NUFAKEN | 3

1.2K 198 19
                                    

BILIK wad pesakit dimasuki. Ken memeriksa keadaan pesakitnya. Buat masa ini, hanya pekerjaan ringan yang mampu dia lakukan di hospital ini. Selebihnya, Qash yang akan membantunya jika keadaan pesakit kritikal.

"Puan Laila perlu lakukan pembedahan segera. Dah dapat hubungi wali pesakit tak?" soal Ken sambil menatap seorang wanita tua yang terbaring lemah.

"Saya dah cuba hubungi keluarga pesakit dari minggu lepas tapi tak dapat, doktor," balas seorang jururawat perempuan yang berdiri di sisinya.

"Doktor..." Puan Laila memanggil lemah.

"Ya, puan?" Badan direndahkan sedikit agar dapat mendengari suara pesakit itu.

"Tolong saya... jumpa anak saya," bisik Puan Laila separuh merayu.

"Anak puan?"

"Saya nak jumpa dia..."

"Baik, puan. Saya akan hubungi dia."

Selesai memeriksa dan merawat semua pesakitnya, Ken keluar dari bilik wad. Dia ternampak kelibat Qash yang berlari menuju ke bilik pembedahan. Ken genggam tangan kiri. Dia rindu saat-saat dia selalu berada di dewan bedah dulu.

"Aku dengar doktor tu masuk sini sebab cable je weh. Dia lakukan kerja ringan je, selebihnya Dr. Qash yang tolong bedahkan pesakit dia." Terdengar bisikan suara seorang jururawat yang memerhatikan Ken. Cukup didengari oleh Ken.

"Really? Tak bertanggungjawab betul! Tahulah cucu pemilik hospital ni tapi dia tak layak jadi doktor pakar bedah kalau macam tu," balas jururawat yang lain dengan tatapan tak puas hati.

"Tulah. Best betul kan jadi orang kaya, semua benda boleh dapat semudah tu. Sedangkan kita? Nak masuk kerja sini dulu punyalah susah!" Jelas sinis sindiran itu.

"Muka handsome tapi kalau takda bakat, tak guna juga! Nak panggil dia doktor pun, aku rasa tak sesuai."

Tanpa menghiraukan umpatan mereka, Ken teruskan langkah masuk ke dalam bilik pejabatnya. Data peribadi Puan Laila dibaca. Nombor keluarga pesakit didail, tetapi tak diangkat.

Terpaksalah Ken pergi ke tempat anak orang tua itu bekerja memandangkan shift kerjanya sudah habis.

Kunci kereta diambil lalu Ken beredar pergi menuju ke sebuah syarikat. Nama syarikat Felora Watches ditatap. Nama itu tak asing di matanya. Kaunter utama dituju lalu dia bertanya kepada pekerja di kaunter pertanyaan.

"Boleh saya jumpa dengan Cik Atisha?"

"Maaf, encik perlu buat temu janji dulu untuk berjumpa dengan pekerja syarikat ini." Tegas pekerja itu. Dia hanya mengikuti aturan syarikat.

"Saya doktor kepada ibu Cik Atisha. Saya perlu jumpa dia untuk bincangkan sesuatu." Ken berkeras ingin masuk meskipun tiada kebenaran.

"Maaf, encik."

Ken pusingkan tubuh untuk beredar pergi, namun dia sempat melihat wajah yang sama seperti gambar yang ditunjukkan oleh pesakitnya tadi. Dia terus menyapa wanita muda yang baru masuk ke dalam bangunan itu.

"Cik Atisha?"

"Ya?" Atisha angkat kening. Macam mana lelaki itu kenal dia?

"Saya Ken Rafael, doktor kepada ibu cik. Saya datang sini sebab..." Belum sempat Ken memberitahu, wanita itu memotong laju.

"Wait! Ibu? Mak saya dah lama mati."

Ken agak terkejut mendengar ucapan tajam wanita itu. Riak wajah bengis turut kelihatan di wajah Atisha.

"Tapi ibu cik..."

"Dia bukan ibu saya! Dia hanya wanita asing!" Sekali lagi Atisha memintas dengan dada berombak menahan amarah.

OG | Bawa Dia Kembali Where stories live. Discover now