NUFAKEN | 10

1.3K 159 77
                                    

LAMARAN ini memerlukan banyak keberanian. Ken gagahkan diri meluahkan isi hati kerana dia tak mahu lari seperti pengecut. Dia tak mahu lepaskan peluang yang ada di depan mata.

Meski tak tahu sampai bila mereka diberikan masa untuk bernafas, Ken ingin habiskan setiap masa mereka bersama. Dia ingin Nufa berada di sisinya walaupun dia harus terima risiko akan kehilangan Nufa pada suatu hari nanti.

"Awak nak tak?" Ken tatap wajah Nufa yang kebingungan. Sepatah kata pun tiada keluar dari mulut Nufa setelah mendengar ucapan Ken.

"Kalau ni hanya gimik..." Belum sempat Nufa menghabiskan ayatnya, Ken memintas laju agar tiada salah faham.

"Tak. Ini serius. Saya serius ajak awak kahwin, Nufa."

"But why?" soal Nufa seakan tak percaya.

"Sebab hati saya pilih awak."

"Saya tak nak." Mendatar Nufa menolak seakan tak ada perasaan.

Riak wajah Ken berubah tegang. Dia tak menyangka Nufa akan menolaknya semudah ini. Padahal dia dapat rasakan perasaannya tak bertepuk sebelah tangan.

"Mudahnya jadi awak, kan? Ajak orang kahwin macam tu je. Awak langsung tak fikirkan perasaan orang sekeliling awak. Yang awak tahu, awak nak dapatkan apa yang awak nak. Awak ni pentingkan diri, tahu tak?" Tajam ayat Nufa tuturkan buatkan hati Ken terhiris.

"Awak fikir saya akan terus setuju? Saya mengaku saya salah sebab bagi awak harapan palsu. Maafkan saya sebab buat pengumuman bodoh tu. Saya tak sepatutnya libatkan awak dalam hal ni."

"Nufa..." Ken kehilangan kata-kata. Melihat Nufa marah, dia rasa bersalah.

"Kahwin? Awak fikir tu jalan penyelesaian terbaik? Kita hanya orang asing. Awak fikir saya nak percaya awak?" Tawa sinis dihamburkan. Nufa lipat kedua belah tangan ke dada dengan tatapan kosong.

"Saya takkan berani pertaruhkan hidup saya di tangan lelaki asing macam awak."

Ken ketap rahangnya seketika. Kenapa Nufa harus menolaknya dengan sangat kejam?

"Sejak awak muncul dalam hidup saya, hidup saya berantakan. Saya bingung dengan perasaan saya. Saya tak tahu apa kata hati saya. Saya tak tahu nak rasa apa sekarang. Awak selalu buat saya confuse."

"Saya faham. Saya tak paksa awak. Awak boleh ambil masa untuk fikir," kata Ken sekaligus cuba memujuk.

Nufa geleng. Dia berundur beberapa langkah. Kepala dipalingkan ke sisi. Tak mahu membalas tatapan lara Ken.

"Awak pun tahu kan saya tunggu seseorang selama 2 tahun."

"Tahu." Ken tahu tapi dia tetap inginkan Nufa. Dia sedar betapa berertinya kehadiran Nufa dalam hidupnya.

"Saya benci menunggu. Tapi saya tetap tunggu dia. Awak rasa kenapa?" Sinis Nufa bertanya dengan harapan Ken akan faham.

"Sebab awak cintakan dia?" teka Ken gugup. Ditatap sisi wajah Nufa.

"Mungkin. Saya confuse. Siapa sebenarnya orang yang saya cintai, saya pun tak tahu." Nufa rasa ingin gila bila fikirkan tentang lelaki itu. Kenapa harus jadi serumit ini?

"Saya tak pernah percaya sesiapa pun kecuali dia. Dia satu-satunya orang yang mampu buat saya rasa selamat." Mata dipejamkan untuk membayangkan wajah lelaki itu. Tapi tak jelas dalam ingatan Nufa.

"Saya rindukan dia. Hati saya nak dia."

Ken tundukkan wajahnya. Sakitnya mendengar pengakuan Nufa. Sungguh tiadakah harapan untuknya? Sayangnya, Ken takkan mampu jadi seperti lelaki itu.

OG | Bawa Dia Kembali Where stories live. Discover now