Mina melilaukan mata melihat sekeliling.Kuncu Andika menuangkan minyak petrol sekitar gudang. Bergelen-gelen minyak disimbahkan ke dalam gudang.
"Pia. Apa yang kau orang rancang ni hah?" Mina menangis ketakutan tidak memahami apa yang sedang berlaku.
"Persediaan. In case kau dan jantan kau selamat. Aku akan bakar gudang ni. Kau dan jantan kau tu akan terbakar!" Pia mengangkat sebaldi minyak petrol lalu disimbahkan ke atas Mina.
Mina tersedak ketika cairan petrol itu memasuki mulutnya.
Perlahan Mina memeluk lutut Pia.
"Pia. Sedarlah! Aku ni kawan baik kau! Dari sekolah Pia! Sampai hati kau Pia. Tsk. Sakit." Mina menangis tersedu-sedan.
Pia mencangkung sehingga sama paras dengan Mina yang melutut.
Pipi Mina ditepuk menggunakan pistol.
"Naifnya. Aku kawan dengan kau masa sekolah dulu sebab aku nak nama. Populariti kau. Kalau tak aku pun dibuli macam jantan kau. So apa aku buat? Pura-pura jadi kawan baik kau. Well dulu kau lah ketua kan. Queenbee? Puih. Kalini aku yang akan ambil alih tempat kau." Pia tergelak jahat dan puas hati kerana berjaya memperbodohkan Mina selama berbelas tahun.
Mina tercengang. Pia, kawannya sejak tadika mengkhianatinya tanpa sekelumit pun empati.
"Sampai hati kau Pia. Kau tak ingat ke selama ni apa yang kita lalui bersama?" Mina mula meratap. Hatinya yang sakit akibat pengkhianatan ditumbuk dengan tangan sendiri menahan rasa.
"Aku bukan kawan kau Mina. Kau sepatutnya lebih berhati-hati." Pia mengejek.
"Aku nak semua yang kau ada Mina. Harta jantan kau. Kehidupan kau." Tambah Pia tanpa berselindung.
Mina mengetap bibir sakit hati.
Mereka mula mengangkat tong gas beramai ramai lalu menyusun di tengah gudang.
"Bangsat! Kau memang bangsat Pia! Sekali kau sentuh Khairi. Aku bunuh kau!" Mina yang melutut mula mengigil menangis dalam kemarahan.
"Aku? Bunuh Khairi? Mina kau lupa ke? Kau yang akan bunuh dia!" Pia senyum sinis lalu berdiri jauh dari perempuan itu.
°°°°°
Qush memandu laju. Khairi di sebelahnya memegang dada yang masih sakit dek luka pembedahan yang masih belum sembuh.
"Mina." Panggilan telefon masih belum terputus. Dia gelisah memikirkan isterinya yang menangis menelefonnya.
"Khairi tolong datang sini." Kata-kata Mina yang menelefonnya dalam tangis mula bergema.
Lelaki itu mula tidak senang duduk. Risau akan keselamatan Mina. Fikirannya kabut. Kereta mula memasuki kawasan ladang kelapa sawit.
Mengapa Mina membawanya ke kawasan terpencil ini? Mengapa Mina ke sana? Semuanya bermain dalam mindanya. Masih tidak memahami asbab Mina kesana.
Qush memberhentikan kereta dihadapan gudang terbiar itu.
Mereka berdua keluar dari perut kereta.
"Qush. Kau stay sini. Biar aku seorang ambil dia." Khairi meluru ke dalam gudang mencari Mina.
Qush akur. Dia mula tidak sedap hati. Telefon dikeluarkan. Aplikasi kamera dibuka. Butang rakaman ditekan.
"Mina?" Khairi mencari isterinya didalam gudang gelap itu.
Dia berasa pelik. Tanah dalam gudang itu terasa lembut dan basah. Bau petrol yang kuat mula menusuk ke dalam rongga hidung.
"Mina!!" Khairi mencari dalam kegelapan.
![](https://img.wattpad.com/cover/249291455-288-k980621.jpg)
YOU ARE READING
Dear Dictator [Completed] ✓
Romance[KARYA KEDUA] Language : Malay Fat and naive boy, Khairi is trapped in dangerous game which leads Mina,a popular girl and queenbee dared to be in relationship with him for one month. Khairi is deeply in love with Mina but when situation takes a tu...