Her Desolation | 4

7 3 0
                                    

Sedang aku melayan telefon di tangan pada waktu cuti sementara memikirkan apa yang hendak aku makan untuk sarapan, aku teringatkan dengan perjumpaan antara aku dengan Arlan kebelakangan ni.

"Kenapa mesti si dia yang Arlan perlu ingatkan aku?" Satu keluhan berat terlepas dari bibirnya.

Semua tentangnya asyik membuatkan aku teringatkan dengan si dia. Aku mengerling ke arah bingkai gambar yang berada di atas meja kecil yang berada di sisi katil kepunyaanku.

Terdapat dua orang yang sedang senyum gembira di dalam gambar itu. Diri aku sendiri dan seorang lelaki di sisiku. Lelaki tersebut sedang bermain piano manakala aku berdiri di sisinya mendengar melodi-melodi piano tersebut.

Melihat gambar itu membuat aku berasa sebak. Aku mengeluh sambil memandang ke atas siling. Aku menepuk dadaku lembut untuk menenangkan rasa sebak di dalam diriku.

"Enzo..." Aku berbisik pada diri sendiri.

"Nampaknya susahlah aku nak lupakan pasal dia sekarang dengan kehadiran Arlan." Aku tersenyum tawar.

Aku memandang semula gambar tersebut dan senyuman kecil terukir di bibirku mengenangkan memori indah bersamanya.

Zaffre Lorenzo. Bestfriend aku sejak kecil lagi.

. ᡣ𐭩 .

Aku melakukan kerja aku seperti biasa sambil menonton apa yang terjadi antara Aria, Asil dengan Hayden. Tiga rakan itu selalu bersama. Kekadang nampak juga yang Asil dengan Hayden ni macam protective dengan Aria. Comel.

Aku hanya menggelengkan kepala aku lalu membuka computer yang berada di atas meja kaunter.

Aku membuka laman web yang khas untuk kedai aku untuk melihat jika ada terima sebarang tempahan-tempahan online di situ.

Hmm... Setakat ni takde lagi.

Dari sudut mata aku, aku boleh lihat Hayden, Asil dan Aria menghampiri aku. "Akak, ada apa-apa nak di tolong ke?" Ucap Aria sambil melihat sekeliling.

"Hmmm... Boleh tak tolong korang tolong tengokkan bunga-bunga kat sekitar kedai ni? Takut ada yang dah layu tapi tak perasan." Aku berkata dengan nada lembut.

Mereka bertiga mengangguk lalu meneruskan diri mereka untuk membuat tugasan yang diberi oleh aku.

Aku menutup komputer itu dan membuka buku nota kecil yang mempunyai nama-nama bunga di kedainya.

Aku terfikir bunga apa lagi yang aku patut letak kat kedai ni. Semasa aku tengah berfikir, pen yang berada di tangan aku terjatuh. Aku terus membongkokkan badan aku untuk mencapai pen itu.

Sewaktu aku tengah menundukkan badan aku untuk mengambil pen yang terjatuh. Aku terdengar suara garau memanggil nama aku.

"Miss Lavelra."

Aku terkejut mendengar seseorang memanggil nama aku, membuatkan belakang aku terhantuk pada meja itu.

"Miss, awak okay ke?" Tanya Eric dalam nada sedikit risau.

"S-saya okay! Jangan risau."

Aku terus menegakkan badan aku dan membetulkan purdah kepunyaanku. Lelaki di hadapan aku adalah Eric.

"Uhhh... Eric, ada nak beli apa-apa ke?"

"Saya nak bunga yang bride selalu pegang waktu wedding tu." Ujarnya dalam nada mendatar. Aku mengangguk lalu berdiri daripada kerusi aku.

LAVELRA: Her Desolation [Slow Update]Where stories live. Discover now