Mereka hanya diam dalam kereta, suasana di dalam kereta itu dihiasi oleh muzik yang keluar dari corong radio.
Bunga menongkat dagu dengan tangan kanannya, sesekali mata bulat itu melihat ke arah Absyar yang sedang fokus memandu.
Dia mengeluh berat, tiba-tiba, kruk kruk, perutnya berbunyi meminta untuk diisi. "Aduh perut kau ni tak kena dengan tempat lah."
Omelnya pada diri sendiri, lalu matanya mengerling pada Absyar, harap-harap Absyar tak dengar lah. Kalau dia dengar malu wei!
"Kau nak makan dulu ke?" Jeng, jeng, jeng, Absyar dengar wei, dia dengar!
Bunga mengetap bibir, nak jawab ke tak, aduh susah lah. "Ermm.. tak apa lah, aku makan dekat rumah je nanti."
Absyar menggalakkan kepala. "Kau ni kan, dah lama berkawan dengan aku, dah jadi sebahagian dari sahabat aku dah. Tapi kau masih malu-malu kenapa? Kau suka aku eh."
Bunga membulatkan matanya. Dia, suka dekat Absyar? Eh memang tak lah, dah lah poyo, lepas tu bila orang tanya jawab sepatah-sepatah eee tak kuasa dia.
Dia tergelak kecil. "Aku? Suka kau? Memang tak lah, dah lah kau tu poyo. Aku ni memang lah malu, ye lah tak pernah lagi kau ajak aku naik kereta kau ni, dingin je selalu."
Absyar membuat muka selamba sambil mencebikkan bibir. Oh faham.
Kereta Honda Civic itu telah sampai didepan rumah milik keluarga Bunga.
"Terima kasih lah hantar aku sampai rumah, bye assalamualaikum." Bunga menutup kereta Absyar berhati-hati.
Tanpa sebarang kata, Absyar terus memecut keretanya. Bunga terkesima, macam itu saja dia pergi? Tak apa tak itu terus pecut, tak sopan langsung!
"Kerek seh mamat tu, dah lah tak jawab salam." Bunga memutarkan badan.
Dia membuka kunci pagar, lalu masuk perkarangan rumahnya itu. "Meow, meow."
Dia mendengar suara kucing, namun dihiraukannya. Dia harus cepat masuk ke rumah sebelum bapanya marah.
"Assalamualaikum." Sayup suaranya, lalu dia menutup pintu perlahan. Kakinya melangkah perlahan, selangkah dua langkah, dan dia sudah sampai di anak tangga.
Baru dia ingin melangkah menaiki tangga abahnya memanggil. "Bunga."
Tak jadi dia ingin naik. "Ya abah."
Takut-takut dia turun dari anak tangga, silap langkah boleh buat naya wo.
Pak Jamal menepuk sofa disebelahnya, bagi menunjukkan isyarat menyuruh anak sulungnya itu duduk di sebelahnya.
Bunga mebuhkan punggung di tempat yang abahnya suruh tadi, dia menelan liur payah, apa yang abah nak cakap ek?
"Abah nak tanya, tadi pergi mana? Siapa yang hantar balik?" Sah, kalau abahnya tanya soalan macam ni mesti dia dah telefon dulu Nadia dan Arissa. Aduh macam mana ni.
Sebelum dia keluar, memang dia sudah berpesan pada ibunya yang dia pergi keluar bermain ke rumah Arissa. Namun kebohongannya terbongkar.
Bunga menunduk sambil bermain dengan jari-jarinya, aduh nak cakap apa ni. "Tadi.. B-bunga pergi rumah Zack abah."
Mendengar sahaja jawapan Bunga, Pak Jamal terus menghentak meja kopi dihadapannya. Geram sungguh dengan anak dara seorang ni!
"Berapa kali dah abah nak pesan? Jangan pergi main rumah lelaki! Apa kamu ni dah tak nak dengar cakap ke? Abah cakap tu dengar lah!" Lantang suara Pak Jamal memarahi Bunga.
Suara kuat Pak Jamal mengejutkan Puan Siti yang berada di dapur. "Kena marah lagi lah tu."
Perlahan suara Puan Siti.
"Kenapa diam je? Dah tak ada mulut nak cakap?" Amarahnya kini membuak dek kerana Bunga tidak menjawab soalannya tadi.
"Se.. sebab..." Sekali lagi lagi Pak Jamal mengetuk meja kuat. Bunga hanya diam, tak berani nak membantah.
"Kamu tahu tak, budak-budak lelaki tu membawa perkara buruk terhadap kamu, nak jadi apa? Abah dah cakap banyak kali jangan pergi rumah dia, so jangan pergilah! Apa rasa malu dalam diri kamu tu dah tak ada ke?" Bunga terus tersentak.
"Abang!" Puan Siti membantah.
Sakit, sangat sakit dengar apa yang abah cakap, hina sangat ke dia nak berkawan dengan lelaki pun tak boleh? Hanya itu sahaja kawan yang memahami isi hatinya.
Pipi Bunga mula dibasahi air mata. "Abah, abah tahu tak kenapa Bunga suka sangat berkawan dengan lelaki? Abah tak tahu kan, abah tahu ke apa yang Bunga suka apa yang Bunga tak suka? Abah tak tahu jugak,
and abah don't know what's in my heart! My friends are the ones who always make me happy. Tapi abah tak!"Bergetar suaranya, lalu dia menaiki tangga sambil menangis teresak. Wajar kah seorang bapa mengatakan sebegitu kepada anak-anaknya?
"Ha pergi lah duduk terperuk dalam bilik tu!" Bunga menghiraukan.
Dia menghempas pintu dengan sekuat hati, beg silangnya di lemparnya di atas tilam. Badannya turut dihempas ke atas tilam bersaiz queen itu.
Mukanya ditekup pakai bantal, lalu dia menghamburkan semua tangisannya di sebalik bantal tersebut.
YOU ARE READING
Hanya Khayalan
Mystery / ThrillerSeorang remaja perempuan yang ingin mencapai cita-cita untuk membanggakan ibu bapanya, namun masalah keluarga dan mimpi ngeri yang dihadapinya setiap malam menjadi penghalang untuk dia meneruskan apa yang ingin dicapainya.