2 - AKALIL'S

651 118 9
                                    

"CCTV tak dapat check ke?" Mejar Mahmood yang sibuk memeriksa bilik wad menuding jari pada sebuah CCTV yang sedang dipasang di penjuru bilik wad.

"Saya dengan Lee dah check tuan, tapi tak ada bukti. Kami tak nampak siapa-siapa yang ikut nurse tu masuk tapi yang peliknya, Cik Kirana dan nurse tu memang ada nampak Inspektor Akalil yang tak wujud tu masuk wad Cik Kirana." Jelas Detektif Laila bersungguh. Memang pelik pun kes ni. Sangat-sangat pelik.

"Ataupun video footage ada kena cut? Kau ada perhatikan betul berapa duration CCTV?" Mejar Mahmood belai kumis.

"Betul, tuan. Sumpah, bersih! Tak ada bukti yang musykil pun. Tak ada nampak orang masuk. Kecuali orang tu pakai ilmu hitam pakai kaburkan mata saya." Detektif Laila korek telefon pintar dalam poket seluar, lantas diserahkan pada Mejar Mahmood.

"Maaf Cik Kirana. Department kami tak ada Inspektor bernama Inspektor Akalil. Ingat, yang awasi Cik Kirana sekarang ialah saya, Mejar Mahmood dan Konstabel Lee. Jangan terlalu percayakan sesiapa yang Cik Kirana tak kenal sebab Cik Kirana sekarang sedang dalam bahaya. Faham?" Tegas ayat Detektif Laila.

"Baik." Kirana mengangguk faham. Bingung, Kirana tak dapat memberi sebarang penjelasan lagi kalau Inspektor Akalil itu bukanlah seorang daripada anggota Mejar Mahmood.

"Saya ada contact number dia." Cebisan kertas yang disembunyikan bawah bantal sejak tadi Kirana keluarkan perlahan. Itupun setelah dia berfikir lama. Mana tahu Inspektor Akalil tersebut ialah orang yang tak sepatutnya dipercayai.

Terkedu, Detektif Laila dan Mejar Mahmood berpandangan sesama sendiri.

×××

"TAK LAMA lagi aunty sampai. Kalau Ana tak larat kemas barang, tak apa nanti aunty sampai aunty boleh tolong Ana kemas."

"Tak apalah, aunty. Ana boleh kemas sendiri kot. Ana tak sabar nak jumpa aunty." Beberapa helai pakaian dan barangan peribadi disumbat semua ke dalam begpack. Masuk hospital macam nak pergi bercuti lah pula. Kerja Ardina dengan Faelin. Nasib tak lori pakaian mereka angkut ke hospital.

"Nanti Ana nak singgah kubur ayah kejap."

"Boleh, Ana. Ana jangan sedih ye. Sekarang ni biar aunty yang jaga Ana. Teruskan hidup Ana macam biasa."

"Tak apalah, aunty. Ana sayang Aunty Liza. Tak lama lagi Ana boleh cari kerja, Ana boleh hidup sendiri. Ana tak nak susahkan aunty." Kirana buang pandang ke luar tingkap wad. Sedar tak sedar, air jernih kian menumpuk di tubir mata. Disekanya perlahan air mata. Kau kena kuat Kirana Adelia.

Bam!

Bunyi pintu bilik air terhempas kuat mendecitkan Kirana yang sedang melayan perasaannya. Mata dililau perlahan di setiap penjuru bilik. Talian bersama Puan Naliza ditutup laju. Ada orang masuk wad ke? Siapa?

"Siapa tu?" Kirana beranikan diri buka anak tekak. Kaki dihayun ringan ke arah bilik air. Pintu bilik air diselak sedikit, tapi matanya tak juga menangkap sosok siapa-siapa dalam bilik air.

"Nurse?"

"Angin kuat kot." Kirana mendesis sendiri untuk menyedapkan hatinya meski amatlah tidak logik angin kuat dalam wad berpenghawa dingin dengan tingkap tertutup di setiap penjuru.

Kirana terperanjat sekali lagi sebaik terdengar pili air pada sinki berdekatan dengan katil terbuka dengan sendirinya. Gadis itu menikus ke belakang.

"Jangan kacau saya. Pergi!" Teriak Kirana. Dapat dirasakan memang ada semangat yang tidak baik cuba menganggunya sekarang ini. Selepas suara Kirana menggema, pili air yang deras terbuka tadi tiba-tiba tertutup sendiri dengan cepat.

"Inspektor Akalil Akash. Saya tahu itu awak. Tunjukkan diri awak." Ucap Kirana dalam geletar.

Lain kali panggil aku Akalil saja.

Wajah dan suara Inspektor Akalil menerjah ingatan Kirana. Skirt! Bum! Saat Kirana alpa, sebuah bangku tiba-tiba terbang ke arah dinding wad. Kirana tercengang beberapa saat.

"Akalil Akash." Gumam perempuan itu ketakutan.

Kirana terdorong ke belakang melihat tumpukan darah merah tiba-tiba menitis lantai. Kemana dia melarikan diri, tumpukan darah itu sentiasa ingin menghampirinya. Perlahan tapi amat menakutkan.

"Akalil Akash, awak tak wujud."

"Awak tak wujud. Apa motif awak kacau saya kehidupan saya? Awak bunuh ayah saya kan? Pergi!"

Lari, Kirana!

Apabila Kirana hendak membuka langkah seribu menuju ke arah pintu utama wad, tak semena-mena tubuhnya terpelanting sedikit ke belakang seperti ada jasad seseorang tidak tersengaja terlanggar tubuhnya. Kirana dapat merasakan itu!

Bum! Katil wad terbalik. Lampu pendaflour berkelip-kelip sebelum ia pecah berderai di atas lantai. Keadaan bilik lintang pukang, barang-barang terbang di sana sini. Mencengangkan Kirana lama.

Melopong besar mulutnya. Apa benda berlaku ni? Seumur hidup dia, ini pertama kali dia melihat kejadian pelik serta mistik sebegini. Selalunya ia selalu melihat di filem-filem saja.

Bum! Tingkap tertutup wad pecah seperti ia dilanggar oleh satu tenaga yang amat kuat. Membawa masuk angin luar ke dalam wad. Kirana terkunci kegerunan. Masih dirunding rasa pelik disaat keadaan wad tersebut sudahpun sunyi serta tenang.

Kirana dapat rasakan ia adalah dua entiti yang berbeza. Tapi apa? Siapa serta kenapa? Mahukan apa?

Kirana bingkas gopoh-gapah, berlari ke luar wad sehingga dia bertembung dengan Puan Naliza, Detektif Laila dan Mejar Mahmood yang sedang tergesa-gesa kelihatan ingin menuju ke arah wadnya.

"Ana!" Jerit Puan Naliza. Segera dipeluk tubuh Kirana yang sedang diamuk ketakutan. Pucat lesi muka Kirana.

"Cik Kirana, kenapa ni? Cik Kirana, tenang. Tarik nafas." Detektif Laila mahu tahu.

"Laila, datang sini! Tengok ni!" Tak sempat Kirana bercerita, suara Mejar Mahmood terdahulu mencuri tumpuan.

"Laila!" Panggil Mejar Mahmood yang kini sudah berada di depan wad Kirana. Terkejut tahap dewa melihat keadaan bilik seperti tongkang pecah dengan keadaan darah merah kelihatan terkecing pada setiap dinding seperti cat.

"Nauzubillah, apa benda ni tuan?" Detektif Laila terlongo, cepat mengacukan pistolnya ke dalam bilik wad.

AKALIL'S Where stories live. Discover now