Bab 15

2 1 0
                                    

Tiara menyelinap masuk ke dalam rumah Nek Jah, dia sudah terlihat seperti pencuri yang memecah masuk rumah orang. Sampai di satu kamar Tiara masuk.

Di dalam kamar itu terdapat banyak barang ilmu hitam Nek Jah. Bermula dari limau nipis bekas pasu tembaga dan sebagainya. Bilik itu sempit dan bau yang tidak menyenangkan hati Tiara semerbak.

Tiara mengeluarkan pasu tembaga dari beg tangannya dia meletakkan di sebelah mangkuk yang berasap. Senyap-senyap dia keluar.

Saat dia ingin menutup pintu kamar itu, dia mamalingkan tubuhnya kaget. Dia melihat Nek Jah sudah membuat muka bengis, tajam anak mata Nek Jah menikam pandangan anaknya, Tiara meneguk liur payah.

Kaku dia disitu.

"Kau buat apa dekat sini?" Tanya Nek Jah seraya membuka bicara.

Tiara seakan-akan bisu, tiada satu patah kata pun yang keluar dari mulutnya itu. Nek Jah sudah naik bengang, dia paling pantang bila dia tanya soalan orang tu hanya diam!

"Aku tanya jawab la!" Tengking Nek Jah, Tiara menunduk.

"Kau.. kau hantar balik benda tu buat apa Ti?!" Kini Nek Jah sudah tidak boleh menahan amarahnya lagi, baginya anaknya itu sudah melampau!

"Emak..." Panggil Tiara perlahan.

Nek Jah hanya mengangkat sebelah keningnya, "kenapa emak tak buang je semua benda ni? Emak, Ti dah banyak kali pesan buang, buang dan buang. Kenapa mak masih berdegil nak simpan semua ni?" Tanya Tiara bertubi-tubi pada Nek Jah.

Nek Jah hanya tersenyum sinis, "jawapannya hanya satu..." Ujarnya. " Aku nak pertahankan ilmu dari nenek moyang kau Ti, kalau bukan kau untuk teruskan siapa lagi? Kakak kau? Jangan harap!"

"Tapi kenapa Ti juga yang kena emak? Kanapa?" Air mata Tiara tidak dapat lagi ditahan, semakin ditahan semakin sesak untuk dia bernafas.

"Sebab kau sahaja yang emak boleh percaya..." Sejurus selepas Nek Jah berkata begitu, Tiara mencangkung lantas dia menangis sambil membenamkan wajahnya ke lutut.

Dia menangis teresak-esak. Nek Jah yang melihat anaknya begitu tidak sampai hati, hati ibunya tersentuh. Walaupun semasa Tiara membesar dia melebihkan anak sulungnya, namun rasa kasih dan sayangnya tidak pernah berkurang pada Tiara.

Nek Jah mula mengusap belakang Tiara, dia menolong Tiara untuk bangun menghadapnya. "Maafkan emak Ti, ni aje cara untuk pertahankan keturunan kita..."

"Emak jahat!" Saat itu Tiara terus berlari, dia keluar dari rumah dan melulu menuruni tangga. Nek Jah sudah tidak sempat untuk mengejar, saat kakinya ingin memijak anak tangga kakinya tersadung.

"Tiara!" Jeritnya.

Tubuh Nek Jah rebah ke tanah, langkah Tiara mati. Dia memusingkan tubuhnya, dia melihat tubuh emaknya yang sudah jatuh ke tanah.

Matanya membulat, saat dia menghampiri tubuh Nek Jah, emaknya itu sudah tidak bernyawa. Tiara panik, dia seakan tiada hala tuju.

Tiara mengetuk-ngetuk kepalanya seakan orang gila, dia melangkah kebelakang. Lantas dia membuka langkag lebar dan terus berlari pulang ke rumah.





"Yeayyy!" Habis dah cerita. Tiara melompat-lompat keriangan, tidak ubah seperti kanak-kanak yang riang gembira saat sudah habis bercerita tentang kesehariannya.

Puan Siti kaku, saat baru mendapat tahu akan apa yang terjadi saat emaknya meninggal dunia. "Kau! Kau dah bunuh emak aku!"

Tiara yang mendengar itu menghentikan perbuatannya tadi, perlahan-lahan dia mendekatu Puan Siti yang terikat pada kerusi.

Bibirnya didekatkan ke telinga Puan Siti, "ya aku bunuh emak kau, aku bunuh emak kita lah bodoh!" Tiara ketawa husteria.

Dada Puan Siti sudah turun naik menahan amarah, adiknya kali ini sudah melampau!

"Bodoh, lepas tu kenapa kau amik semua ilmu hitam ni hah!?" Semakin kuat Tiara mentertawakan Puan Siti.

Haih baginya semua yang dikatakan Puan Siti sangat lucu, haha!

"Eh, sebelum kau nak bodoh, bodoh kan aku. Aku nak kau tengok benda ni." Ujar Tiara, Puan Siti hanya menghirau.

Tiara tersenyum sinis, dia menarik seseorang datang. Meronta-ronta gadis itu untuk dilepaskan, "wei aku salah apa, lepaskan aku lah!"

Terbuntang mata Puan Siti saat mendengar suara yang seakan dia kenal, bukan seakan memang dia kenal!

"B..Bunga?" Panggil Puan Siti.

Topeng hitam itu dibuka kasar oleh Tiara, puas hatinya saat melihat anak-beranak itu menderita dihadapannya. Entah apa yang didendamkannya sangat.

Bunga meliha ibunya kaget, "i..ibu?"

Puan Siti mengetap gigi, kalau tidak kerana dirinya kini lemah sudah lama dia meloloskan diri dari ikatan ini. Mahu sahaja dia untuk membalas semua perbuatan Tiara padahnya.

Namun apakah dayanya, dia tidak mampu, yang dia mampu hanys merayu, merayu dan terus merayu untuk dilepaskan oleh Tiara.

Terdengar esakan dari Bunga, Puan Siti memandang anaknya sayu. "Puas kau! Puas kau dah buat aku macam ni? Kenapa kau tak bunuh je aku ha?!" Amuknya.

Bunga kaget, dia sangkakan semua tutur kata ibunya itu tertuju pada dirinya. Terus dia mengetap gigi, menahan untuk tidak terus menangis.

"M..ma..af kan Bunga ibu." Mendengar kata Bunga begitu Tiara terus menertawakan Bunga dan Puan Siti. "Bunga tahu, Bunga tak sepatutnya ambil benda yang tidak sepatutnya dari rumah nenek, tapi Bunga terpaksa bu!"

Tiara berhenti dari tertawa, dia melihat anak buahnya yang terduduk melutut ditanah. Hatinya puas, puas melihat kehancuran kakaknya itu.

Hanya KhayalanWhere stories live. Discover now