Sejak kejadian Nadeera menghantar Adlan pulang, Fikri dan Nadeera seringkali berbalas mesej di DM Instagram. Perbualan mereka kebanyakannya tentang kenangan ketika zaman persekolahan dan tentang kerja. Manakala Cik Na tidak habis-habis memuji Nadeera di hadapan Fikri. Seringkali juga Cik Na bertanyakan soal Nadeera dengan Adlan.
Fikri Adam sedang berjoging di taman pada petang itu. Alang-alang dia ada masa lapang, lebih baik dia luangkan dengan bersenam. Tiba-tiba, mata dia terpandang akan seseorang.
"Fikri?" Soal Nadeera Huda ketika mereka terserempak.
"Nad, kau buat apa?" Soal Fikri.
"Tengah tanam padi" balas Nadeera, sarkastik.
"Hahaha lawaknya" balas Fikri.
"Aku tengah joginglah. Kan dah terang lagi bersuluh ni" ujar Nadeera.
Mereka berdua berbual-bual untuk seketika. Tiba-tiba, ada pak cik penjual aiskrim datang.
"Wah, aiskrim!" Kata Nadeera, teruja.
"Kau nak ke?" Soal Fikri.
Nadeera mengangguk teruja. Akhirnya, Fikri membeli dua kon aiskrim. Mereka duduk menikmati aiskrim itu. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.
"First time kau belanja aku" kata Nadeera.
"Ye ke?" Soal Fikri.
Nadeera mengangguk. "Kau tak pernah bagi apa-apa dekat aku"
Fikri terdiam. Dia terus menikmati aiskrim itu sambil memikirkan kata-kata Nadeera. Rasa serba-salah menerpa masuk ke dalam fikirannya.
Malam itu, mereka berbalas mesej di Instagram.
Fikri: ingat tak dulu, kita pernah main baling pemadam masa dalam kelas?
Nadeera: ingat, pastu tak pasal-pasal kita kena marah dengan Cikgu Azlina 😑
Fikri: HAHAHAHA lucu bila ingat balik
Nadeera: pastu kau selalu mintak aku belanja air kotak dekat koperasi
Fikri: alah kau kan baik Nad
Nadeera: Cis
Kenangan 10 tahun lepas bermain-main di fikiran Fikri. Dahulu, Nadeera sering mengajar dia subjek Bahasa Inggeris. Walaupun kadang-kadang seringkali bergaduh kerana Fikri suka benar mengusik Nadeera.
"Nad, macam mana nak buat ayat 'dia terkejut apabila melihat raksasa ayam tersebut ' dalam Bahasa Inggeris?" Tanya Fikri.
"Dia tu, laki ke perempuan?" Soal Nadeera
"Laki" balas Fikri.
"He is stunned when he sees the gigantic chicken" jawab Nadeera.
"Kau ni memang solid lah Nad" Fikri mengangkat ibu jari.
"Hehe, tengok tuan lah" kata Nadeera bangga.
Fikri ketawa sendirian apabila mengingatkan kembali peristiwa itu. Tiba-tiba, telefonnya berbunyi. Ia daripada rakan sekerjanya.
Rakan sekerjanya menanyakan soal kes jenayah yang mereka perlu selesaikan. Fikri memberitahu perincian kes itu yang sudah dikemaskini. Mereka sudah mendapatkan banyak maklumat tentang kes tersebut dan hampir menyelesaikannya.
Fikri rebah di katil. Fikirnya sekarang tentang kes jenayah yang perlu dia selesaikan. Geng kongsi gelap yang bernama Geng Jalak. Mereka sangat berbahaya kerana sering memeras ugut peniaga di kawasan bandar bagi mendapatkan wang perlindungan serta menjual wanita warga asing di pusat hiburan. Sudah hampir dua bulan kertas siasatan tentang Geng Jalak dibuka. Mereka sudah hampir untuk menangkap ketua kongsi gelap itu.
Fikri memicit dahinya. Kes kali ini merupakan kes paling besar yang dia pernah uruskan sepanjang dia bergelar pegawai polis.
Petang Jumaat. Pasukan polis akhirnya berjaya menggempur tempat Geng Jalak bersarang. Keadaan sangat sengit, mereka berbalas tembakan dan ada yang menyerang dengan menggunakan senjata seperti pisau belati dan pedang samurai. Ketika Fikri cuba menangkap orang atasan geng tersebut, dia tiba-tiba ditikam di bahu.
"Fikri!" Jerit rakan sepasukannya.
Darah mengalir keluar daripada luka tersebut.
Satu tembakan mengena di dada orang yang menyerang Fikri tersebut. Dia lalu rebah. Manakala Fikri mengerang kesakitan. Luka tersebut agak dalam.
Akhirnya, Geng Jalak berjaya ditangkap dan diberkas polis. Manakala Fikri terpaksa dimasukkan ke hospital gara-gara mengalami kecederaan. Setelah mendapat berita itu, Nadeera mengambil keputusan untuk melawat Fikri di hospital. Jantung Nadeera Huda berdebar-debar, dia tertanya-tanya akan keadaan Fikri Adam.
Teruk sangatkah kecederaan dia?
Nafasnya turun naik, dia cuba menenangkan diri sebelum melawat Fikri Adam. Dia berjalan ke arah katil tempat Fikri ditempatkan. Kelihatan Cik Na yang menjaga Fikri.
"Nadeera, kamu rupanya" ujar wanita itu.
Nadeera tersenyum. Kelihatan Fikri sedang tersenyum seperti kerang busuk terhadapnya. Macam tiada rupa tengah sakit langsung.
"Kau ni macam takde rupa orang sakit" komen Nadeera.
"Habis tu, takkan nak tengok muka aku pucat je" balas Fikri.
Nadeera memberi sebakul buah kepada Cik Na sebagai hadiah. Setelah agak lama melawat Fikri, Nadeera pulang ke rumah.
Dia tersenyum seorang diri. "Alhamdulillah"
YOU ARE READING
Enchanted
Lãng mạn"I'm sorry Taylor, but he will never be mine" Lama dia merantau demi melupakan cerita lama. Namun masih juga ia mekar di hati Nadeera Huda. Setelah 10 tahun, Fikri Adam kembali di dalam hidup Nadeera. "I forgot what he sounds like" -Nadeera Huda "...