🌹______ENJOY READING______🌹
“Haa,balik pun kau..”
Fely yang baru sahaja masuk ke ruang tamu memandang sekilas ke arah Yunna yang tengah santai duduk di sofa.Tanpa menghiraukan sapaan Yunna,Fely meneruskan langkahnya ke dapur untuk menyusun barangan yang telah dibelinya.
“eh,dia buat bodoh pula” ujar Yunna bengang lalu dia pun bangun untuk mengekori Fely yang berada di dapur.Barang-barangan tersebut diperhati satu persatu namun barang utama yang dicarinya tidak ada.
“oi tukang gaji,baju aku mana?” soal Yunna.
“baju apa?” soalan berbalas dengan soalan.Fely berkerut hairan,baju apa pula ni.Dalam list tu tiada pun tertulis perkataan 'baju'.
“aku ada mesej kau kan, ambil baju aku dekat butik.Takkan tak baca” jawab Yunna lalu menunjukkan bukti yang dia telah menghantar mesej kepada Fely.
Fely tergamam seketika lalu dia mencari telefonnya di dalam poket namun tiada.
“err..telefon aku tertinggal tadi” tipu Fely, kalau dia bagitahu hilang.Pasti gadis itu akan menyoal dia dengan banyak soalan.
Yunna mendengus geram,sudahlah baju itu dia akan pakai untuk acara malam ni.Dia memandang tajam Fely yang berada dihadapannya
“tak boleh diharap langsung ! nasib baik mood aku bagus harini jadi kau selamat.” ujar Yunna lalu meninggalkan Fely.Gadis itu mula menelefon driver untuk bersedia kerana dia hendak keluar sebentar.
Fely yang berdebar terus melepaskan nafas lega.Nasiblah Yunna tidak bertanya banyak jika tidak pasti dia perlu berfikir banyak alasan lagi.Sudahlah dia tidak pakar bab bab menipu ni.
Usai membungkus kesemua barang menjadi sebuah hadiah.Fely pun pergi makan bersama mak ejah memandangkan Nek Tom dan Yunna tidak akan berada dirumah pada malam nanti .Jadi bolehlah dia berehat.
****
Selepas sahaja melihat tapak pembinaan,mereka bertiga kembali ke syarikat kerana hendak menjalan tugas yang lain.Fail-fail pekerja yang ada diatas meja diteliti satu persatu sebelum diserahkan kepada Setiausahanya iaitu Clara.
“Danny,boleh tolong ambil kan pelan tapak tadi.Ada dibahagian seat belakang aku letak.” arah Uqaz kepada sahabatnya yang kelihatan hendak keluar.
“ouh,okey kejap” jawab Danny sebelum keluar.Uqaz mengangguk lalu menyambung kerjanya.Seketika fokus nya teralih apabila dia mendapat pesanan daripada ayahnya.
Tidak lain tidak bukan ianya mengenai perintah ayahnya iaitu mencari seseorang gadis yang bernama 'Urasya' .Sudah hampir 2 tahun dia membuat pencarian namun tiada sedikit info pun yang dia dapati.Malahan dia beranggapan bahawa gadis itu sudah tiada tetapi ayahnya, Tuan Umar tetap berkeras bahawa gadis itu masih hidup.
Terkadang dia bertanya kepada ayahnya kenapa dengan gadis yang bernama urasya itu tetapi soalan nya tidak dijawab dan dapat dia rasakan ayahnya menyembunyikan sesuatu.
“Qaz! Oh uqaz!”
Panggilan Danny menghentikan dia daripada lamunan nya.Pelan yang yang diminta nya tadi diambil dan dibuka.Danny memandang hairan sahabatnya yang berkelakuan pelik sejak dua menjak ini.
“kau okay ke ni?” soal Danny yang masih berdiri di hadapan Uqaz.Uqaz yang kebingungan itu memandang sekelilingnya,memastikan bahawa orang disoal itu adalah dia.
“kau lah yang aku tanya sengal.Takkan tanya dinding pula” ujar Danny geram.Sudah terang lagikan bersuluh hanya dia sahaja yang berada dihadapannya.
“ouhh,ingatkan tanya Niel..Okay,aku okay je..kenapa ada yang pelik ke?” soal Uqaz lagi.Daniel yang terdengar namanya dipetik terus menghentikan kerjanya.
