Honda CRV diparkirkan di depan sebuah bangunan lama yang masih teguh berdiri agak jauh dari kerumunan bandaraya.
Kirana tengok jam, hampir beralih pukul 9 malam. Rasanya itulah masa yang tepat untuk menggeledah gudang buku penerbitan Narroturiums.
Kirana buka langkah satu-satu. Berharap tak ada sesiapa menyedari. Pagar kawad berduri yang sudah berlubang besar diredah. Gadis itu tetap dengan pendirian walaupun papan tanda disitu awal-awal sudah memberi peringatan tidak dibenarkan masuk.
Bau bangkai menusuk rongga hidung, Kirana lantas tekup hidung sebaik berjaya masuk ke dalam bangunan pentadbiran syarikat penerbitan itu.
Menurut hasil pencarian di internet, syarikat penerbitan ini adalah salah satu syarikat penerbitan yang sangat berdaya saing dalam industri penulisan masa itu sehingga ia ditutup pada awal tahun 2000 kerana ada masalah pecah amanah dalam kalangan ahli syarikat.
Kirana berhenti pada sebuah papan tanda navigasi bangunan. Mencari dimana tempatnya penyimpanan manuskrip.
"Penyimpanan manuskrip dan edisi. Tingkat ke-4? Bermakna, ia adalah tingkat yang paling atas sekali?" Kirana bermonolog sendiri, lantas kakinya diatur laju menuju ke arah tangga.
×××
"Dia pergi ke sana seorang diri saja? Dia dah gila ke?" Meninggi suara Detektif Laila dalam kamar tidur Faelin.
"Aku dah syorkan dia bawa Detektif dengan Mejar Mahmood sekali tapi dia nekad nak pergi sendiri. Tak nak sesiapa terlibat dalam masalah ni." Jelas Faelin.
"Lain kali, jangan buat keputusan sendiri macam ni. Kes ni terlalu bahaya. Macam mana tuan? Kita ikut Cik Kirana?" Tanya Detektif Laila pada Mejar Mahmood.
"Saya rasa kita bawa anggota yang lain. Bagitahu semua team Alpha suruh mereka ikut sekali ke bangunan penerbitan Narroturiums." Arah Mejar Mahmood, tegas.
×××
Ribuan fail di atas sebuah rak setinggi satu meter habis diselongkar. Cari punya cari akhirnya mata Kirana terpacak pada satu tarikh yang telah tertulis dengan tahun ke tahun. Kirana paut sebuah kotak azali sudah dilabel dengan 'Terbitan 1992-1994'.
"Akalil's 1992, penulis Wahid Zaffar. Telah diterima pada 3 January 1992, disunting oleh Harun Bin Taib. Genre... Aksi Romantik Thriller..." Kirana tak buang masa, segala fail lusuh berisi dengan manuskrip asal Akalil's 1992 disimpan semuanya ke dalam beg.
Kirana berkira-kira ingin pergi, tapi kakinya terjeda separa jalan sebaik telinganya menangkap bunyi tembakan di luar bangunan. Suasana yang sunyi sepi tadi digantikan dengan raungan suara anjing yang entah datang dari mana Kirana juga kurang tahu.
Bang! Bang! Bang! Suara tembakan sayup-sayup membelai telinga Kirana. Beberapa saat dia alpa, barulah otak Kirana berfungsi kembali. Rak tinggi di kawasan itu tiba-tiba rebah dengan sendirinya memanggil kaki Kirana merespon secara drastik melarikan diri dari situ.
Bang! Bang! Bang! Bang! Bang! Bang!
Dikala bunyi peluru masih bersahutan, Kirana masih kebingungan dengan apa yang sedang terjadi tapi oleh kerana ketakutan menguasai dia harus keluar dari bangunan itu kadar segera.Pct! Bang! Kirana tersungkur ke lantai. Hampir-hampir saja dia terkena peluru sesat. Apa dah berlaku ini?!
Sempat dia toleh ke belakang, bayangan hitam itu tadi masih mengejarnya. Semakin laju dia berlari, semakin deras bayangan itu menyaingi langkahnya. Saat Kirana sudahpun menyungkur lantai, bayangan itu tiba-tiba merentap tubuh Kirana.
"Lembab nak mampus! Laju sikit! Kau nak mati dekat sini ke?" Pemuda yang sangat dikenali itu kedengaran amat marah benar. Tegang urat pada wajahnya.
Kirana gagahkan diri meski dia kadangkala mahu terjelepok di dalam suasana getir itu. Sambil berlari sambil itu matanya tidak lekang menoleh pada pemuda berbaju kalis peluru tersebut.
Inspektor Akalil!
Rasa diri ditarik ke dalam kawasan hutan, Kirana langsung menggelabah.
"Eh, awak nak buat apa? Awak nak tarik saya pergi mana ni hah?!" Bentak Kirana seraya melingaskan diri dari cengkaman Inspektor Akalil.
"Masa kita tak banyak. Mereka dah dibelakang kita. Kalau kau mati dekat sini, jangan sampai aku yang kena tibai oleh Professor Nayu!"
Kirana termangu kerana tidak faham. Siapa pula Professor Nayu?!
"Professor kepala bapak awak! Siapa Professor Nayu?! Saya tak kenal siapa Professor Nayu!" Jerit Kirana, mahu melepaskan diri tapi tidak berdaya.
"Professor tu bapak engkau jangan buat-buat tak tahu aku sekeh kepala kau ni kang! Professor Nayu tu bapak kau. Kepala bapak kau berjendol!" Nah, kan dah menderhaka dengan bakal bapak mertua.
"Ayah saya dah lama meninggal!"
"Anak derhaka tak kenal bapak sendiri. Kalau aku jadi Prof Nayu dah lama aku hantar kau pergi rumah Bonda Siti Bainun. Biar kau rasa macam mana kena pijak dengan Siti Bainun!" Geram, pemuda itu betul-betul sekeh kepala Kirana.
"Ikut saja ke mana aku pergi kalau nak kau selamat. Dari semalam tak reti dok diam. Nak main kejar-kejar juga kau ni. Tak kuasa aku layan peel biawak kau ni." Ujar Inspektor Akalil lagi pada si Kirana yang terus diam seribu bahasa.
Kirana tampar pipi sendiri. Sakit pulak. Bermakna dia tak bermimpi saat ini. Bukan halusinasi. Inspektor Akalil adalah manusia dan betul-betul wujud!
"Code 2, kamu dekat mana sekarang?" Suara Coby berkumandang dalam talian Inspektor Akalil.
"Coby, the hostage are with me. Repeat, the hostage are with me! Maklumkan pada Tyler dan Ryu yang aku sudah keluar dari bangunan ni! Kami menuju ke kawasan Humptulips river sebab kawasan tu dah dikepung ketat." Jelas Inspektor Akalil di sebalik airpods telinganya.
"Saya dah check dalam sistem Backknights, jangan pergi ke kawasan Kickapoo sebab kawasan tu tengah dalam pengepungan orang-orang Omertà. Copy? "
"Copy that!" Jawab Inspektor Akalil sebelum talian mereka dipadamkan bersama.
"Laju sikit! Jangan sampai aku panggil Zul Ariffin dukung kau!" Inspektor Akalil tarik lekas tangan Kirana sebaik perasan akan Kirana yang seperti sengaja meninggalkan diri di belakangnya.
YOU ARE READING
AKALIL'S
RomanceKematian penulis terkenal tanah air , Wahid Zaffar menggemparkan negara sekaligus memincangkan kehidupan Kirana Adelia. Selepas kematian Wahid Zaffar kehidupan normal Kirana tiba-tiba saja diambang kegetiran , nyawa dihujung tanduk dan sering dihant...