part 31

26 4 0
                                    


" Saya letak call ni dulu ye. Nanti kalau ada apa-apa, whatsapp je saya. " ujar Jim. Earphone di telinga ditarik selepas si pemanggil mematikan panggilan.

" Awek ke tu? " usik Amsya' yang berada di sebelah Jim.

Sepanjang perjalanan nak balik ke ibu pejabat Auliya, si Amsya' ni diam je. Tahu-tahu buka je mulut, terus mengusik si Jim Trizzi ni.

" Apa kau? Memang taklah aku nak ada awek. Aku tengah tunggu masa nak confess kat dia ni. Eh kau rasa kan- "

" Rasa sakit. " jawab Amsya' selamba. Memang nak kena dia ni. Elok masih boleh berjalan pakai tongkat, nanti Jim buat dia duduk atas kerusi roda terus kang.

" Engkau... " Jim terus bagi side eye dekat Amsya' yang lena bersandar pada seat keretanya.

" Eh lek lek. Sorry lah. Aku bosan. Apa yang kau cuba nak cakap tadi ? " soalnya.

" Kau rasa kan, perempuan ni suka lelaki confess macam mana eh? " soal Jim tersenyum sendiri.

" Oh. Itu aku tak tau sebab waktu aku nak pergi confess dekat crush aku, aku tak sempat nak cakap yang aku suka dia. Dia terus accept aku. And now, dia isteri aku. Haha. " dengan bangganya Amsya' berkata. Hidung dikembangkan berkali-kali. Bangga bangga.

" Oh, untunglah kau. Aku ni risau je kena reject. " ujarnya sedikit malu.

" Hm? Siapa crush kau tu? "

Jim terus memberi tumpuan sepenuhnya pada Amsya'. Kereta masih lagi bergerak tapi disebabkan jalan langsung tak sesak, itu yang dia boleh berbual dengan Amsya' tu.

" Aku rasa kau dah boleh nampak kut. Kut lah. "

" Sebab aku tak tahu lah aku tanya. Kau jangan sampai my precious tapak tangan ni hinggap ke muka kau. Nanti dari hidung mancung, terus penyet aku buat. "

" Diam lah kau. "

Jim menghadiahkan jelingan tajam pada Amsya'.

Kereta diberhentikan di bahagian kanan ibu pejabat Auliya. Enjin dimatikan dan pintu dibuka.

" Keluarlah. Ke kau nak aku dukung kau? " soal Jim bengang tengok Amsya' masih selesa baring di dalam keretanya.

" Lek lu bos ku. Nanti kalau aku keluar, kau kena papah aku. Takpe kau pergi je. Biar aku rehat dekat sini. " tersenyum Amsya' menghalau Jim.

" Ni kereta aku anak halal. Kau keluar sekarang. "

Amarah Jim sudah meluap-luap. Rasa macam nak hilangkan satu kaki si Amsya' ni je. Jim punya geram tu terus ambil tongkat yang berada di tempat duduk di belakang. Tongkat diambil dan terus dicampak ke jalan raya.

Tercengang Amsya'. Mata terus membulat besar melihat tongkatnya digilis oleh 3 buah kereta sekali gus. Habis rosak.

" WEH!! HARAM JADAHLAH KAU NI !! MACAM MANA AKU NAK BERJALAN SIAK?! KAU!! " terus mengamuk Amsya' dibuatnya. Macam mana nak jalan dengan kaki satu cedera. Tak ke dah macam orang gila nanti. Lompat-lompat guna sebelah kaki.

( Ish dahlah aku sorang-sorang ni. )

' Padan muka '

" Masalah aku ke masalah kau? " soal Jim selamba seraya melangkah masuk ke Golden Lyi Corporation.

" Memang anjing betul. "
__________________________________________

" Liza masuk office saya kejap. " ujar Auliya. Memandangkan Puan Dawisyia cedera parah, Auliya terpaksa gunakan pekerja bawahannya untuk jadi secretary buat masa ni.

Her Personal Assistant (In Editing) Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang