PROLOG | BDK

2.6K 264 33
                                    

KERETA dihentikan di depan sebuah kedai jam. Tanpa menghiraukan hujan yang kian lebat, Nufa turun dari keretanya. Titisan hujan yang membasahi tudungnya dibiarkan saja. Dia suka mendengar melodi indah itu.

Kaki dibawa melangkah ke depan pintu kedai jam itu. Pintu dibuka lalu dia masuk ke dalam. Setiap sudut kedai itu diperhatikan. Sangat unik cara susunan dan hiasan jam di sana berkat ideanya juga. Bangunan kedai seperti diperbuat daripada kayu tapi mewah.

Pekerja lelaki kedai itu terus pergi apabila melihat kehadiran pengurus syarikat jam tangan Felora Watches itu. Dia memang penjaga kedai ini tapi wanita muda itulah pemilik sebenar kedai jam tangan ini.

Nufa mendekati kaca yang menayangkan pelbagai jenis jam tangan keluaran Felora Watches. Felora Watches merupakan syarikat pembuatan jam tangan yang diasaskan oleh ayahnya dan diuruskan oleh Nufa sendiri.

Sejak kecil, Nufa didedahkan dan diajar cara pembuatan jam oleh ayahnya. Saat itu dia paling mengagumi ayahnya dan berasa bangga ada ayah hebat seperti Tuan Fateh. Tapi kini semuanya berubah setelah ibunya meninggal dunia.

Bunyi pintu utama dibuka membuatkan lamunan Nufa terhenti. Lekas dia memusingkan badan untuk melihat figura yang datang ketika itu.

"Sorry, we're clo..." Ucapan Nufa terhenti apabila matanya bertembung dengan seorang jejaka yang berdiri di depan pintu. Melihat lelaki itu basah kuyup, perasaan simpati menguasai diri.

"Maaf, kedai ni dah tutup ke?" tanya lelaki yang memakai baju t-shirt putih, dilapisi dengan baju jaket hitam di luar. Dia terpaksa masuk ke sini untuk berlindung dari hujan.

"Tak." Entah kenapa Nufa rasa kasihan untuk menghalau. Apa salahnya tolong orang susah, kan?

"Err ada tandas tak? Nak keringkan diri." Jaket yang basah dibuka seraya menanyakan hal itu. Rambutnya yang terjuntai di dahi diraup ke belakang. Lelaki itu nampak tampan.

"Dekat belakang." Nufa terus menunjukkan tempat untuk lelaki itu mengeringkan diri. Sempat dia memberikan tuala kecil yang kebetulan ada di dalam kabinet almari loker kedai itu.

Nufa buka langsir tingkap untuk perhatikan keadaan luar. Hujan masih hebat dan hari pun sudah mulai gelap. Seharusnya kedai ini sudah tutup tapi dia singgah sini untuk mencari ketenangan. Tak sangka pula akan ada customer last minute.

"Takpa, nanti jelah balik. Aku akan sakit hati juga kalau balik rumah." Nufa menggumam perlahan. Rintikan hujan itu membuatnya rasa tenang. Dia suka bunyi hujan yang menemani kesunyian malamnya.

Ayahnya bahkan lupa yang hari ini tarikh lahirnya. Tiada seorang pun yang ingat. Lagipun Nufa memang tak pernah meraikan ulang tahunnya sejak pemergian ibunya dulu kerana tarikh kematian ibunya hampir sama dengan tarikh lahirnya.

"Excuse me..." Kepala ditoleh ke arah lelaki yang sudah siap mengeringkan diri itu. Mata mereka bersabung seketika. Kekok pula.

"Err awak pekerja kedai ni?" Teragak-agak lelaki itu ingin bertanya. Apatah lagi pakaian wanita itu nampak mewah.

Nufa jatuhkan kepala dua kali. Dia bukan pekerja tapi pemilik kedai. Tapi sama jelah, kan.

"Awak pandai baiki jam?"

Nufa angguk sekali lagi. Bukan setakat baiki, buat jam pun dia pandai. Ini semua berkat kesungguhan dan minatnya mendalami ilmu tentang jam dan reka bentuk.

"Jam saya tak boleh berfungsi. Boleh tolong tengok tak apa masalahnya?" Jam tangan yang tersarung di pergelangan tangan kiri dibuka lalu dihulurkan pada Nufa.

Nufa menyambut jam tangan itu. Dia pergi ke meja khas pekerja untuk mengambil peralatan. Tangannya laju membuka bahagian belakang jam lalu diperiksa.

"Minyak pelincir di dalam mesin jam dah kering. Sebab tu kerja mesin jam terhambat dan jarum tak bergerak. Mungkin sebab dah lama awak tak guna jam ni, kan?" Nufa berbicara tanpa memandang wajah lelaki itu.

OG | Bawa Dia Kembali Where stories live. Discover now