Bab 4

8 5 0
                                    

Gelap.

"Aduh." Dia mengadu sakit. Kepalanya terhantuk di tombol pintu.

Dia melihat keadaan sekeliling, kamarnya sendiri.

"Bukan ke tadi aku dekat rumah nenek?"

Bunga berdiri, lalu melangkah ke arah meja soleknya, dia melihat dirinya di cermin yang masih lengkap berpakaian sekolah.

"Ya Allah aku tak tukar baju lagi..."

"Allah huakhbar, Allah... Huakhbar." Azan asar berkumandang.

"Azan dah, lama sangat ke aku tertidur?" Tanpa melengahkan masa dia bergegas masuk ke kamar mandi bagi membersihkan diri.






"Assalamualaikum warahmatullah, assalamualaikum warahmatullah." Setelah, selesai dia menunaikan solat asar, dia mengangkat kedua tangannya lalu berdoa.

Usai dia berdoa, dia melihat ke tepi katil, hairan. Dia melihat kotak yang bersinar di bawah katilnya.

Tanpa membuka telekung terlebih dahulu dia terus mencapai kotak yang dilihatnya tadi.

Dia duduk di atas katilnya, dia membersihkan sedikit kotak tersebut, perlahan-lahan dia membuka.

Setelah dia membuka kotak itu, lantas dia terus membaling. Bangkai tikus, busuk!

"Astaghfirullahalazim."

Tok! Tok! Tok!

Pintu kamarnya diketuk beberapa kali, kencang.

"Bunga buka pintu ni." Kedengaran suara ibunya yang berada disebalik pintu.

Dia bangun lalu dia mengemas kembali sejadah dan telekungnya dilipat kemas. Tangan mulusnya itu memulas tombol pintu. "Ya ibu."

Sebaik sahaja pintu itu terkuak, seluruh tubuhnya merasa dingin. Seram sejuk yang boleh dikatakan lah.

Badannya seakan tidak boleh bergerak, bukan ibunya yang mengetuk pintu kamar miliknya.

Namun, nenek tua yang berada di mimpinya tadi. Dup!

Dia terjatuh kebelakang, perasaan takut mula menyelimuti hati. "I-ibu, ni ibu kan?"

Dia cuba bermain teka-teki untuk mengurangkan rasa takutnya yang menggunung, perlahan-lahan dia berganjak kebelakang sedikit.

Nenek tua itu juga mulai mendekati Bunga, "arrhhhhhhhh tolong!"

Semua barang yang berdekatannya dibaling tepat mengenakan si nenek tua itu, namun tiada sebarang reaksi yang ada.

"IBUUU!" Puan Siti kaget saat namanya diseru, dia berlari naik ke atas, lalu dia pergi ke kamar Bunga.

"Bunga, Bunga!" Puan Siti mendekati Bunga, namun Bunga menjauhi dirinya.

"TAK JANGAN DEKAT, PERGI KAU, BUSUK!" Dia menjerit histeria, Puan Siti hairan. Dia cuba untuk mendekati Bunga, namun tidak dapat.

Puan Siti cuba meneka apa yang terjadi dengan anak sulungnya itu, dia cuba mencari apa yang mengacaunya.

Lalu dia terlanggar suatu kotak. Kotak yang busuk, dipenuhi bangkai tikus. "Astaghfirullahalazim, apa ni?"

Dia cuba mencari penawar, Bunga sudah menjerit tak tentu hala.

"Bismillahirrahmanirrahim, allāhu lā ilāha illā athuw, al-ḥayyul-qayyūm, lā ta'khużuhū sinatuw wa lā naum, lahū mā fis-samāwāti wa mā fil-arḍ, man żallażī yasyfa'u 'indahū illā bi'iżnih, ya'lamu mā baina aidīhim wa mā khalfahum, wa lā yuḥīṭūna bisyai'im min 'ilmihī illā bimā syā', wasi'a kursiyyuhus-samāwāti wal-arḍ, wa lā ya'ūduhū ḥifẓuhumā, wa huwal-'aliyyul-'aẓīm."

Hanya KhayalanWhere stories live. Discover now