Bab 12

3 1 0
                                    

"Arrrggghhh!" Jeritan Bunga membuatkan semua orang yang berada di ruang tamu kaget.

Puan Siti sudah tidak senang duduk, tak pernah-pernah lagi Bunga buat perangai sampai menjerit macam ni. Pantas kakinya melangkah meninggalkan televisyen yang masih terbuka.

Kaki tua itu laju berlari menaiki anak tangga dan terus mengambil kunci kamar anaknya itu. Kunci itu dimasukkan ke dalam tombol pintu, lantas daun pintu itu terkuak luas.

Dia kaget, saat melihat Bunga mengetuk-ngetuk kepalanya sendiri, sambil berjalan mundar-mandir. Kamar anaknya kini tidak sekemas yang selalu, bersepah habis.

"Tak, tak, please jangan buat aku macam nii!" Bunga memberontak, sesekali dia tertawa, gila.

Lalu dia menangis, sudah tidak tertolong. Bunga seakan-akan dirasuk sesuatu, Puan Siti sudah jatuh terduduk.

Terdengar Dahlia dari atas benda yang jatuh, cepat-cepat dia naik ke atas. Mulutnya melopong saat melihat ibunya yang sudah jatuh terduduk, dan kakaknya yang sedang memeberontak dirasuk.

Dia kaget, apa yang harus dia buat untuk sekarang ni? Tolong dia buntu sekarang ni.

"Ibu, ibu okey tak?" Tanya Dahlia, matanya tepat memerhati kakaknya yang sedang mundar mandir sambil mengetuk kepalanya.

Tatapan Puan Siti kosong, lalu dia rebah jatuh ke lantai. Dahlia keget, lantas dia menggoyangkan tubuh Puan Siti. "Ibu! Ibu kenapa ni? Bu bangun bu!"

Dahlia menangis teresak-esak. Sedangkan kakaknya tertawa besar seakan tidak menjadi apa-apa di sekelilingnya...

Gelap.




Bunga bangun, kakinya melangkah ke arah almari yang sudah lama dia tidak membukanya. Perlahan-lahan pintu almari itu terkuak, Bunga tersenyum saat melihat kebaya nyonya merah yang tergantung pada penyangkut almari.

Tangannya mulusnya mengambil kebaya itu, lantas dia pergi ke arah meja soleknya. Bajunya disuaikan dengan badannya, dia berangan-angan.

Dia berfikir sejenak, apa kata aku pakai baju ni?

Dia menukar pakaiannya, dan digantikan dengan kebaya nyonya merah itu. Cantik, sulaman kebaya itu masih tersusun rapi, Bunga mengambil foto bersama baju kebaya nyonya merah itu.

Benda cantik, tak kan tak nak amik gambar, ye tak?

Bunga meletakkan iPhone XR miliknya, dia berdiri kakinya melangkah kembali ke arah meja soleknya. Dia melihat pantulan dirinya di dalam cermin, perlahan-lahan kaki dan tangannya itu bergerak mengikut rentak tarian ulek mayang.

Entah dari mana muzik itu datang, dan dia tidak tahu pun tarian itu macam mana. Badannya bergerak sendiri, riak wajahnya berubah mendung, tidak tahu mahu berhenti bagaimana.

Tiba-tiba langkahnya mati, matanya mulai bertukar warna merah, dia merangkak kebelakang. Lantas dia berjalan sambil merangkak sehingga sampai ke atas siling.

"Aaaaarrrghhhhhh," dia menjerit histeria.

Puan Siti kaget saat mendengar suara jeritan itu dari ruang tamu, Puan Siti berlari anak menaiki tangga terus menuju ke kamar Bunga.

Puan Siti mengetuk kuat pintu kamar Bunga, tok! Tok! Tok!

"Bunga!" Panggil Puan Siti, namun tiada sahutan dari dalam, Dia cuba untuk memulas tombol pintu, namun gagal. Daun pintu kamar Bunga dikunci dari dalam.

Puan Siti pergi ke kamar Dahlia, dia mengambil kunci cadangan yang sudah tersedia di tepi pintu kamar Dahlia disitu.

Dia kembali dihadapan kamar Bunga, daun pintu itu terkuak luas. Mata Puan Siti melilau mencari kelibat anak sulungnya itu, namun tiada.

Dia melihat pintu almari Bunga yang terbuka, Puan Siti mendekati almari tersebut lalu menutup kembali pintu almari.

Tanpa Puan Siti menyedari ada kelibat yang sedang menunggunya untuk berpaking ke arahnya, sebelah bola kiri matanya terjuntai keluar, manakalah bola mata kanannya hilang entah kemana. Mulut itu seakan terkoyak, kerana senyuman itu lebar sehingga ke telinga.

Puan Siti memusingkan badannya, dia kaget saat ada lembaga yang berdiri dihadapannya, mukanya buruk. Bau boleh tahan busuk hingga menyusuk rongga hidung.

Wajahnya mulus, tapi bahagian mata dan mulut menjadi kan cacat pada wajah itu. Puan Siti seperti familiar dengan wajah itu, namun tidak diingatinya.

Puan Siti cuba untuk meloloskan diri untuk keluar dari bilik itu, dia berlari laju menuju ke arah pintu kamar, namun belum sempat dia sampai pintu itu tertutup rapat.

Dia mulai merasa seram sejuk, badannya kini menggeletar hebat, ya Allah bantu aku ya Allah.

Wanita dengan pakaian kebaya nyonya merah yang buruk itu menghampiri Puan Siti, dia tertawa jahat seperti kuntilanak. Nyaring suaranya.

"Apa kau nak dari aku!" Bentak Puan Siti.

Sekali lagi wanita buruk itu tertawa, "aku nak apa? Aku nak kebahagiaan, KAU DAH HANCURKAN KEBAHAGIAAN AKU SITI!" Suaranya tidak seperti manusia yang lain, suaranya lebih kepada menyeramkan.

Puan Siti menelan liur payah, apa maksud dia ni?

"Apa maksud kau syaitan!" Tanya Puan Siti. Wanita itu tersenyum sinis.

Dia merubah kepada wujud aslinya, wajahnya kini bersih daripada darah. Matanya kini terletak cantik, bibirnya sudah kembali pada asal. Cantik...

Puan Siti kaku seketika, dia seperti tidak percaya akan benda yang berlaku. "A..adik?"

Wanita itu tertawa, "pandai kau teka eh kak?" Dia pergi ke arah Puan Siti. "Untuk pengetahuan kau kan kak, sebenarnya Bunga tu tak ada kaitan langsung dengan warisan ilmu hitam ni."

Hanya KhayalanWhere stories live. Discover now