Her Desolation | 5

6 2 0
                                    

Aku sedang membawa troli di hadapan aku sambil melihat rak-rak bahan masakan untuk di masukkan ke dalam troli tersebut.

Ajakan Eric beberapa hari lepas membuat aku berasa sedikit pelik. Yelah, datang-datang pastu ajak pergi majlis perkahwinan seseorang yang aku tak kenal. Aku cuma menggelengkan kepala aku untuk tidak bersangka buruk terhadapnya.

Muka Eric tu macam mirip dengan salah satu kawan Enzo je... Fikiran aku je kot.

Aku berlalu dan memasukkan 2 tin sardin sambil melihat list barang yang perlu dibeli di dalam handphone aku.

Setelah selesai meletakkan bahan-bahan lain, aku melihat list itu sekali lagi untuk memastikan semuanya sudah diletakkan... kecuali satu je barang tertinggal.

Aku berjalan di hadapan rak makanan. Tapi... kenapa tinggi sangat??? Aku mengeluh sambil memandang kiri dan kanan aku. Okay, line clear. Aku menjengketkan kaki aku untuk mencapai tetapi masih tidak dapat mencapai barang itu juga.

"Miss, nak saya tolong?"

Aku berpaling untuk melihat tuan punya suara dan kelihatan seorang lelaki berbadan tegap. Dia memakai mask berwarna hitam. Aku hanya mengangguk sebagai ya sambil menunjukkan kepada barang yang aku nak ambil.

Lelaki tersebut mengangguk sambil cuba untuk mencapai barang tersebut dan akhirnya dia berjaya. Lelaki itu memberikan barang itu kepada aku.

Aku memandang wajah lelaki itu untuk seketika dan dia nampak macam Arlan for some reason. Aku membuat keputusan untuk membiarkan sahaja sambil mengucapkan terima kasih kepadanya.

Lelaki itu mengangguk sebelum berlalu pergi. Selepas itu aku terdengar suara yang familiar dengan aku. Aku menoleh kebelakang dan terlihat Eric di situ dengan lelaki yang menolongnya tadi.

Lelaki yang menolongnya tadi membuka mask hitamnya dan memang benar tekaan aku yang lelaki itu Arlan. Cuma, kenapa lelaki itu memakai mask?

Aku membuat ke keputusan untuk berlalu pergi dari situ dan menuju ke kaunter pembayaran bersamaan dengan troli.

Arlan memakai mask berwarna hitam kerana dia selesema sedikit sambil menolong Eric membeli barang dapur.

Matanya meliar mencari kelibat Eric yang hilang secara tiba-tiba sambil memegangkan troli mereka di hadapannya.

"Waktu rehat jugalah aku mesti ada sakit apa-apa..." Arlan bercakap dengan diri sendiri sambil mengeluh.

Alang-alang tengah mencari Eric, Arlan berpusing kat semua bahagian-bahagian barang dapur sambil membawa troli itu bersamanya untuk melihat jika dia perlukan beli apa-apa dari tempat ini.

"Mana pulalah mamat ni menghilang... Nak call, handphone tertinggal dalam kereta..." Arlan mengeluh sambil membetulkan masknya.

Arlan berjalan ke sana, sini dengan riak bosan sambil membawa troli itu. Sewaktu matanya masih meliar mencari Eric, dia ternampak seorang gadis seperti hendak mencapai sesuatu dekat bahagian atas. Tapi tulah, pendek.

Nampak macam Vel je, desis hatinya tapi dia membiarkan tentang fikirannya itu dan terus menolong gadis itu.

Selepas Arlan menolong gadis itu, baru dia ternampak Eric daripada jauh sedang bercakap dengan seorang gadis.

Arlan berasa tak puas hati kerana sekarang baru dia tahu kenapa Eric tinggalkannya. Arlan hanya mengangguk kepada gadis itu apabila gadis itu mengucapkan terima kasih kepadanya.

LAVELRA: Her Desolation [Slow Update]Where stories live. Discover now