2

17 2 3
                                    

10 tahun berlalu. Nadeera Huda akhirnya pulang ke Kelantan setelah 4 tahun berkhidmat sebagai guru Bahasa Inggeris di Pulau Pinang. Dia memeluk ibu dan ayahnya setelah sampai.

"Kakak posting dekat mana?" Tanya ayahnya ketika mereka sedang menikmati makan malam.

"Dekat SK Taman Bahagia." Balas Nadeera.

Ayah mengangguk tanda faham.

"Bila kena lapor diri?" Soal ibu pula.

"Lusa Bu.. bolehlah Nad rilek-rilek sekejap" kata Nadeera lagi.

Jauh dalam hati, mahu sahaja ibunya bertanyakan soal menantu. Namun dia tahu, Nadeera tidak suka apabila ditanyakan soalan sedemikian. Apabila bercakap tentang soal jodoh, pasti Nadeera mengelak. Padahal usia Nadeera hampir menjangkau 30 tahun.

"Kakak tahu, ibu nak tanya bila akak nak kahwin kan? Jawapannya, akak tak nak fikir soal jodoh lagi.. kakak nak fokus dekat mengajar and bahagiakan family dulu" kata Nadeera.

"Tapi kakak, kamu kan dah nak masuk umur 30 tahun.." kata Ibu.

"Takpelah ibu. Akak tak kisah jadi andartu.. bukan ada orang nak pun" balasnya.

Ibu hanya mampu merenung anak perempuan sulungnya itu. Walhal, hati Nadeera sudah tertutup sejak 10 tahun lalu. Namun, tak ada siapa yang mengerti. Padahal bukan tiada yang mahukan Nadeera.

Dahulu ada seorang lelaki yang pernah melamar Nadeera. Namun lamaran itu ditolak mentah-mentah oleh Nadeera.

Akhirnya Nadeera melaporkan diri di SK Taman Bahagia. Sekolah rendah itu berdekatan dengan sekolah menengah tempat dia belajar dahulu.

Dia masuk ke dalam kelas 3 Mutiara. Bilangan murid di dalam kelas itu 25 orang.

Beberapa minggu berlalu sejak Nadeera mula melaporkan diri di SK Taman Bahagia.

Sepanjang Nadeera mengajar, dia tak mengalami sebarang kesulitan. Rakan-rakannya sekerjanya juga sangat baik. Namun, ada sesuatu yang menarik perhatian Nadeera. Salah seorang anak muridnya sering bersendirian di dalam kelas. Nadeera pun tak mengerti mengapa.

"Adlan, teacher nak cakap dengan kamu boleh?" Soal Nadeera terhadap anak muridnya itu dengan lemah lembut.

Murid itu melihat ke arah Nadeera. "Kenapa teacher?"

Nadeera duduk di sebelah Adlan. "Kenapa tak main dengan kawan-kawan? Teacher tengok Adlan selalu duduk sorang-sorang."

Murid itu bermain-main dengan jari-jemarinya. "Mereka tak nak kawan dengan Adlan"

Nadeera terkedu. "Kalau camtu, Teacher Nad nak kawan dengan Adlan, boleh?" Tanya Nadeera.

Mata Adlan membulat. "ye ke teacher?" Soalnya.

Nadeera mengangguk. Adlan tersenyum lebar. "Ok teacher!"

Sejak itu, Adlan sering bersama Nadeera ketika di sekolah. Disebabkan dia rapat dengan Nadeera, beberapa rakan sekelasnya mula mendekatkan diri dengan Adlan. Perkara ini membuatkan Nadeera tersenyum. Dia mahu berbakti sebagai guru yang mampu memberikan ilmu kepada anak muridnya. Itu merupakan cita-cita Nadeera sedari kecil.

Ketika Nadeera sedang menanda kertas peperiksaan murid-murid tersebut, tiba-tiba Adlan mendekati Nadeera.

"Teacher,pak su saya dah kerja sini. Dia tukar balik sini." kata Adlan pada Nadeera.

"Oh ye ke, pak su Adlan kerja apa?" Soal Nadeera, melayani telatah kanak-kanak itu.

"Dia kerja polis. Pak su tukar sini sebab nak dekat dengan nenek" jawab Adlan.

EnchantedTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang