4 - AKALIL'S

586 111 13
                                    

DERINGAN panjang si telefon pintar menyentakkan lena Kirana. Tubuh yang lenguh digerakkan perlahan. Kirana celik mata, kelihatan cahaya sang pagi telah mengintai di celah langsir kamar tidurnya. Mata dialih pada sebuah jam digital di atas meja. Allah, matahari dah tinggi!

"Hello?" Panggilan Faelin dijawab malas.

"Hello, Ana? Kenapa tak jawab phone? Aku dah call kau lebih 20 kali. Kau dekat mana sekarang ni?" Ton Faelin didengar getir serta diselang-seli dengan bunyi siren polis yang sibuk di kawasan itu.

"Aku kat Aeroville..."

"Okey, sekarang ni aku nak kau cepat pergi rumah Ardina. Ardina—" Faelin tiba-tiba berhenti dari menjelas lalu penjelasan itu bertukar dengan tangisan sendu Faelin.

Kirana memaku seperti sudah dapat mengagak intipati penjelasan Faelin.

"Ardina dibunuh."

Telefon Kirana jatuh menghempas lantai. Pap!

×××

HONDA CRV Kirana kelihatan menuju laju ke dalam perkarangan rumah keluarga Ardina yang sedang hiruk-pikuk.

Pantas Kirana keluar dari kenderaan, menyapa Faelin dan Detektif Laila yang sedang sedang termangu memerhatikan beberapa anggota forensik sedang mengangkat sekujur mayat keluar dari rumah keluarga Ardina.

"Sabar encik, puan. Jangan risau, mayat anak encik kami bawa ke Silver Peak Hospital untuk bedah siasat oleh forensik terdahulu. Saya simpati dengan kes ni. Harap Encik Tahir dan Puan Alya sabar dengan ujian ni." Mejar Mahmood dilihat sedang menenangkan ayah dan ibu Ardina.

"Mejar, maafkan saya. Saya nak tengok Ardina. Izinkan saya tengok Ardina." Celah Kirana di dalam perbualan Mejar Mahmood, Encik Tahir dan Puan Alya.

Mejar Mahmood mengangguk. Beg mayat dibuka sedikit pada bahagian muka Ardina. Disitu Kirana ingin terjelepok. Membulat besar biji matanya. Darah terasa naik menjalar di atas kepala. Tekak pula mulai loya.

Ardina berlari laju menjauhi kawasan itu. Menghamburkan segala isi perutnya ke arah sebatang pokok tidak jauh dari situ.

"Uwak! Uwak! Uwak!"

×××

"APA pendapat kau, Ana? Kau rasa siapa yang bunuh Dina sampai macam tu sekali?" Faelin dekati si Kirana yang ralit termenung di depan tingkap hospital.

Kirana pejam mata. Masih terbayang betapa ngerinya kematian Ardina dengan kepala dan badan terpisah dua. Manakala mukanya hampir tidak dapat dikecam lagi. Hancur seperti ditikam beberapa kali dengan objek tajam. Kejam!

"Saya tak tahu, Fae. Malam tadi dia sempat call saya. Saya dengar dia menjerit dalam phone, tapi dia cakap dia cuma bergurau itu yang buat saya tak syak apa-apapun." Jujur Kirana.

"Kau ada call dia balik lepas dia cakap dia cuma bergurau?"

Kirana menyepi lalu menggeleng lemah. Kirana tak mahu mengingati kejadian malam tadi. Lepas terkena gangguan dia juga tidak tahu apa yang berlaku lagi hingga ke pagi tubuhnya sudah terlantar atas katil.

"Dia cakap fasal apa?" Soal Faelin lagi.

"Fasal Akalil's 1992."

AKALIL'S Where stories live. Discover now