23:36 p.m." Ihh you ni, suka buat I tunggu lama-lama dekat sini. Kita break je lah. " ujar Doktor Rohana seraya mematikan panggilan. Langkah diatur menuju ke keretanya. Disebabkan keadaan dia yang sedikit mabuk, langkah dia jadi tak betul. Terus tersadung jatuh ke depan. Tepat-tepat pula tu kaki masuk longkang.
Aku berhentikan motor aku niat nak beli air dan makanan di Seven Eleven yang berada betul-betul di hadapanku. Tapi, tak sangka pula terserempak dengan dia ni balik.
*smirk *
" Aduh! Auchh..sakitnya.. "
Aku masih lagi dengan helmetku dikepala. Badan aku tak berganjak sedikit pun dari motor. Saja nak tengok, dia cam aku atau tidak.
" Urm awak, b-boleh tak tolong angkat saya? " ujar Doktor Rohana memandang tepat ke arah aku yang masih lagi berpeluk tubuh di atas motor.
Tolong kau? Cih- sorry la bro. Takde masa.
Aku masih lagi dengan pendirian aku yang diam membisu. Harap sangat yang dia kenal aku. Tapi ianya akan jadi lebih syok kalau dia tak kenal aku.
" Awak ! " jerit Doktor Rohana seperti lembu tersepit di celah batu.
" Mende kau? " soal aku dingin sedikit.
" Awak ni tak sporting la. "
Aku masih merenungnya. Aku secara tidak langsung terus menanggalkan helmet aku. Rambut ditolak ke belakang. Lolipop di dalam poket seluar dikeluarkan. Wajahku terus naik merenung tepat wajah Doktor Rohana. Agak cuak ya muka dia.
" P-puan, puan buat apa kat sini? " Doktor Rohana sudah mula menggigil perlahan. Dia cuba juga bangun dari situ. Tapi mungkin sebab kaki dia tersepit kat dalam lubang, itu yang susah nak bangun tu.
" Ni negara kau ke? "
Sekali lagi Doktor Rohana terkaku. Mungkin dia dah dapat rasa aura negatif Auliya.
" M-maaf, bukan begitu maksud saya. Saya cuma.. "
*smirk *
Aku baru sahaja mahu mencapai pisau di dalam jaket dilengan kiri aku. Tiba-tiba muncul pensyarah yang sangat bertauliah yang pernah maki aku dulu. Siapa lagi kan kalau bukan Profesor Malik yang tua sikit, cerewet sikit, tak faham bahasa sikit, but deep down, dia seorang yang sangat kambing.
" Prof ? " tegur aku dengan riak wajah biasa.
" Eh. Auliya. What are you doing here? " soal Prof Malik teruja.
Ni satu lagi. Apa korang ingat ini tanah bapak korang yang punya? Boleh soal pula apa aku buat dekat sini. Semestinyalah aku nak beli barang. Dah nama pun Seven Eleven. Takkanlah aku nak pergi dobi sebelah ni pula. Dengan bawa motor, pakaian untuk dibasuh pun takde. Ini mesti kes 'suap' orang atas untuk bagi dia gelaran Profesor, padahal bukan belajar sampai tahap tu pun.
" Why? Did i'm not supposed to come here? Is this your nation? " aku terus tarik senyuman sinis di hujung bibir. Siapa suruh tanya soalan yang boleh dikatakan hampir semua orang tahu apa yang kita akan buat dekat Seven Eleven ni. Tak reti pakai otak ke apa fikir. Nasib dia pensyarah kat universiti yang aku belajar. Kalau tak, mahu aku tikam-tikam leher dia bagi putus.
" Oh. Sorry. My fault.. " Prof Malik angguk kepalanya. Faham apa yang aku cuba sampaikan.
Prof Malik masukkan tangannya ke dalam kocek. Mencari topik untuk dimulakan perbualan. Aku pula seperti biasa, buat muka menyampah dengan Prof Malik. Betina depan aku ni. Dah kenapa? Tiba-tiba je murung. Oh lupa. Nak mati dah kan. Kesian..

ANDA SEDANG MEMBACA
Her Personal Assistant (In Editing)
Mistero / Thriller-𝐀𝐮𝐥𝐢𝐲𝐚 𝐧𝐚𝐭𝐚𝐥𝐲𝐢𝐚 " Selagi dia tak mati, aku takkan mati. Itu sumpah aku " Konflik antara sahabat. Obses. Dendam. Tikam belakang. Khianat. Semuanya terjadi apabila Auliya menjadi seorang sebatang kara yang kehilangan keluarganya. Wal...