"BOLEH kita bercakap sebentar, Puan Naliza?" Suara Detektif Laila mengejutkan Puan Naliza yang sedang termenung jauh.
"Boleh detektif." Puan Naliza alihkan sedikit kepala Kirana yang masih menyandar pada bahunya. Kasihan. Tentu Kirana masih letih, stress dan takut menghadapi peristiwa pelik itu pagi tadi.
Detektif Laila bawa jauh Puan Naliza. Jauh dari pendengaran Kirana. Tak mahu menganggu lena Kirana yang panjang. Juga tak mahu maklumat sulit ini akan menganggu fikiran Kirana.
"Ada apa Detektif? Macam mana dengan rakaman CCTV tu tadi? Dia kena gangguan ke? Gangguan apa, Detektif Laila?" Tanya Puan Naliza tak sabar.
"Sabar, puan. Begini lah, Puan Naliza. Tiga hari yang lepas, masa Cik Kirana dah sedarkan diri ada satu entiti telah masuk ke dalam wad Cik Kirana dan ambil beberapa keterangan dari Cik Kirana. Masa tu, tak ada siapa-siapa dari team dibenarkan mengambil keterangan sebab Cik Kirana masih dalam keadaan yang shock, trauma. Dia baru sedar dari koma. Ambil keterangan lepas bangun dari koma bukanlah prosedur yang sepatutnya."
"Entiti? Maksud Detektif Laila apa?" Puan Naliza kehairanan.
"Ya, entiti. Orang yang tak wujud. Ia dikira entiti sebab pertama, tak ada team kami bernama Inspektor Akalil. Kedua, bukan Cik Kirana saja yang nampak tapi ada seorang jururawat yang periksa keadaan Cik Kirana pun ada nampak entiti tersebut. Disitulah Cik Kirana dikira bukanlah terkena gangguan halusinasi atau gangguan mental yang lain. Tapi Puan, kami dah periksa rakaman cctv pagi tadi. Rakaman yang kompleks, susah kami nak hadam."
Detektif Laila garu kening. Mencekak pinggang sambil melontar pandangan tepat muka Puan Naliza yang keliru serta bingung.
"Rakaman yang macam mana tu, detektif?" Soal Puan Naliza selepas lama menyepi.
"Ia dikira macam gangguan. Gangguan mistik atau gangguan ilmu hitam. Kami tak berapa pasti sangat. Tak pasti juga kalau itu ada berkait rapat dengan kematian Wahid Zaffar." Jelas Detektif Laila panjang lebar.
Gangguan mistik? Gangguan ilmu hitam? Aduhai, kasihan Kirana. Sempat juga Puan Naliza palingkan wajah pada Kirana yang masih lena tidur di atas sebuah kerusi menunggu.
"Mustahil arwah abang saya ada musuh sebab dia baik orangnya. Kami semua sayangkan arwah. Mengamalkan ilmu hitam juga jauh sekali. Dia tak pernah tinggalkan solat."
"Saya faham, puan. Kami tak fikir pun dia amalkan ilmu hitam. Sekarang ni Cik Kirana tinggal dengan siapa? Dengan puan ke? Atau dengan Encik Wafiy?"
"Kalau boleh saya nak jaga dia. Tapi Kirana dah awal-awal menolak. Lagipun dia besar, Detektif. Saya tak nak paksa dia. Biarlah dia buat keputusan dia sendiri kalau itu yang terbaik buat dia. Saya terima dan redha."
"Dia nak balik rumah arwah ayah dia dekat Aeroville?"
"Tak rasanya. Katanya dia nak balik apartment peninggalan arwah. Macam kenangan dekat sana katanya. Berat juga hati saya nak biarkan dia tinggal sendiri." Puan Naliza lepas keluh.
Detektif Laila mengangguk faham selepas mendengar penjelasan Puan Naliza.
×××
GUMPALAN pakaian kotor dimasukkan ke dalam bakul. Selepas itu, kaki diatur menuju ke laundry room. Tidak ingin terlalu sunyi, Kirana hidupkan sebuah televisyen di ruang tamu.
Sunyi.
Ya, sangat sunyi serta suram rumah ini. Puan Naliza beria-ia mengasak dia tinggal bersama di Wouston tapi rasanya dia lebih selesa bersendirian. Lagi pula rumah itu sangat bising penuh dengan tangisan serta teriakan nakal budak kecil memandangkan makciknya itu anak-anaknya masih kecil lagi.
"Ye?" Panggilan Ardina disambut perlahan.
"Ana, aku rasa lebih baik kau baca novel ayah kau bertajuk Akalil's 1992 sebab novel Akalil's ni banyak versi dan banyak sekuel. Kau buka muka surat yang ke 15, situ banyak benda yang kau tahu." Suara Ardina didengar sangat cemas dalam corong telefon. Kenapa ya?
"Kenapa? Saya tak ada masa nak baca. Saya tak minat baca novel. Penting sangat ke?" Kirana soal penuh rasa pelik.
"I think you've to rewrite the story. Perbetulkan plot-plot yang tak betul. Kau cakap kau kena gangguan semalam kan? Gangguan dalam wad kan?"
"Rewrite balik? Awak ingat saya ada bakat ke? Are you kidding me, babe?" Kirana ingin lepaskan gelak. Mimpi lah dia menulis. Menulis bukanlah hobi dia. Bukanlah bakat dia. Lainlah kalau Ardina. Buku novel penuh satu rumah dah macam mini library.
"Ana, please listen to me. Novel ayah kau tu berpuaka! Start dari ayah kau mati, kau koma, kau jumpa Inspektor Akalil dan kau kena gangguan dalam wad tu semua tu dah tertulis dalam novel ayah kau. Tak ada satupun—"
Suara Ardina tiba-tiba kabur seperti kurang rangkaian.
"Dina? Are you there?"
"Ana, tolong aku.. aku takut Ana... Dia ada dekat sini. Tolong aku..."
"Dina! Awak dah kenapa? Dina, are you okay?"
Jeritan Ardina yang kuat dalam telefon sangat mengejutkan Kirana. Cemas, Kirana memanggil-manggil nama Ardina sebelum talian mereka terputus begitu saja.
"Hello, Dina?"
"Dina? Jawab saya!" Kirana dipukul tidak sedap hati. Nombor Ardina didail semula, tapi Kirana berhenti memanggil saat menerima satu pesanan daripada Ardina melalui aplikasi WhatsApp.
I'm just kidding haha
"Fuxk me." Kirana mencarut sendiri. Memang betul-betul perangai sundal punya kawan.
Zettt
Lampu rumah tiba-tiba malap berkelip-kelip, manakala televisyen yang terpasang di ruang tamu kedengaran bersuara tidak betul serta mulai menyiarkan siaran sesat. Apa lagi berlaku ni? Kirana tercegat tak dapat berbuat apa-apa.
Dentuman bunyi tingkap terhempas menyebabkan Kirana terkucil ke belakang. Angin malam masuk menderu-deru ke dalam rumah. Kuat serta ganas. Air hujan menyimbah masuk dengan kencang dari tingkap itu.
Berlari Kirana ke arah tingkap yang terbuka tadi mengelakkan air hujan lebih banyak masuk. Tingkap dikunci rapat-rapat.
Pergerakan Kirana tiba-tiba bantut.
"Tapak kasut siapa ni?" Diperhatikan betul-betul bekas air hujan seperti kesan tapak kasut yang sedang menuju ke dalam kamar tidurnya. Ada orang pecah masuk rumah dia kah?
Kirana ikut perlahan bekas tapak kasut tersebut. Degupan jantung tidak usah dipersoalkan. Jantung rasa ingin tercabut dari jasad tapi Kirana tetap beranikan diri masuk ke dalam kamar tidurnya. Pisau dapur digunakan untuk mempertahankan diri kelak dipegang kemas.
"Siapa tu? Keluar dari rumah saya sekarang!" Jerkah Kirana. Air liur ditelan ke dalam tekak. Payau. Kesat. Kelat.
Pintu kamar didorong perlahan. Suis lampu hendak dipetik, tapi tiba-tiba pula tak mahu menyala. Kirana lilaukan bebola mata ke dalam kawasan kamar yang gelap. Kirana tarik nafas. Meneliti kegelapan kamar.
"I'm looking for my wife, Kirana Adelia..." Balas satu suara serak di dalam gelap.
Kirana terpana. Membesar biji matanya. Oleh kerana ketakutan yang amat sangat, Kirana terus memaut daun pintu dari luar tapi terlepas jua sebaik ada energi yang kuat cuba menarik daun pintu dari dalam kamar.
Cepat kaki Kirana menuruni anak tangga. Kunci kereta di atas meja dicapai, tapi tidak semena-mena tubuhnya terbang ke belakang seperti ada seseorang menarik tubuhnya supaya dia tidak boleh melarikan diri dari rumah itu.
YOU ARE READING
AKALIL'S
RomanceKematian penulis terkenal tanah air , Wahid Zaffar menggemparkan negara sekaligus memincangkan kehidupan Kirana Adelia. Selepas kematian Wahid Zaffar kehidupan normal Kirana tiba-tiba saja diambang kegetiran , nyawa dihujung tanduk dan sering dihant...