Hujan turun dengan lebat pada hari itu. Nadeera Huda duduk di sebelah tingkap kelas seperti watak utama dalam kebanyakan anime. Gadis berusia 13 tahun itu berasa kekok dengan persekitaran yang baharu itu. Hari itu merupakan hari pertama dia sebagai pelajar sekolah menengah. Dia tidak mengenali sesiapa di dalam kelas itu.
Hujan terus turun tanpa henti. Nadeera memandang ke arah jendela. Angin sejuk mencengkam kulitnya. Tiba-tiba, matanya terarah ke arah pintu kelas. Kelihatan seorang remaja lelaki yang sebaya dengannya masuk ke dalam kelas itu. Rambut dan baju sekolahnya sedikit basah gara-gara terkena tempias hujan. Entah kenapa Nadeera tiba-tiba sahaja tertarik untuk melihat jejaka itu.
Dia tinggi lampai, kulit sawo matang dan mempunyai sepasang mata yang agak tajam. Dia duduk di meja sebelah Nadeera yang kosong. Nadeera terus memerhatikan tingkah laku remaja itu. Jejaka itu perasan yang Nadeera asyik memerhatikan dia.
"Hai, nama aku Fikri Adam" ujarnya.
Nadeera sedikit terkejut apabila Fikri secara tiba-tiba memperkenalkan dirinya. Adakah dia perasan yang Nadeera memerhatikannya sedari tadi?
"Nama aku Nadeera Huda" balas Nadeera.
"Wah, sedap nama. Ok, aku panggil kau Nad jelah" kata Fikri.
"Eh, kenapa pulak?" Nadeera seolah-olah berasa jengkel kerana secara tiba-tiba diberikan nama panggilan oleh seorang lelaki yang baru sahaja dikenalinya.
"Alah, nak sebut nama Nadeera macam panjang sangat. Panggil Nad kan senang" kata Fikri sambil tersenyum nakal.
Nadeera mengeluh, malas mahu melayan kerenah Fikri. Hujan masih lagi lebat, namun perspektif Nadeera tiba-tiba berubah. Dia dalam diam tersenyum sendiri.
Nadeera terbangun dari lena. Entah kenapa secara tiba-tiba dia bermimpi akan kenangan lama. Kenangan ketika dia tingkatan 1, ketika dia dan Fikri Adam mula-mula berjumpa.
Ketika itu, hujan turun dengan lebat gara-gara musim tengkujuh. Angin Nadeera ketika itu agak tidak baik kerana bajunya basah dek hujan. Awning tudung dia juga tidak menjadi. Namun, kedatangan Fikri Adam ketika itu mengubah perspektif Nadeera. Nama panggilan Nad kekal digunakan sehingga kini.
Nadeera termenung seketika. Dia lalu bangun, mahu menunaikan solat subuh sebelum bersiap ke sekolah.
Pukul 3 petang. Nadeera berjalan menuju ke arah keretanya. Dia dan guru-guru lain baru sahaja selesai mengadakan mesyuarat. Mata Nadeera terpandang ke arah pondok pengawal keselamatan. Kelihatan seorang murid sedang duduk di situ sambil termenung. Nadeera tertanya-tanya, kenapa murid itu belum pulang sedangkan waktu persekolahan sudah lama tamat.
Ketika Nadeera berjalan mendekati murid itu, baru dia sedar yang murid itu merupakan Adlan.
"Adlan, kenapa tak balik lagi ni?" Soal Nadeera.
Adlan lantas berpaling ke arah Nadeera. Wajahnya sugul dan kelihatan penat.
"Teacher, pak su saya tak datang ambil lagi." Balasnya, mulutnya memuncung.
"Kamu ingat tak nombor telefon parents kamu? Nombor telefon pak su kamu ke?" Soal Nadeera lagi.
Adlan menggeleng perlahan. Nadeera serba-salah, takkan dia mahu tinggalkan kanak-kanak itu berseorangan. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk menghantar Adlan pulang.
Rupa-rupanya rumah Adlan tidak terlalu jauh dengan rumah Nadeera. Hanya beberapa kilometer sahaja. Sampai sahaja di rumah Adlan, Nadeera mengetuk pintu.
"Assalamualaikum"
Dia memberi salam beberapa kali, sebelum pintu akhirnya dibuka. Kelihatan Fikri Adam membuka pintu, wajahnya kelihatan mamai seolah-olah baru bangun daripada tidur.
"Waalaikumussalam.. Nad, kenapa kau datang rumah aku?" Soal lelaki itu sambil menguap.
"Kenapa? Kau tahu tak yang anak saudara kau ni dah lama menunggu kat sekolah? Sekolah habis pukul 1:15, sekarang dah pukul 3 lebih" bebel Nadeera.
Mata Fikri membulat. "Dah pukul 3? Ya Allah aku terlajak tidur" ujarnya sambil meraup wajahnya.
Dia terlajak tidur gara-gara tidak tidur semalam. Dia perlu menyiasat satu kes jenayah.
"Nasib baik aku balik lambat harini, kalau tak-"
Kata-kata Nadeera terhenti apabila mereka menyedari sebuah lagi kereta memasuki perkarangan rumah itu. Kelihatan dua orang dewasa dan seorang wanita berusia 50-an keluar daripada perut kereta itu. Mereka kelihatan tertanya-tanya ketika melihat Nadeera, Adlan dan Fikri di hadapan pintu rumah itu.
"Assalamualaikum, kenapa ni?" Soal Cik Na, ibu kepada Fikri Adam.
"Waalaikumussalam"
Nadeera menjelaskan apa yang berlaku. Mendengar penjelasan Nadeera, Cik Na memandang Fikri Adam dengan tajam.
"Bertuah punya budak, boleh pulak dia lupa nak ambil anak saudara sendiri" bebel Cik Na terhadap Fikri Adam. Telinga lelaki itu ditarik.
"Terima kasihlah teacher, sebab tolong hantar Adlan. Malu pulak saya" ujar Cik Na kepada Nadeera.
Nadeera hanya tersenyum. Tiba-tiba tangannya ditarik oleh Cik Na. "Jomlah makan sekali. Cik Na ada beli ikan siakap stim tadi"
"Eh takpelah Cik Na-"
"Jomlah. Eh, ke kamu dah kahwin?" Soal Cik Na. Takut Nadeera sudah bergelar isteri orang dan perlu balik untuk memasak.
Nadeera menggeleng. "Tak, saya tak kahwin lagi.."
Nak tak nak, Nadeera terpaksa menurut pelawaan Cik Na. Manakala Fikri sering kali melihat ke arah Nadeera yang sedang makan. Pelbagai pertanyaan ditanyakan oleh Cik Na terhadap Nadeera. Walaupun kedua-dua mereka terasa janggal dan Fikri hanya mampu mendengar perbualan antara Nadeera dan ibunya.
Fikri mendapat tahu bahawa Nadeera pernah mengajar di Pulau Pinang dan baru sahaja ditukarkan di Kelantan. Fikri diam-diam memandang ke arah Nadeera, dan tiba-tiba mata mereka saling bertentangan. Fikri terkejut, dia lantas berpaling ke arah lain.
Pada malam itu, Fikri sedang mengemas almari buku miliknya apabila dia terpandang akan sebuah album gambar. Dia membuka album gambar tersebut dan melihat gambar-gambar lama ketika dia masih bersekolah.
Dia tersenyum melihat gambar dia dan rakan-rakan. Matanya terpandang akan sesuatu. Gambar ketika hari terakhir mereka. Dalam gambar itu, kelihatan Nadeera dari jauh. Sedang memerhatikan Fikri. Matanya membulat. Dia merengus.
"Nadeera.."

ANDA SEDANG MEMBACA
Enchanted
Romance"I'm sorry Taylor, but he will never be mine" Lama dia merantau demi melupakan cerita lama. Namun masih juga ia mekar di hati Nadeera Huda. Setelah 10 tahun, Fikri Adam kembali di dalam hidup Nadeera. "I forgot what he sounds like" -Nadeera Huda "...