[WRITTEN ON 8th FEBRUARY 2023]
[UNEDITED]SENGAJA AKU MASAMKAN muka sepanjang perjalanan ke restoran El Cerdo. Aku tidak puas hati dengan Qaiser yang suka mengugut aku tanpa sebab. Tadi aku mahu ke restoran dengan kereta sendiri tapi Qaiser memaksa aku naik sekali dengan dia supaya cepat sampai. Bila aku menolak, dia ugut akan pecat aku kalau sampai lambat. Mahu tidak mahu, aku naik juga satu kereta dengan dia.
Aku menoleh melihat Qaiser yang sedang fokus memandu itu, dia memandang dengan sebelah tangan sahaja manakala sebelah tangan lagi direhatkan pada atas pahanya itu. Aku meneliti wajah sawo matang miliknya itu. Kaca mata di atas hidungnya itu mencuri perhatian aku untuk kali pertama setelah melihatnya.
Siapa sangka nerd guy boleh jadi hot nerd guy?
"Saya ada soalan." Aku bersuara setelah lama berdiam diri, bosan pula tidak bercakap dalam kereta ini. Sudahlah Qaiser tidak pasang radio, memang bunyi udara aircond saja dari tadi.
"Jangan tanya," balas Qaiser dengan nada yang tanpa emosi, riaknya masih kosong. Dia fokus pada pemanduannya itu, aku berpeluk tubuh memandang ke depan. Muka masam semula, mulut sudah muncung dengan rasa tidak puas hati.
Mata dibawa ke radio keretanya, dia tak mahu aku bercakap sangat, kan? Baiklah, kalau macam tu biar radio dia bercakap.
Tanpa rasa malu, tanganku bergerak membuka radio kereta itu. Aku toleh melihat jejaka nerd di sebelah, tangannya pada stereng itu digenggam kuat. Aku senyum dalam diam, tahu marah, buatlah aku sakit hati lagi, aku akan balas semula.
"Tutup radio tu," Dia mengarahkan aku tapi aku buat tidak tahu saja sambil memandang ke luar tingkap. Apabila keluar lagu kegemaranku di radio, aku tersenyum dan mula ikut menyanyi bersama.
"Aku cuba untuk mendekati, tapi engkau tiada peduli. Tulusnya niat dihati, mungkin kau tersalah erti..." Aku menyanyi lagu Malam Semakin Dingin yang dibawa oleh Tajul dan Afieq Shazwan itu.
Qaiser di sebelah sudah tidak senang duduk, aku dengar dia mengeluh, aku menyanyi lebih kuat. Tiba-tiba suasana menjadi sunyi, aku menoleh ke arah radio dan sedar Qaiser sudah menutup radio itu.
Tidak puas hati dengan tindakannya itu, tangan aku kembali mahu menekan butang on itu tetapi terhenti selepas Qaiser mengeluarkan ugutan kedua untuk aku hari ini.
"Kalau kau sentuh radio aku, then I'll kick you out of my car." Senada dia bersuara tetapi cukup untuk membuat aku berhenti menyentuh radionya itu. Tak pasal-pasal aku kena jalan kaki nanti.
Beberapa minit kemudian, kami tiba di restoran El Cardo. Aku mengikuti Qaiser dari belakang. Di tanganku ada iPad dan buku nota untuk aku catat nanti.
"Qaiser!" Aku melihat ada seorang lelaki separuh abad berdiri dari kerusi sampai melambai ke arah kami. Qaiser melangkah ke arahnya, dari jauh aku sudah dapat cam lelaki itu adalah Dato Dafi.
Sebelum keluar pejabat tadi, aku sudah membuat pencarian tentang Dato Dafi. Aku cari tahu semua tentang Dato Dafi dan cuba ingat perkara yang penting sahaja. Dengan harapan, kalau ada soalan nanti, aku boleh jawab dengan lancar.
Qaiser itu bukannya boleh dijangka. Nanti tiba-tiba tanya soalan luar biasa untuk memperkenakan aku.
"Dato Dafi," Qaiser bersalam dengan Dato Dafi sebelum dia ditarik masuk ke dalam pelukan lelaki separuh abad itu.
![](https://img.wattpad.com/cover/333581843-288-k404238.jpg)
YOU ARE READING
JEJAKA NERD [SLOW UPDATE]
Roman d'amourSiapa sangka perempuan paling degil dan popular di kolej itu boleh jatuh cinta pandangan pertama pada seorang jejaka nerd. Lelaki yang membosankan, lelaki yang selalu lindung mukanya dalam buku. Aneh tetapi itulah yang terjadi pada Talita, gadis pal...