bab 3

42 25 5
                                    

          Enjoyy Reading.          🌹

“FELYNAA ! ”

Fely yang berada di dapur terkocoh-kocoh berlari mendapatkan majikannya sebaik sahaja mendengar  namanya dipanggil.

“Ya Nek Tom ada ap-”

“Datinlah setan ! Siapa nenek kau” jerkah Nek Tom kepada Fely.

“Y-ya datin, Datin nak apa” ucap Fely  dengan kepala yang ditundukkan.Tidak berani dia hendak mengangkat kepala melihat wajah Nek Tom.

“Saya nak kopi, Nanti hantarkan dekat bilik saya” arah Nek Tom sebelum berjalan menuju ke tangga.Fely mengangguk faham lalu dia pun menuju ke dapur.

Tempoh masa sebulan menjadi tukang gaji sepenuh masa di rumah agam itu telah memberikan impak yang besar terhadap dirinya.Mental dan fizikalnya diuji dengan menghadap segala caci maki yang diterima dan membuat segala pekerjaan dirumah tersebut berseorangan tanpa rehat.

Dalam tempoh masa sebegitu dirinya sudah lali menghadapi segala dugaan yang menimpa dirinya kerana dia tidak mempunyai tempat lain untuk bergantung,yang mampu dia lakukan hanya bertahan di neraka ciptaan neneknya sendiri.Biarpun dia tahu bahawa dirinya sudah perlahan-lahan hancur dari dalam.

Tok Tok Tok !

Pintu bilik diketuk sebelum Fely melangkah masuk ke dalam bilik 'majikan' nya.Kopi yang telah dibuat dituangkan ke dalam cawan lalu diberikan kepada majikannya itu.

PRANG !

“Kau sengaja kan buat manis-manis! Nak bagi aku mati awal kan !” jerkah Nek Tom.

“Maafkan saya Datin.Biar saya buat yang baru ya ” ujar Fely lalu membongkok kan dirinya untuk mengutip serpihan kaca yang pecah itu.

“Tak payah! Hilang mood aku nak minum” jawab Majikannya itu.Gadis malang itu hanya diam mengutip semua serpihan kaca sebelum dia melangkah keluar daripada bilik tersebut.

“astagfirullah Fely ! Kenapa dengan kepala kamu tu” soal  Mak Ejah lalu mendapat kan Fely yang sudah berdarah kepalanya.Serpihan kaca yang ada  pada dulang yang dibawa Fely menghentikan pertanyaan Mak Ejah.

“sini dulang tu,biar Mak Ejah yang uruskan.Kamu pergi masuk bilik kamu ” ucap Mak Ejah prihatin lalu mengambil dulang itu dari tangan Fely.

“tak apa Mak Ejah..Fely okay,Fely boleh buat sendiri” jawab gadis itu berkeras lalu mengambil dulang itu kembali.Serpihan kaca itu dibuang ke dalam tong sampah lalu dulang disimpan kembali ke tempat asal.Kemudian dia pun menuju ke arah belakang untuk pergi ke bilik miliknya.

Mak ejah memandang sayu gadis malang itu.Terkadang dia terfikir apa salah gadis itu sehingga diperlakukan sebegitu.Semenjak gadis itu menetap di rumah agam ini,semua tukang gaji yang lain dipecat dan hanya dia dan seorang tukang gaji yang tersisa.Namun kebanyakan kerja hanya diserahkan kepada gadis itu sahaja dan mereka tidak dibenarkan untuk membantu,jika tidak mereka juga akan dipecat.

Tanpa membuang masa Mak Ejah pun mengambil first aid kit lalu mengekori gadis malang tersebut ke biliknya,atau lebih tepat lagi bilik mereka.

Mak ejah pergi mendapatkan Fely yang sedang mencuci darah di kepalanya sebelum tubuh itu ditarik lalu didudukkan di atas katil.

“duk diam-diam,biar Mak Ejah yang bantu ubatkan kepala kamu” ujar wanita berumur itu.Fely hanya akur sambil matanya mula terasa panas,kelembutan Mak Ejah merawat dirinya mengingatkan dia kepada ibunya dan itu membuatkan dia tidak tahan akan tangisnya.

URASYAWhere stories live. Discover now