Her Desolation | 14

3 2 0
                                    

Malam menjelang, semua tetamu sudah balik ke rumah masing-masing. Aku menyibukkan diri dengan tolong kemas barang-barang walaupun ibu aku suruh rehat.

Mana boleh! Dah lah Arlan ada dalam bilik tu! Aku betul-betul rasa gementar setiap kali cuba nak masuk bilik tu. Aku tau yang Arlan tak akan buat apa-apa. Tapi bukannya aku biasa dengan lelaki yang bukan keluarga aku sebelum ni!

Puan Masyitah yang sedang berdiri di dapur tergelak kecil melihat gelagat anaknya yang tidak habis-habis berjalan ke sana ke mari. Ia membuatkan dia teringat waktu malam hari selepas dia bernikah dengan Zaffre.

Dia memang pemalu orangnya. Pegang tangan pun teragak-agak. Duduk dekat-dekat pun boleh malu. Dia teringat bila Lavelra jaga pandangannya walaupun dengan suami sendiri. Sudah menjadi habit katanya.

"Masuk jela Lavelra oi! Suami kamu tu bukan makan orang pun!" Usik Puan Masyitah membuatkan pipi aku membahang.

Habislah! Mesti Arlan dengar apa yang ibunya cakap! Tiba-tiba sahaja pintu bilik dibuka dan terpampar muka Arlan di situ. Aku cepat-cepat memandang tempat lain, berasa kekok. Arlan berdehem.

"Kalau awak tak biasa lagi, tidurlah dalam bilik ni. Saya tidur luar." Pelawa Arlan.

Cepat-cepat aku menolak. "Eh! Tak apalah. Awak tidurlah dalam. Saya tidur luar."

"Mana boleh. Sebagai suami awak, saya nak awak tidur dalam." Arah Arlan sambil menggelengkan kepalanya. Suaranya kedengaran tegas tetapi lembut.

Lambat-lambat aku mengangguk, tak nak panjangkan perkara ni. Arlan keluar dari bilik dan membiarkan aku untuk masuk ke dalam. Puan Masyitah hanya menggelengkan kepalanya melihat pasangan tersebut.

Bila aku menutup pintu bilik, baru aku perasan yang aku masih memakai purdah dan tudung. Aku mengeluh. Baru sahaja hendak beranikan diri untuk tidur sebelah dia tapi rasa nervous.

Perlahan-lahan aku membuka mata. Aku tak boleh tidur. Aku membangunkan diri aku di dalam posisi duduk sambil memandang sekeliling. Tekak berasa kering, spontan aku bangun dari birai katil. Kaki menjejak lantai bilik membuatkan bulu roma aku meremang. Sejuk!

Aku perlahan-lahan membuka pintu bilik dan keluar ke dapur untuk minum air. Sewaktu aku sedang minum, mata aku memandang Arlan yang sedang nyenyak tidur di sofa tanpa selimut dan bantal.

Lihat sahaja dia dalam keadaan begitu membuatkan aku berasa risau. Aku meletakkan gelas di atas meja sebelum cepat-cepat ke bilik aku untuk mengambil selimut dan bantal lebihan untuk dia.

Perlahan-lahan aku menapak ke ruang tamu di mana Arlan berada. Aku menyelimuti badannya dengan selimut. Bantal di tangan sambil aku memandang kepala Arlan yang beralaskan lengannya.

Tangan aku teragak-agak untuk menyentuhnya dan takut jika menganggu tidurnya. Tetapi aku memberanikan diri. Aku cuba beberapa kali untuk cuba menyentuh kepalanya tetapi secara refleks, tangan aku di tarik semula. Aku menjeling ke arah tangan aku.

Aku berfikir sejenak sebelum cepat-cepat pergi ke bilik abang aku. Pintu di buka, tidak berkunci seperti selalu. Abang aku kelihatan sedang khusyuk membaca buku di atas katil dengan night lamp di sebelahnya.

Perasan akan kehadiran aku, dia menutup bukunya sambil memandang aku pelik. "Nak apa?" Tanya Lahiq.

"Abang, tolong letak bantal ni bawah kepala Arlan." Pinta aku dengan lembut sambil menunjukkan bantal di tangan.

"Lah, kenapa tak buat sendiri je?" Tanya Lahiq pelik.

"Malu." Balas aku ringkas.

Lahiq tergelak kecil sambil menggelengkan kepalanya sebelum tangannya mencapai bantal di tangan aku dan bangun dari birai katil untuk ke ruang tamu. Aku mengikuti abang aku dan melihatnya perlahan-lahan mengangkat kepala Arlan dan menyeluk bantal di bawah kepalanya.

Tangan Arlan yang digunakan sebagai bantal pada mulanya di tarik perlahan ke sisi. Arlan seperti tidak terganggu langsung. Dia hanya kekal tidur sahaja.

"Terima kasih." Bisik aku sambil Lahiq mengusap lembut kepala aku dan berlalu pergi. Mata aku melirik ke arah Arlan yang sedang tidur dengan lena sebelum aku berpaling ke belakang untuk ke bilik.

. ᡣ𐭩 .

Matahari menjelma di siang hari, bila aku keluar sahaja dari bilik, aku menjenguk ruang tamu untuk melihat Arlan daripada dapur. Dia seperti sedang sibuk berborak dengan ayahku.

Beberapa helaian rambut menganggu pandangan aku membuatkan aku berasa rimas dan tersedar yang aku tidak memakai tudung. Aku cepat-cepat ingin mengambil tudung sebelum aku menghentikan pergerakan aku.

Eh, dia kan dah jadi suami aku. Jadi bolehlah aku tak pakai tudung di hadapan dia.

Lamunan aku terhenti saat ibuku memanggil untuk menolongnya memasak. Aku dengan pantas menolongnya tanpa berlengah. Selepas makanan sudah siap, aku membawa pinggan-pinggan makanan itu di meja makanan.

Sewaktu aku sedang sibuk meletakkan gelas, aku perasan yang Arlan tidak memandang langsung ke arah aku. Aku tidak berapa kesah tetapi aku berasa sedikit pelik.

Tuan Syahhrul yang perasan akan Arlan punya tingkah laku, bertanya. "Arlan, kenapa kamu ni asyik pandang lantai je? Cantik sangat ke lantai tu?"

"Tak ada apalah, ayah. Lantai ni terlalu cantik, sebab tu saya asyik pandang je." Arlan balas dengan senyuman seperti menyembunyikan sesuatu.

"Ayah cuma ada seorang anak perempuan je. Jadi usahlah kamu nak tundukkan pandangan." Kata Tuan Syahhrul sambil tergelak kecil.

Tuan Syahhrul tahu yang Arlan mesti fikir yang asyik ke hulur hilir adalah orang lain bukannya Lavelra. Arlan hanya tersengih dengan janggal sambil dia menggosok belakang lehernya.

"Makanan dah siap!" Ujar Puan Masyitah sambil aku dengannya duduk di meja makan.

Arlan dan Tuan Syahhrul bangun daripada tempat duduk mereka dan berjalan menuju ke meja makan bersama. Tuan Syahhrul mengambil tempat duduk di sebelah Puan Masyitah sambil Arlan mengambil tempat duduk sebelab aku.

Aku berasa sedikit gementar bila dia duduk di sebelah aku. Perlahan-lahan aku mencedok nasi ke pinggannya sambil memandang wajahnya untuk tahu jika kuantiti nasinya cukup ataupun tidak. Dia mengangguk sebelum aku menuangkan air kosong di cawannya.

"Terima kasih." Bisiknya.

Aku mengangguk, sempat aku mengerling sekilas ke arahnya dan aku ternampak telinga kelihatan merah? Aku buat-buat tak tahu sahaja tetapi Lahiq mesti nampak sebab dia sedang tersengih melihatku.

"Arlan nanti bertolak ke sana esok?" Tanya Tuan Syahhrul untuk kepastian sambil Arlan mengangguk.

"Bila?" Tanyanya lagi.

"Hmm... Kalau boleh, awal pagi esok macam pukul 4 lebih." Ujar Arlan sebelum menyuap nasi goreng di mulut.

Tuan Syahhrul mengangguk faham. Kitorang bersembang bersama sambil makan sarapan pagi. Aku mengerling ke arah Arlan yang sedang tersenyum kecil. Aku memandang cincin di jari aku. Aku harap aku dapat menjadi isteri yang baik untuknya.

TO BE CONTINUED.

LAVELRA: Her Desolation [Slow Update]Where stories live. Discover now