Her Desolation | 7

6 2 0
                                    

Arlan mengeluh kecil apabila dia perasan dia sudah terlajak masa dengan masa yang dia janjikan bersama Khairul untuk datang ke majlis perkahwinan Iris dan Eren.

Arlan memakai suit berwarna hitam berserta shirt putih di dalam dan bertali leher hitam. Dia bercadang hendak memakai baju melayu tetapi ada meeting pula dengan client jadi tidak sempat hendak menukar.

Dia memasuki dewan perkahwinan itu dan berasa sedikit hairan akan kegelapan di dalam dewan tersebut. Arlan melihat sekeliling jika ada berlaku blackout di majlis tersebut tetapi mata dia terancap pada seorang gadis yang berpurdah sambil memegang violin bersama seorang jejaka di sisinya.

Walaupun Arlan tidak nampak dengan jelas gerangan gadis itu, hati dia mengatakan yang gadis itu adalah Lavelra.

Arlan terpaku mendengar melodi muzik yang dimainkan oleh sang gadis dan jejaka yang di sebelahnya. Arlan mengenali lagu yang dimainkan ini. River Flows In You.

Matanya memandang gadis itu, bibirnya terkunci dan perhatiannya hanya fokus terhadap gadis itu dan lagu yang dimainkan oleh kedua-dua pemain itu. Badannya terpaku melihat keangguan gadis itu bila memainkan violin tersebut. Pergerakan gadis itu tertampak tenang sepanjang masa dia memainkan violin tersebut.

Tiba-tiba bahu Arlan di tepuk oleh seseorang membuatkan Arlan tersentak. Dia cepat-cepat paling ke belakang dan kelihatan Khairul yang berada di belakangnya.

"Kau tercegat kat sini dah kenapa?" Khairul bertanya hairan walaupun di dalam hati sudah bersorak untuk Arlan apabila dia sudah pasti yang Arlan sudah jatuh hati dengan Lavelra.

"E-eh! Tak ada apa-apa lah. Tengah cari kau je tadi." Arlan berdehem sambil membetulkan tali lehernya.

Khairul hanya tersengih melihat gelagat kawan baiknya yang sedang melarikan pandangan ke tempat lain.

"Well, jom lah duduk. Eric dah tunggu sekali kat depan." Pelawa Khairul sambil berjalan terlebih dahulu, meninggalkan Arlan bersendirian di pintu masuk.

"Astarghfirullah... Kenapa aku tenung anak dara orang ni... Selalunya aku tak macam ni." Arlan beristighfar sambil merasakan pipinya menjadi sedikit hangat, terus dia menampar pipinya sendiri dengan kuat.

Arlan memandang sekilas ke arah Lavelra yang masih memainkan violinnya. Arlan merasakan jantungnya berdegup kencang sebelum dia cepat-cepat mengalihkan pandangannya ke tempat lain.

Arlan meraup mukanya dan mengekalkan tangannya pada muka untuk menenangkan dirinya dan hatinya daripada berdegup kencang.

"Mustahil... Takkan aku dah jatuh hati dengan Lavelra... Kitorang jumpa pun jarang." Arlan menafikannya sebelum menarik nafas dalam-dalam.

Tanpa disedari, gelagatnya di perhatikan daripada Khairul dan Eric. Mereka berdua sudah tergelak kecil melihat riak wajah Arlan sudah menjadi merah padam. Mereka berdua memang sudah pasti 100% yang Arlan sudah jatuh hati dengan Lavelra.

. ᡣ𐭩 .

Selesai sahaja persembahan muzik aku dan Izke, kami berdua berdiri di sisi masing-masing dan memberikan tundukan sebagai tanda pengakhiran persembahan kitorang.

Semua orang memberikan tepukan gemuruh kepada kami berdua. Izke memandang ke arah aku sambil memberikan senyuman lembut kepada aku.

"Nanti bila aku atau kau kahwin, kita main sama-sama lagi nak tak?" Izke bertanya kepada aku sambil kami berdua meninggalkan kawasan tersebut.

Aku berfikir sejenak dan mengangguk tanda setuju. Aku cuma tersenyum kecil kepadanya walaupun aku tau yang dia tidak nampak senyuman kecil aku yang disebalik purdah ini.

LAVELRA: Her Desolation [Slow Update]Where stories live. Discover now