NUFAKEN | 22

547 85 22
                                    

NUFA tersandar lemah di luar pintu kedai jam. Dia masih di tempat ini menanti Ken kembali meskipun sudah sejam berlalu. Dia mengelamun jauh. Wajahnya kembali muram. Fikirannya kusut. Semua berlaku dalam sekelip mata tapi cukup menyakitkan hati.

Kedua-dua belah kakinya yang terpasang kasut sneaker putih pemberian Ken ditatap. Andai saja dia tak lumpuh, dia pasti akan mengejar Ken. Namun, ini takdir. Dia tak boleh terus mempersoalkan kerana dia tahu takdir Allah lebih indah berbanding perancangannya.

Melihat kaki seseorang berdiri di depannya, Nufa dongakkan kepala. Wajah orang itu ditatap sejenak sebelum dia kembali tunduk. Malangnya, bukan lelaki itu yang ditunggunya. Nafas berat dihembus.

"Jom balik," ajak Zafrel lalu dia membantu Nufa duduk di atas kerusi rodanya semula. Betapa risaunya dia apabila mendapat panggilan daripada Nufa yang mengatakan Ken diculik.

"Aku tunggu Ken kembali." Nufa enggan bergerak. Dia rasa lemah apabila duduk di kerusi roda ini. Dia rasa tak berguna.

"Tunggu dekat rumah. Kalau kau sendiri dekat sini, lebih bahaya."

"Kalau jadi apa-apa dekat dia, macam mana?" soal Nufa sangat bimbang. Dia tak peduli jika dirinya yang diculik tapi kenapa harus Ken? Siapa yang tergamak melakukan hal ini?

"Jangan risau. Aku yakin Ken boleh jaga diri." Zafrel terus memujuk walaupun dia tahu tak mudah untuk runtuhkan keras kepala seorang Nufa.

"Tolong cari dia, Zaf..." pinta Nufa lemah. Semangat hidupnya menghilang sekali lagi.

"Ya, nanti aku cari dia. Sekarang balik dulu. Mungkin dia ada dekat rumah?" pujuk Zafrel masih cuba bertenang.

"Aku rasa ni semua salah aku."

Zafrel mengeluh. Sudah agak Nufa akan mengatakan hal yang sama. Setiap kali mereka berbual, Nufa tak pernah henti menyebut nama Ken di depan Zafrel. Nampak sangat Nufa sangat mencintai Ken melebihi diri sendiri.

"Sejak kahwin dengan aku, Ken banyak menderita. Sebab nilah aku nak lepaskan dia. Tengok sekarang. Mesti ada je cara untuk takdir pisahkan kami. Aku rasa kami memang tak ditakdirkan untuk bersama." Perit untuk Nufa tuturkan ayat itu. Dia tak rela kehilangan Ken secepat ini. 

"Cukup fikir negatif. Tak elok untuk kesihatan mental kau."

"Kalau aku menjadi penghalang Ken bahagia, aku reda lepaskan dia. Tapi bukan dengan cara kejam ni. Sekurang-kurangnya bagilah kami waktu untuk berpisah secara baik." Nufa pejamkan mata seketika. Terlalu sakit apabila nikmat bahagia dirampas secepat ini.

"Jangan overthinking. Ni bukan salah kau, Fa. Don't worry, aku pasti akan carikan dia sampai dapat." 

Setelah berjaya memujuk, Zafrel menghantar Nufa pulang ke rumah keluarga Ken sebelum Zafrel pergi mencari keberadaan Ken. Tiba saja dalam rumah, Nufa mencari di seluruh kawasan rumah tapi tiada jejak suaminya itu.

"Mama ada nampak Ken tak?"

"Tak. Bukannya dia dengan Nufa ke?"

"Nufa rasa ada orang culik Ken, ma."

"Hah? Diculik oleh siapa? Perompak?" soal Puan Sandra makin panik. Dia tak mahu kejadian lama kembali terulang.

"Tak tahu." Nufa raup wajahnya. Dia rasa sangat bersalah kerana tak mampu melakukan apa-apa sedangkan dia saksi kejadian itu.

"Dah cuba hubungi dia?"

"Dia tak bawa phone."

Melihat Qash baru muncul di ruang tamu, Nufa terus meluru ke arah lelaki itu. Qash terkaku di tempatnya. Hairan melihat suasana rumah yang terasa tegang.

OG | Bawa Dia Kembali Where stories live. Discover now