Sedang asyik mereka berjalan di Aeon, Bunga melihat Absyar gelisah. Seperti melihat hantu sahaja.
Absyar yang hijabnya terbuka, tak keruan melihat di atas bahu Bunga. Dari tadi Bunga asyik mengadu yang bahu bahagian kanannya sakit.
Memang patut pun sakit, kerana Absyar melihat ada yang sedang bertenggek di atas bahu Bunga.
Nak buat macam mana, nak lari pun tak guna, nak tegur? Takut Bunga tidak percaya pula.
Bunga melambai tangan di hadapan wajah Absyar, namun tiada sebarang reaksi yang muncul. Bunga menhembus nafas kasar, lalu dia memetik jari di depan Absyar.
Terus mati lamunannya, "hei Absyar, apa yang kau termenung kan sangat tu?"
Absyar menelan liur payah, baginya sulit untuk dia berterus terang pada Bunga. "Oh tak, tadi aku baru teringat yang lampu rumah aku tak tutup."
Bunga mengangguk, faham. "Eh so macam mana ni? Kau nak balik tutup dulu ke apa?"
"Tak, aku rasa housemate aku dah tolong tutup kan, so jangan risau lah."
"Oh okey."
"Ada apa-apa lagi ke kau nak beli? Nak balik?"
Bunga menggeleng. "Dah tak ada apa yang nak dibeli dah. Jom balik."
Bunga tampak begitu ceria, tanpa memikirkan apa-apa. Tapi sebaliknya dengan Absyar, dia risau akan keadaan Bunga.
Tangan Absyar mulai menggeletar, terasa seram sejuk. Semoga tiada apa-apa yang terjadi...
Sampainya mereka di hadapan rumah Bunga, Absyar kaku. Tidak tahu mahu berikan reaksi macam mana.
Suara Bunga sipi-sipi di dengarnya. Terasa di dalam mimpi, lantas Bunga memetik jarinya di hadapan wajah Absyar.
"Astaghfirullahalazim." Absyar terkejut, lamunannya terus mati.
Dia melihat Bunga yang terpinga-pinga melihat dirinya, pelik. Wajah Bunga ditatap penuh rasa hairan.
Kini dia merasa diri Bunga dalam keadaan yang selamat, mungkin kerana setiap sudut dalam kereta Honda Civic miliknya di tampal stiker surah bagi melindungi diri.
Absyar mengucap syukur dalam hati, tapi nanti Bunga keluar dari keretanya pasti lembaga itu akan datang balik kan? Eh kenapa ni?
"Wei, aku keluar dulu tau? Kau ni asyik termenung je, dah kenapa?" Tanya Bunga penuh tanda tanya.
"Ah ya, keluar lah. By the way hati-hati." Bunga hairan, kenapa Absyar suruh dia hati-hati? Kan dia dah sampai rumah, mesti dia selamat.
"Ha ye lah." Bunga ketepikan semua yang bermain di dalam fikirannya itu.
Dia melambaikan tangan kepada Absyar, keretanya meluncur meninggalkannya sendirian. Diri mengatur langkah masuk ke dalam rumah.
Dahlia memandangnya pelik, lambat kakaknya balik? Tak takut kena marah dengan abah ke?
Bunga mengabaikan orang yang berada di ruang tamu itu, lalu melangkah ke arah tangga dan terus menuju ke arah kamarnya.
"Dahlia." Panggil Puan Siti.
Dahlia memusingkan kepala lalu menatap wajah ibunya, lalu mengangkat sebelah kening tanda dia menjawab sahutan ibunya itu.
"Kakak kamu tu kenapa? Balik-balik je bad mood dah lah tak tegur, banyak barang dia beli?" Bertubi-tubi Puan Siti menanyakan soalan pada Dahlia.
Dahlia menepuk dahi, "ibu.. kalau Dahlia tahu Dahlia pun tak akan pandang kakak pelik macam tu tau? Dahlia tatap je tv tu."
"Ala, ye lah mana tahu kamu tahu kakak tu pergi mana kan?"
"Ha ye lah ibu."
Badannya dihempaskan di atas tilam empuknya itu, semua beg kertas di campak kan di tepi katilnya. Penat...
Tangan kanannya diletakkan atas dahi, matanya menatap syiling atas. Terasa mata itu memberat, lalu dia tertidur lena.
Dia melihat keadaan sekeliling, gelap gelita. Di sebelah tangan kirinya dipegang ketat lampu suluh itu, entah dari mana datangnya lampu itu.
Bunga mengatur langkah kehadapan, dengan berhati-hati dia berjalan. Kerana lantai itu terasa licin, jadi dia perlu hati-hati kalau tidak jatuh terjelepok lah dia.
Lampu itu disuluhkan, kejap ke kiri, kejap ke kanan.
Tiba-tiba, dunia menjadi terang. Terlihat lah dia susuk tubuh Nek Jah yang selalu berpakaian kebaya nyonya merah.
Perlahan-lahan tubuh itu menghampiri Nek Jah, walaupun bukan itu kemahuan dia. Badannya bergerak sendiri.
Nek Jah memusingkan badannya menghadap Bunga, terlihat wajah mulus Bunga. Dia tersenyum.
"Bunga." Nama Bunga diserunya.
Bunga terkaku, "nenek."
Nek Jah memegang kedua belah tangan Bunga, dia merasa nyaman apabila di samping neneknya itu.
Di usap lembut tangannya itu. "Bunga..." Nek Jah meletakkan satu pasu tembaga kecil di telapak tangannya.
Bunga terkaku, ini... Ini tembaga yang selalu dia lihat dari kamar yang neneknya selalu larang dirinya masuk dahulu. Setiap sudut rumah neneknya mempunyai larangan, tidak siapa pun boleh masuk, termasuk lah ibunya sendiri.
Dia menelan liur payah. "A-apa ni nek?"
"Nenek nak kamu bela benda ni, bagi dia makan selalu. Nenek dah wariskan lembaga ni pada diri kamu, Bunga."
Anak mata hitamnya mengecil, terus tangan neneknya dilepaskan. Pasu tembaga itu jatuh ke tanah.
Nak Jah melihat pasu tembaga itu jatuh, amarahnya menaik. "Bunga! Apa ni? Nenek susah-susah jaga benda ni. Kamu buang macam itu aje?"
Terkesan dia, ini baru pertama kali Nek Jah marah pada dirinya. "B-bunga tak sengaja nek..."
Kasar Nek Jah mengambil pasu tembaga itu kembali. Lalu pasu tembaga itu bertukar tangan dengan Bunga.
"Jaga baik-baik, jangan bagi dia makan lewat, tunggu dia balik pada waktu maghrib faham?!" Tegas Nek Jah memberi arahan.
Bunga mengangguk lemah, kenapa dirinya tidak merasa ingin menolak? Malah menerimanya, rasa lain pada dirinya.
Perlahan-lahan susuk tubuh Nek Jah menghilang. Bunga seperti terpinga-pinga mencari susuk tubuh neneknya.
Hilang begitu sahaja...
"HAHHHH!" Bunga terjaga dari lenanya. Dia melihat ke arah jendela, gelap. Pasti sudah maghrib.
Terasa tangannya memegang sesuatu objek yang keras. Dia melihat, lalu dia kaget.
Pasu tembaga? Ini kan pasu yang ada di dalam mimpinya tadi? Terasa berat dirinya itu untuk menunaikan solat maghrib, kesudahnya dia lalai bermain iPhone XR miliknya.
YOU ARE READING
Hanya Khayalan
Mystery / ThrillerSeorang remaja perempuan yang ingin mencapai cita-cita untuk membanggakan ibu bapanya, namun masalah keluarga dan mimpi ngeri yang dihadapinya setiap malam menjadi penghalang untuk dia meneruskan apa yang ingin dicapainya.