Her Desolation | 18

1 1 0
                                    

Selepas kami berdua keluar sahaja daripada lif, kami berdua terus sahaja masuk ke dalam bilik. Arlan membuka kotnya dan meletakkannya di rak penyangkut yang disediakan.

"Awak tidur lah dulu. Saya nak mandi sekejap." Ujar Arlan sambil berjalan menuju ke arah bilik air.

Aku hanya mengangguk sahaja. Memang aku terasa letih sekarang ni. Aku terus sahaja membuka purdah dan menukar pakaian aku sebelum aku berbaring di atas katil.

Selimut di tarik ke badan aku sambil aku mengambil bantal extra untuk aku memeluknya. Aku berasa hangat sedikit di dalam bilik ni.

Saat aku sedang mengelamun, tiba-tiba Arlan keluar dari bilik air dengan pakaian kali ni. Arlan sedang sibuk menggosokkan rambut basahnya dengan tuala kecil sambil berjalan menuju ke cermin. Dia mengambil sikat dan mula menyikat rambutnya.

Aku tak tahu kenapa tetapi mata aku mengikut sahaja ke mana dia pergi dan apa yang dia sedang buat. Arlan memusingkan badannya untuk ke katil sebelum bibirnya mengukirkan senyuman nipis melihat aku tidak tidur lagi.

"Kenapa tak tidur lagi? Tak penat ke?" Tanya Arlan sambil dia berbaring bersebelahan dengan aku sambil dirinya menghadap diri aku.

"P-penat tapi tak boleh tidur lagi." Jawab aku dengan kekok. Ni kali pertama aku berbaring menghadap dirinya.

"Kalau macam tu, tanyalah apa-apa yang awak nak tanya saya." Kata Arlan sambil matanya memandang wajahku.

"Umm... Kalau macam tu, kenapa awak tak pinang saya pada tahun yang sama Zaffte pergi? Kenapa lepas 3 tahun?" Aku bertanya sambil memandang wajahnya juga.

Arlan terlihat sedikit tersentak dengan soalan aku sebelum dia tersenyum tipis. "Saya tak pinang awak tahun tu sebab saya nak awak redha sikit dengan pemergian Zaffre. Saya tak nak pressure awak pada saat itu."

"Lepas setahun tu?"

"Umm, sebab... Saya tak bersedia lagi nak berkahwin. Jadi, saya nak buat persediaan dulu untuk awak. Dan saya sebenarnya, ada upah seorang bodyguard yang jaga awak dalam diam sebab saya sibuk orangnya." Arlan menggaru pipinya yang tidak gatal sambil tersenyum kekok.

"Maaflah ye. Awak okay tak? Kalau tak, saya boleh je berhentikan dia." Soal Arlan dengan ragu-ragu, seperti takut jika aku tidak selesa bila diperhati.

Aku berfikir sekejap sebelum perlahan-lahan menggelengkan kepala aku. "Tak apa. Saya okay je."

"Boleh saya tau apa nama dia?" Tanya aku sedikit teragak-agak.

"Mohd Adam Kasyaf. Dia memang sangat talented. Saya terkejut bila awak tak perasan langsung yang dia ekori awak."

"Saya tak rasa diekori atau diperhati pun selama ni." Aku menggumam perlahan sebelum memandang kembali kepadanya.

"Saya nak tau... Awak punya company pasal apa?" Tanya aku sedikit teragak-agak, takut dia rasa tak selesa cakap pasal kerja. Lagipun, aku tak tau company dia pasal apa.

"Finance." Balas Arlan sepatah dengan senyuman kecil.

Aku mengangguk faham. Aku tahu sikit-sikit je pasal finance tapi aku tak nak tanya lebih-lebih sebab aku terasa mahu tidur.

"Boleh saya tanya sesuatu sebelum awak tidur?" Tanya Arlan dan aku mengangguk.

"Kenapa awak jadi florist? Zaffre selalu cerita betapa pandainya awak. Saya ingatkan awak akan aim lebih tinggi macam jadi manager, architecture, lawyer atau apa-apa lah. Tak expect pula yang awak jadi florist. Bukan saya nak kata salah ke apa, cuma tertanya." Balas Arlan sambil meneliti riak wajah aku, mungkin takut aku akan berasa tak selesa.

LAVELRA: Her Desolation [Slow Update]Where stories live. Discover now