"Omertà XXX, ditubuhkan pada tahun 1980 di bawah naungan Prof. Yoshi, sebuah syarikat perisik rahsia manusia pemula alaf baru."
"Perisik kod 2 - Code Dragon Scales dilahirkan pada tahun 10 Oktober 2024. Motif kelahiran adalah sebagai ejen pemula manusia alaf baru."
"Ujikaji gagal kerana mempunyai sikap denial yang terlalu tinggi. Gagal mendisiplinkan dan tidak mendengar arahan serta cenderung mengkhianati pentadbiran Omertà XXX."
"DNA diambil dari DNA manusia dan beberapa DNA haiwan seperti anjing, serigala, harimau bintang, ular tedung selar dan sesumpah." Terkumat-kamit bibir Faelin membaca isi manuskrip yang bertebaran di sebuah stor bawah tanah rumah Wahid Zaffar.
"Tak, aku rasa ini bukan manuskrip asal Akalil's 1992. Aku rasa ni versi lain. Cari lagi. Kita mesti dapatkan manuskrip asal tu hari ni jugak sebelum kita jadi mangsa seterusnya." Gesa Faelin pada si Kirana yang sedang sibuk menyuluh beberapa fail lusuh di dalam sebuah rak yang hampir roboh dimakan anai-anai.
"Tak pasti ayah masih simpan manuskrip asal sebab dah lama sangat. Mungkin manuskrip dah lama dilupuskan." Kirana kedengaran seperti mahu berputus asa. Sudah lebih lima jam mereka menggeledah stor itu tapi masih tidak menemui apa yang mereka inginkan. Pening dengan bau kepam buku di dalam stor tersebut.
Kirana tarik satu fail yang tertulis di 'Akalil's publications, sequel and version' pada rak yang terakhir. Isi kandungan fail diselak hingga dia menemukan satu maklumat yang agak bagus.
"Faelin, cuba awak tengok ni. Akalil's 1992 diterbitkan pada 24 February 1992 di bawah penerbitan Narroturiums. Kalau manuskrip asal tak disimpan lagi dekat sini, maksudnya kita perlu cari penerbitan tu juga untuk dapatkan manuskrip asal Akalil's 1992."
"Bagus juga idea kau ni. Tapi aku tak pasti adakah penerbitan ni masih wujud ke tak zaman sekarang. Kita perlu dapatkan maklumat yang terperinci." Faelin setuju dengan idea Kirana tapi was-was dengan keupayaan mereka adakah mereka masih dapat menjejaki penerbitan itu jika ia sudah lama tidak beroperasi.
Bang!
Bunyi barangan jatuh di kawasan itu menyebabkan Kirana dan Faelin terperanjat sepi.
Lampu suluh sama-sama dihalakan ke depan, menuju ke arah dimana datangnya arah bunyi barangan jatuh tadi.
"Apa benda tu?" Faelin tanya Kirana yang kelihatan agak seriau.
"Entah. Tikus kot." Kirana jawab perlahan.
"Aku rasa tak sedap hati." Faelin luah rasa getarnya.
Prang! Prang! Prang!
Bunyi barangan jatuh menggema sekali lagi. Kali ini lebih kencang lagi mendorong Kirana dan Faelin terlompat berpelukan sesama mereka.
"Siapa tu? Ini rumah saya! Kenapa masuk rumah saya?!" Bergegar, Kirana tetap melepaskan rasa geramnya.
"Nauzubillah!" Faelin terjerit tatkala lampu suluhnya tersuluh ke atas dinding.
"Ana, atas kepala kita!" Awas Faelin, lalu kedua-dua mereka membuka langkah seribu.
Beberapa lampu LED stor bawah tanah itu mula mati, lagi menyukarkan pergerakan Kirana dan Faelin yang cuma berbekalkan lampu suluh saja.
"Kirana, cepat! Belakang kau!" Faelin paut cepat tangan Kirana.
Bakk!
Faelin tiba-tiba menjerit lantang, rupanya tersadung anak tangga. Lutut cuba diangkat tapi kesakitan yang mencucuk lebih merajai kekuatan Faelin menyebabkan gadis itu terduduk semula. Faelin paut kuat palang tangga.
"Faelin!" Kirana topang langkah Faelin yang pincang.
"Ana, lutut aku kena paku! Argh!" Faelin merengus kesakitan.
"Cepat! Cepat! Cepat lagi, Ana!" Faelin toleh ke belakang beberapa kali.
Pintu besi stor bawah ditarik, ditutup sebelum sempat bayangan hitam itu berjaya mengejar mereka. Ekoran energi kuat itu, Kirana dan Faelin terhumban ke belakang.
Sunyi.
Kirana dan Faelin telan liur. Diam tidak berkutik menyebabkan keadaan pintu yang kemek keluar seperti sedang dilanggar oleh sesuatu dari dalam. Pintu besi pun kemek!
×××
"AKU rasa kau patut bawa Detektif Laila dan Mejar Mahmood cari manuskrip asal tu secepat yang mungkin sebab masa kau dah suntuk. Jangan lepas ni, giliran aku pula. Sebelum giliran kau, lebih baik kau bertindak dari sekarang." Nasihat Faelin sambil tergetar-getar akibat demam panas.
"Tak apa, biar saya sendiri yang selesaikan masalah ni. Saya tak nak nyawa sesiapa melayang lagi. Cukuplah nyawa ayah saya dan nyawa Ardina." Tukas Kirana. Kalaulah itu kerja jahat Inspektor Akalil, cukuplah dia dan Inspektor Akalil saja yang selesaikan secara hidup atau mati.
"Jangan berani sangat, Ana. Aku nampak dengan mata kepala sendiri benda tu. Kalau benda tu tak ngeri sangat, aku tak demam panas ni tau."
"Saya dah sedia hadapi benda ni. Saya tak takut,"
Faelin desah keluh. Dipandang wajah Kirana yang serius. Kirana betul-betul seriuskah?
"Aku tak ada hak nak bantah keputusan kau tapi ingat, tolong hati-hati. Aku tak nak kehilangan kau selepas kehilangan Dina. Kehilangan Dina pun cukup terkesan dekat aku sekarang ni," Gumam Faelin.
"Saya rasa banyak benda yang saya nak tahu. Malam sebelum kematian Dina, saya diganggu. Ada orang masuk rumah, masuk dari tingkap dan—" Tutur kata Kirana terpotong, tarik tali juga nak beritahu Faelin. Nanti apa reaksi Faelin?
"Dan apa?" Faelin kelihatan saspen.
"Ada orang cari isteri dia."
"Cari isteri dia kenapa suka hati terjah masuk rumah orang macam tu?"
"Sebab wife dia yang dia cari tu adalah saya. Dia cari saya. Maksudnya lelaki tu ialah husband saya." Cerita Kirana sambil cuba mengingati apa yang telah berlaku malam itu tapi ingatannya seakan direntap pergi.
"What?!" Faelin terperanjat tidak percaya. Melopong bibirnya tentang wajah Kirana.
"Kau dapat lari tak? Kau lari mana malam tu? Kenapa tak call aku? Call Detektif Laila atau Mejar Mahmood?"
"Saya tak sempat larikan diri. Saya memang ada niat nak lari tapi benda tu tarik saya ke belakang macam saya tak nak saya keluar dari rumah tu. Sampai pagi saya tak sedarkan diri."
"God!" Faelin rebahkan badan atas tilam. Ini dah jadi masalah besar pula ini.
"Ana, sumpah aku tak pernah baca novel ayah kau dan aku pun tak tahu apa yang terkandung dalam novel ayah kau. Kalau aku dah baca, aku tak tunggu lama. Aku ceritakan dari A-Z!"
"Besok malam saya geledah gudang penerbitan tu. Saya tak nak orang nampak saya. Percuma saja masuk lokap!"
"Rasanya kau patut minta izin terlebih dulu dengan pengurus Narroturiums. Takkan tak boleh masuk kot kalau ini urusan siasatan polis? Sebab tu aku cakap, kau kena bawa Detektif Laila dan Mejar Mahmood." Faelin masih tak puas hati dengan cadangan Kirana yang tak masuk akal.
"Tak perlu." Sangkal Kirana, serius dengan keputusannya. Tekadnya cuma dia saja yang pergi besok malam.
YOU ARE READING
AKALIL'S
RomanceKematian penulis terkenal tanah air , Wahid Zaffar menggemparkan negara sekaligus memincangkan kehidupan Kirana Adelia. Selepas kematian Wahid Zaffar kehidupan normal Kirana tiba-tiba saja diambang kegetiran , nyawa dihujung tanduk dan sering dihant...