6

11 2 5
                                    

Nadeera Huda dengan gementar berdiri di tepi keretanya. Suasana kenduri di rumah Fikri Adam itu sangat riuh. Ramai saudara-mara serta sahabat handai keluarga Fikri yang datang. Nadeera memakai baju kurung berwarna biru gelap. Dia perlahan-lahan berjalan menuju ke khemah. Dia mencari-cari kelibat keluarga pengantin. Terdapat ramai orang di sana, menyukarkan usaha Nadeera untuk mencari kelibat Cik Na atau pasangan pengantin.

"Nadeera" bahu Nadeera tiba-tiba ditepuk oleh seseorang.

Kelihatan Cik Na sedang tersenyum ke arahnya. Dia menyalami tangan Cik Na. Cik Na lalu membawa dia berjumpa dengan pasangan pengantin.

Kelihatan kakak Fikri Adam sedang bersanding dengan suaminya. Nadeera tersenyum. Entah bila pula gilirannya. Nadeera lalu menjamu selera. Hidangan di kenduri itu sangat sedap. Ada gulai ayam, pajeri nenas, ikan goreng, daging bakar, dan lain-lain.

"Nad!" Panggil Fikri.

Nadeera berpaling. Kelihatan lelaki itu segak memakai baju kurung berwarna hitam. Lelaki itu duduk di hadapan Nadeera. "Thanks sebab sudi datang majlis kakak aku" kata Fikri.

"Teacher, cantiklah teacher harini!" Tiba-tiba, Adlan datang sambil tersenyum-senyum.

"Ye ke? Adlan pun nampak handsome harini" ujar Nadeera kepada kanak-kanak itu.

"Takde hal lah. Pasni aku datang majlis kau pulak. Tapi tulah, tak tahu bila lagi" ujar Nadeera, menjawab kata-kata Fikri tadi.

"Cis, gurau kasar nampak"

Nadeera ketawa. Dia terus menikmati gulai ayam yang sedap. Memang masakan Cik Na sedap. Fikri melihat ke arah Nadeera. Sudah 3 bulan berlalu sejak mereka berhubung kembali.

"Nad, aku nak tanya" kata Fikri secara tiba-tiba.

"Tanya apa?" Soal Nadeera sambil menyuap nasi ke dalam mulut.

"Kau.. pernah suka aku kan?" Soal Fikri.

Hampir sahaja nasi yang berada di dalam mulut Nadeera tersembur. Dia terbatuk, lalu mencapai air sirap di hadapannya. Fikri kelihatan terkejut melihat reaksi Nadeera.

"Ke.. kenapa kau tanya aku camtu?" Soal Nadeera pula.

"Takdelah.. Naim bagitau aku yang dulu masa sekolah.. kau suka aku. Tapi tulah, bodohlah aku ni.. tak pernah perasan pulak" kata Fikri sambil tersenyum nipis.

Wajah Nadeera bertukar merah. Malunya setinggi Gunung Jerai. Dia tak mampu menjawab pertanyaan Fikri kerana perasaan tersebut masih ada. Walaupun sudah 10 tahun berlalu.

"Nad"

Nadeera berpaling. Nampaknya, dia perlu berterus-terang setelah lama dia menyimpan perasaan tersebut. Dia menarik nafas panjang.

"Ya. Aku pernah suka kau"

Fikri terdiam. Betul apa yang dikatakan Naim tempoh hari. Jantung Fikri tiba-tiba sahaja berdegup kencang.

"Ke.. kenapa kau.. tak pernah bagitau aku?" Tanya Fikri.

"Sebab.. aku tahu kau akan reject aku.. and kau suka Alisya kan dulu?" Balas Nadeera.

Sekali lagi Fikri terdiam. Dia tidak menyangka akan keluar jawapan itu dari mulut Nadeera.

"Kau nak tahu tak Fikri.. Even lepas 10 tahun.. perasan aku dekat kau masih ada.. sampai sekarang. Aku tutup hati aku sebab kau lelaki pertama dan maybe yang terakhir yang buat aku jatuh cinta." Nadeera tersenyum ke arah Fikri.

Nampaknya, segala beban yang dipendam Nadeera selama 10 tahun akhirnya bebas. Dia rasa lega. Lega yang teramat.

Fikri sekali lagi terdiam mendengar luahan Nadeera. Tak sangka bahawa dia sudah terlepas pandang selama 10 tahun. Patutlah Nadeera memutuskan hubungan selepas mereka habis sekolah.

Fikri ingin berkata-kata, namun tiba-tiba kedengaran bunyi pekikan dan bunyi tembakan. Kelihatan beberapa orang lelaki datang sambil mencetuskan huru-hara. Orang ramai bertempiaran lari. Fikri bingkas bangun.

Rupa-rupanya mereka ialah ahli Geng Jalak. Mungkin mahu membalas dendam terhadap Fikri.

Fikri dengan abang sulungnya yang merupakan seorang tentera meluru ke arah mereka. Dengan menggunakan silat mereka menangkis serangan kumpulan lelaki itu. Ada yang sudah pengsan. Keadaan menjadi huru-hara. Nadeera tercegat, berderau darahnya ketika melihat kejadian itu.

Fikri mengunci pergerakan salah seorang daripada lelaki itu. Lelaki itu tertiarap ke tanah. Namun, Fikri tidak sedar yang salah seorang lagi meluru ke arahnya, mahu menikamnya.

"Fikri!"

Fikri berpaling. Dia menutup matanya, seolah-olah redha sekiranya ajal dia pada hari itu. Namun, setelah beberapa saat dia tidak merasakan apa-apa. Fikri membuka matanya, dan serta-merta matanya membulat.

"Allahuakbar!"

Nadeera berdiri di hadapan Fikri. Perutnya ditikam oleh lelaki terakhir itu dengan pisau belati. Fikri terketar-ketar melihat Nadeera yang ditikam. Darah mengalir daripada perutnya yang ditikam itu. Nadeera rebah.

"Nad!"

Fikri bangun, menghiraukan lelaki yang dia tahan tadi. Lelaki itu bangun terhincut-hincut mahu melarikan diri. Namun abang ipar Fikri sempat menendang dan menumbuk lelaki itu sehingga pengsan.

Manakala Fikri dengan laju mendapatkan Nadeera. Nafas Nadeera tercungap-cungap. "Allahuakbar Nad.." Fikri menangis sambil memangku Nadeera.

Manakala Nadeera hanya mampu memandang wajah Fikri sambil tersenyum lemah.

Tidak beberapa lama kemudian, Nadeera Huda menutup matanya. Tangannya jatuh longlai.

"Nad? Nad?" Fikri menepuk pipi Nadeera. Namun dia tidak memberi sebarang respons. Fikri meraung.

"Nad! Nad, kau jangan pergi lagi Nad! Aku tak sempat nak balas semuanya dekat kau Nad! Nad, lama kau tunggu aku Nad, dan sekarang kau nak tinggalkan aku pulak!"

Orang ramai mengerumuni kawasan itu. Tidak beberapa lama kemudian, ambulans dan polis tiba di tempat kejadian.

Tanah perkuburan Islam itu dikerumuni ramai orang. Ibu, ayah dan adik Nadeera menangis teresak-esak mengenangkan pemergian Nadeera. Suasana pada hari itu sayu dan senyap sahaja.

Fikri masih lagi termenung. Sejak kejadian itu, Fikri kekal termenung tanpa bercakap apa-apa. Nadeera terkorban melindungi Fikri. Itu apa yang Fikri akan ingat sampai akhir hayat dia. Usai membaca surah Yasin, Fikri duduk di tepi kubur Nadeera.

"Nad.. terima kasih untuk segalanya Nad.. nampaknya kata-kata kau betul.. aku cinta pertama dan terakhir kau.." kata Fikri sayu. Dia kembali menangis.

Tidak beberapa lama kemudian, Fikri bangun. Hari tiba-tiba sahaja hujan. Seolah-olah turut berduka dengan pemergian Nadeera Huda.

Tamat




Author note:

Thanks kepada yang sudi membaca cerita pendek ini.Maaf sekiranya terdapat cacat cela dalam penulisan merapu ini.I dedicated this story for 'Fikri Adam', even though I never be his 'Nadeera Huda'.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 27 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

EnchantedWhere stories live. Discover now