau itu berdetak tenang.
"Yes, she is. Tapi lebam dekat bahu dia ni boleh tuan air suam sikit. Nanti kami check lagi. Silakan, tuan."
"Thanks."
Si Jururawat pamit, melontarkan senyuman nipis pada pemuda itu sebelum menganjak pergi. Kirana pandang lama wajah si pemuda itu. Suasana hening mencuri keadaan tidak lama.
Pemuda tersebut kelihatan menarik sebuah kerusi plastik lalu mengambil tempat duduk betul-betul berdepan dengan Kirana.
"Okey, Cik Kirana. Aku ada banyak benda nak tanya kau. Anggap saja kau tengah cerita dengan kawan kau. Kau ingat tak apa yang berlaku pada malam tu?"
"Encik siapa?" Kirana kerunyut dahi.
"Aku Inspektor Akalil, CID dari balai polis Aeroville." Lencana rasminya dipamerkan sekilas pada Kirana.
Inspektor Akalil Akash.
Lama Kirana menunggul. Menggali kudrat ingin membuka pekung apa yang telah terjadi malam itu.
"Ayah saya macam mana?"
"Ayah kau dah dikebumikan dua hari lepas. Jenazah semua dah diurus adik dia, Encik Wafi. Kau tahu tak yang kau dah koma lebih satu minggu? Kawan kau bernama Dina yang call polis. Dia ada datang rumah kau tengahari tu sebab kau tak jawab phone , tak datang class."
"Saya tak sempat ikut kebumikan ayah saya?" Kirana sebak. Semua soalan dari lelaki bernama Inspektor Akalil itu dia tepis pergi.
"Maaf, tak sempat." Jawab Inspektor Akalil, menggeleng perlahan kepalanya.
Ayat tak sempat langsung mengundang keluar kaca-kaca jernih dari tubir mata Kirana. Sedaya upaya dia mengawal tangisan, tapi pecah jua di depan muka Inspektor Akalil.
Tiada riak dari air muka Inspektor Akalil. Bukan tidak mahu sibuk memujuk dan tiada rasa simpati, rasanya lagi bagus Kirana melepaskan perasaan sedihnya dulu.
"I'm scared..." Kirana merintih serak.
"I'm so scared..." Tersedu-sedu Kirana mengenangkan nasibnya. Gelap gelita sekelip mata. Tempat bergantung harap patah. Tiga tahun yang lalu, kematian sang ibu kini kematian sang ayah pula dalam keadaan tragis. Dibunuh dan ditikam dengan kejam.
Apabila tangisan Kirana mulai reda, barulah Inspektor Akalil kembali mengajukan soalan. Bukan mudah berurusan dengan mangsa yang masih hanyut dengan perasaan emosi malah yang sanggup mencederakan diri dan orang lain. Ada yang tidak mahu berkerjasama dengan pihak penyiasat tapi bila melihat keadaan perempuan ini, rasanya boleh distabilkan.
"Boleh ceritakan balik apa yang berlaku pada kau dah ayah kau malam tu?"
"Saya baru balik dari kolej. Ayah saya cuti masa tu. Jadi dia fokus dengan kerja sambilan menulis dia. Dia kejar date sebab beberapa buah novel dia perlu lancarkan tahun depan."
"Pukul berapa kau balik?"
"Anggaran pukul 10 malam tapi saya sampai rumah pukul 11 malam. Kereta saya rosak. Saya jalan kaki balik rumah. Bila sampai rumah, saya dah musykil sikit sebab ayah selalu kunci gate dan pintu. Tapi malam tu ayah tak kunci."
YOU ARE READING
AKALIL'S
RomanceKematian penulis terkenal tanah air , Wahid Zaffar menggemparkan negara sekaligus memincangkan kehidupan Kirana Adelia. Selepas kematian Wahid Zaffar kehidupan normal Kirana tiba-tiba saja diambang kegetiran , nyawa dihujung tanduk dan sering dihant...