Her Desolation | 15

3 1 0
                                    

Beg-beg diangkut masuk ke dalam kereta. Selepas memastikan semuanya, Arlan memandang aku dan mengangguk. Aku balas anggukan tersebut dengan anggukan sambil Arlan menutup bonet kereta.

Kitorang berdua menapak di hadapan Tuan Syahhrul, Puan Masyitah dan Lahiq. Aku bersalaman dan berpelukan sesama keluarga aku. Arlan bersalaman dengan Tuan Syahhrul dan Lahiq sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada mereka.

Aku menaiki kereta tersebut bersama Arlan sebelum melambaikan tangan aku kepada keluarga aku sebelum kitorang berlalu pergi.

"Tidur. Nanti saya kejutkan." Kata Arlan sambil mata fokus di jalan raya.

Tanpa sebarang protes, terus aku menyandarkan badan aku dan menutup mata aku. Aku lebih rela tidur daripada bangun dengan situasi yang tidak berapa selesa ini.

Sepanjang perjalanan ke kapal terbang, aku tidur dengan nyenyak sekali. Tidak terbangun langsung. Aku dibuai dengan mimpi indah di mana ada banyak kucing yang sungguh comel.

Bila aku bangun daripada tidur dek dikejutkan oleh Arlan, aku perasan yang badan aku diselimuti oleh jaket dia. Patulah aku tak berasa terlalu sejuk. Aku memandangnya dan mengucapkan terima kasih sebelum memberi jaketnya semula. Dia hanya balas dengan anggukan sahaja.

Beg-beg kitorang dikeluarkan oleh pekerja airport dan dimasukkan ke dalam troli bagasi. Arlan memberikan kunci keretanya kepada seorang lelaki yang berkemungkinan assistant dia sebelum dia masuk ke dalam airport. Aku mempercepatkan langkah aku untuk mengikutinya sebelum aku ketinggalan.

Bila dia perasan yang aku cuba untuk berjalan sama langkah dengannya, dia perlahan-lahan melambatkan langkahnya.

Tepat pada waktu kitorang datang, gate kapal terbang dibuka. Aku berjalan bersebelahan dengannya sambil dia mengeluarkan dua tiket daripada poketnya sambil menunggu barisan untuk masuk ke gate.

"Awak nak duduk tepi tingkap?" Tanya Arlan.

Terus aku mengangguk. Tempat tepi tingkap membuatkan aku rasa selamat dan tersorok. Arlan mengangguk sambil kitorang berdua memasuki kapal terbang tersebut. Aku fikir kitorang berdua akan menggunakan economy class tetapi kitorang menggunakan business class.

Arlan membawa aku ke tempat kitorang berdua dan dia pelawa aku untuk masuk dahulu. Aku hanya masuk dahulu dan duduk di tepi tingkap. Kemudian dia duduk di sebelah aku. Beg sandang yang aku sedang pakai, diletakkan di bahagian tepi kaki aku.

Sepanjang perjalanan, Arlan sibuk membuat kerjanya di dalam laptop. Bila pramugari datang ke tempat kitorang, aku mencucuk lengan Arlan dengan pensel di tangan sambil menunjukkan ada pramugari datang.

"Encik dan Puan ada nak makan apa-apa?" Tanya pramugari tersebut dengan senyuman.

Arlan dan aku bertentang mata. Aku mengangguk. Selepas dia lihat anggukan aku, terus dia minta dua set makan malam untuk kitorang berdua.

Arlan menutup laptop dan meletakkannya ke tempat lain sebelum meletakkan dua bekas makanan dan juga dua air mineral sejuk di meja yang dia gunakan. Arlan menolong aku untuk membuka meja aku sebelum dia meletakkan set makanan dan air aku.

Arlan membacakan doa makan untuk kitorang berdua sebelum kitorang menjamah bersama-sama. Aku berhati-hati sewaktu makan sebab aku memakai purdah sekarang ni. Set makanan yang diberikan adalah nasi lemak berlauk ayam.

Selesai makan, Arlan menyuruh aku untuk tidur dahulu dan aku hanya akur sahaja sebab tidak ada apa untuk buat. Dia memberikan aku bantal leher U shape yang berwarna hitam sebelum dia menyambung membuat kerja di laptop.

Sepanjang perjalanan, kami berdua tidak banyak bercakap dan hanya membuat hal sendiri sahaja. Tetapi alhamdulillah, tidak kekok langsung.

. ᡣ𐭩 .

LAVELRA: Her Desolation [Slow Update]Where stories live. Discover now