Terasa berat kedua kaki Nadeera Huda untuk melangkah pergi dari sekolah itu. Selama dia di sana, banyak kenangan pahit manis sepanjang dia bergelar pelajar sekolah menengah.
"Alaaa pasni dah tak boleh nak ronda-ronda satu sekolah" ujar kawan-kawan Nadeera.
Mereka berpelukan sambil menangis teresak-esak.
"Nanti kita beraya sama-sama okay?" Ujar Nadeera.
Rakan-rakannya yang lain mengangguk sambil menangis. Tidak beberapa lama kemudian mereka perlu naik ke perpustakaan bagi memulangkan buku-buku rujukan yang mereka pinjam.
Ketika Nadeera sedang menuruni tangga tersebut, matanya terpandang akan seorang jejaka tinggi lampai.
"Kau nangis ke Nad?" Soal Fikri Adam dengan nada mengejek.
"Diamlah!" Marah Nadeera sambil mengesat air matanya dengan lengan baju.
Namun dalam diam, Nadeera tahu dia akan merindui usikan jejaka itu. Lama mereka berkawan, sejak mereka berusia 13 tahun. Dan tanpa Fikri Adam sedar, Nadeera Huda menyimpan perasaan terhadapnya.
Nadeera tahu, dia takkan ada peluang dengan Fikri.
Jadi, perasaan itu dipendam sejak sekian lama. Dari minat, ia bertukar menjadi sayang.
Dari atas, Nadeera lihat Fikri sedang mengambil gambar dengan rakan-rakannya sambil bergelak ketawa. Walaupun Fikri kadangkala bersikap tidak matang dan sering menyebabkan Nadeera rasa marah, emtah kenapa Nadeera tidak mampu untuk membenci lelaki itu.
Mungkin kerana Fikri merupakan lelaki pertama yang membuatkan Nadeera jatuh cinta sedalam ini.
Dia menangis lagi ketika melihat senyuman Fikri.
Mereka tidak akan berjumpa lagi.
Fikri tidak akan mengusik Nadeera lagi.
Tiada lagi pertengkaran mereka di dalam kelas.
Nadeera teringat akan perbualan mereka berdua tempoh hari.
"Kau nak jadi polis?" Soal Nadeera.
"Haah, cuba kau imagine aku jadi inspektor polis" kata Fikri sambil mendepakan tangannya.
"Takleh bayang aku, rasa lawak" gelak Nadeera.
"Ceh, kau pulak, nak jadi apa?" Soal Fikri pula.
"Aku nak sambung belajar di IPG aku nak jadi cikgu bahasa Inggeris" jawab Nadeera.
"Tengok-tengok kau kena buli ngan budak-budak" usik Fikri
Lamunan Nadeera terhenti. Dia merenung ke arah Fikri. Patutkah dia berterus-terang terhadap Fikri tentang perasaan dia?
Dia tak mahu menyesal, dia mahu menghabiskan zaman persekolahan tanpa penyesalan.
"Fikri.."
Panggilan Nadeera terhenti apabila dia lihat Fikri sedang mengambil gambar dengan salah seorang rakan sekelas mereka. Alisya Humaira.
Memang dari dulu lagi, Nadeera perasan yang Fikri memang sukakan Alisya. Mungkin kerana Alisya mempunyai perwatakan yang ayu.
Perwatakan Nadeera bertentangan dengan Alisya.
Nadeera terhenti, dada dia terasa sebak. Niat dia terhenti. Dia lalu berjalan pergi.
Sebaik sahaja dia melangkah keluar dari pintu pagar sekolah, secara rasminya dia telah menamatkan zaman persekolahannya.
Tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal kepada Fikri Adam.
Dia benci Fikri Adam. Kerana lelaki itu menyebabkan dia tak mampu melihat lelaki yang lebih baik daripada Fikri Adam.Mata hati Nadeera hanya terhadap Fikri .Fikri Adam merupakan satu kisah yang Nadeera Huda tidak mahu lupakan.
Langit bertukar warna menjadi kemerahan, tanda waktu siang hampir melabuhkan tirainya. Memang Nadeera dan kawan-kawan yang paling terakhir untuk menjawab SPM kerana mereka mengambil matapelajaran Geografi. Jadi, mereka habis pada waktu petang.
Ayah Nadeera sampai untuk menjemputnya.
"Tahniah kakak, dah habis SPM!" Senyum lelaki berusia 40-an itu.
Nadeera memeluk ayahnya. "Thanks ayah"
Ketika dalam perjalanan balik, tiba-tiba Fikri Adam memintas kereta yang dipandu ayah Nadeera dengan motosikal miliknya. Nadeera terkejut, dia memerhatikan sosok tubuh Fikri Adam sehingga dia pergi.
Matanya menjadi sayu. Perasan sebak ditahannya. Itu adalah kali terakhir Nadeera Huda melihat sosok tubuh Fikri Adam.
YOU ARE READING
Enchanted
Romance"I'm sorry Taylor, but he will never be mine" Lama dia merantau demi melupakan cerita lama. Namun masih juga ia mekar di hati Nadeera Huda. Setelah 10 tahun, Fikri Adam kembali di dalam hidup Nadeera. "I forgot what he sounds like" -Nadeera Huda "...