Bab 9

10 5 0
                                    

"Aku nak tanya kau sesuatu." Senyuman sinis yang terkoyak di bibir hantu raya itu. Benda menarik jangan dilepaskan...

"Kau nak tanya apa?" Bunga menjeling dan menyilangkan kedua belah tangannya. Kalau dibiarkan, lama kelamaan dia ni akan naik lemak. Jadi baik aku tanya dia...

"Jujur dengan aku, selama dua hari ni..kau ada keluar tak?" Hantu raya itu tersenyum sinis, okey, okey, semua dah terbongkar. Jadi kena jujur lah ni?

Hantu raya itu tertawa kecil, walau pun begitu tapi tetap gerun apabila didengar, namun Bunga sudah terbiasa.. jadi bagi dia ini hanya perkara biasa yang dia lalui selama ini. Ya lah nenek aku dukun kut, buat apa nak takut?

"Cepat lah jawab!' Hantu raya itu masih berdiam diri, suka hati dia lah nak jawab ke tak kan? "kau nak jawab atau aku tak akan bagi kau makan malam ni?" 

hantu raya itu melopong, ugutan apa ni? "Okey, okey. jangan lah macam tu..aku jujur eh?" Bunga mengangkat sebelah kening. "Dua hari ni aku cuba menjelma sebagai kau dan ikut kau pergi sekolah..."

Terbuntang mata Bunga, ni kalau ibu tahu ni ada dua orang diri dia dalam rumah ni mesti Puan Siti sudah jatuh sakit dan tak dapat nak maaf kan dia. Bahaya-bahaya, Bunga mundar mandir sedari dia gelisah dan tak tahu mahu berbuat apa.

Siapa agaknya yang boleh bantu dia? Dia kena balik ke kampung juga, ya harus... kalau tidak rahsianya boleh terbongkar. Habis lah..,

Tok! Tok! Tok!

Pintu kamarnya diketuk kencang dari luar, ini mesti ibunya tak pun Dahlia... Aduh waktu-waktu macam ni lah mereka nak panggilnya. Cepat -cepat Bunga memasukkan kembali hantu eayanya ke dalam pasu tembaga itu. lalu menguak pintu kamarnya luas.

Bunga tersenyum manis, benar tekaannya kalau tak Puan Siti pasti Dahlia. "Ada apa?"

Bulu roma Dahlia menaik, tiba-tiba sahaja dia merasa seram sejuk selpas pintu kamar milik kakaknya itu terkuak luas. "Tak ada lah, tu ibu ajak makan, jom."

Bunga menurut kakinya melangkah keluar dari kamar, semasa mereka berdua turun dari tangga ada sepasang mata melihatnya dari kamar Bunga, senyuman sinis terkoyak di bibirnya.

"Huhuhum."






"Ha Bunga turun pun kamu..." Senyuman manis terkoyak di bibirnya, tiada syak wasangka jadi dia baik-baik sajalah. Fuh syukur...

"Hehe sorry ibu, ada banyak yang Bunga nak kena study ya lah bulan depan dah nak SPM dah kan." Bunga cuba beramah mesra dengan Puan Siti setelah sekian lama dia tidak bertegur langsung, walaupun baru dua hari. Tapi keadaan serasa kekok sungguh.

Puan Siti hanya mengangguk, sambil tangan dan kaki itu bekerja menghidangkan lauk pauk. Aroma yang sedap masuk ke rongga hidung Bunga, sedapnya.. ni buat dia tak sabar nak makan ni!

"Ibu masak apa ni? Sedapnya bau." Selepas lauk sudah tersedia di hidangkan di atas meja makan keluarga Puan Siti melabuhkan punggung berhadapan dengan Bunga.

"Ibu masak makanan kesukaan kamu lah, ikan bakar sumbat." Bersinar-sinar mata Bunga apabila ibunya masak masakan kesuakaannya. Aduh tak jadi nak diet lah macam ni, makanan sedap jangan di bazirkan.

"Yeayy.." Sorak Bunga.

"Dahlia baca doa makan."

"Eh abah tak join  kita makan sekali ke ibu?" Puan Siti melepaskan keluhan berat, ha tu lah duduk dalam bilik tu lama-lama.

"Abah kamu pergi outstation  seminggu ni."

Bunga melopong, wah teruk betul diri kau Bunga, sampai orang dalam rumah ni keluar pun kau tak tahu. Bunga meneguk air sirap yang sudah terhidang di atas meja makan selepas Dahlia membaca doa makan.








Bunga keluar dari rumah, rasa macam dah lama sangat dia tak keluar, walaupun baru dua hari, Tapi rasa macam seminggu pulak tak keluar. Apabila dia melihat kawasan sekeliing, seakan tidak sama seperti selalu. Selalu kalau waktu petang macam ni mesti ada budak-budak datang main di hadapan rumahnya, tapi tidak dengan hari ini.

Dia melihat seorang kanak-kanak lelaki yang lalu menaiki basikal, lantas dia menegur. "Assalamualaikum dik."

Kanak-kanak lelaki yang mungkin umur sekitar tujuh atau lapan tahun gerun melihat Bunga, kenapa ada benda yang pelik ke? "Wa-waalaikumussalam kak, kenapa?"

"Mana yang lain? Selalu ada ,main dekat sini?'

Budak lelaki itu menelan liur payah. "Tak kami dah tukar tempat nak main kat mana."

Setelah selesai menjawab soalan Bunga kanak-kanak lelaki itu tertus mengayuh basikal laju meinggalkan Bunga keseorangan di hadapan rumahnya. Bunga hairan, dah kenapa dengan budak tu? Ada benda pelik ke? 

Dirinya mulai merasa seram sejuk, aduh dah kenapa pulak ni?

Bunga berjalan di sekitar taman permainan, terlihat kanak-kanak yang bermain di situ dengan penuh gembira dan bahagia. Tidak seperti dirinya, penuh dengan dosa kadang makan pun cukup-cukup macam tu aje.

Apa kena mengena kan? Tapi betul lah dia penuh dengan dosa, rindunya dirinya yang dulu. Yang sentiasa taat pada yang maha esa.

"Bunga..." Panggilan halus itu tidak membuatkan Bunga terus rasa dalam ketakutan. Malah dia hanya mengabaikan dan terus berjalan mendekati pondok yang tidak jauh darinya.

Dia melabuhkan punggung di atas pondok kayu itu, terasa rindu dengan zaman kanak-kanaknya. Dia bermain tanpa had, bermain dengan penuh rasa bahagia, tanpa ada sebarang masalah.

Bunga menghirup udara segar, dah lama dia tak buat macam ni. Duduk dekat pondok, main masak-masak bersama Arissa dan Nadia.

Hatinya mulai dijentik dengan rasa hiba. Betul kah ini jalan terbaik? Tak, tak betul...

Dia kena balik ke jalan yang lurus, bukan jalan menyerong. Apa salah dirinya sampai dia terperangkap dalam dua hal yang sangat berbeza?

Bunga bangkit dari duduknya tadi, lantas dia berjalan meronda-ronda kawasan taman permainan itu. Dahaga pula tekak ini.

Jadi dia memutuskan untuk pergi ke kedai runcit Pak Abas sebentar.

Sedang dia berjalan santai ingin pergi ke kedai runcit Pak Abas, dia ternampak seseorang yang dia rasa seperti kenal sahaja.

Lama dia merenung, apabila susuk tubuh itu mendekat. Bunga terus menyorok di belakang pokok yang berdekatan. Terbuntang mata dia, saat melihat susuk tubuh lelaki yang sedang berjalan bersama wanita disebelahnya.

"A-abah?" Tangannya di genggam kuat sehingga berbentuk buku lima. Oh jadi ni la outstation dia tu? Tunggu aku report dekat ibu.

Tidak jadi dia ingin pergi ke tempat yang diinginkan, Bunga berpatah balik bersama rasa benci dan sedih terhadap abahnya itu. "Sampai hati abah buat ibu macam ni."

Dia melangkah laju, dia menggunakan hujung bajunya untuk mengesat hujung mata yang tidak henti untuk mengeluarkan air mata.

"Bunga benci abah! Bunga benci abah!"

Hanya KhayalanWhere stories live. Discover now