NUFAKEN | 19

673 105 28
                                    

TINGKAH laku Ken yang sedang mengemas bilik itu diperhatikan. Nufa lelah melihat Ken pula yang bertugas sebagai suri rumah. Sepatutnya Nufa yang menguruskan Ken tapi ini sebaliknya.

Dari siang sampai malam Ken selalu merawat Nufa. Segala keperluan asas Nufa telah disediakan demi memudahkan pergerakan Nufa. Lelaki itu bahkan tak jemu membasuhkan kaki Nufa.

"Ken..."

"Ya?" Ken terus memberi perhatian sepenuhnya kepada Nufa yang duduk berlunjur di atas katil.

"Pergilah kerja. Saya tahu hospital tu milik atuk awak tapi awak kena profesional. Jangan libatkan masalah peribadi dengan pekerjaan awak. Saya tak nak orang kutuk awak macam-macam," bebel Nufa agak risau. Dia juga merasa terbebani disebabkan tindakan Ken ini.

"Tapi..." Tanpa sempat Ken berbicara, Nufa memintas laju.

"Saya boleh jaga diri dan Zaf ada untuk bantu saya kawal emosi."

Ken gigit bibir bawah seketika. Dia tak suka mendengar nama Zafrel asyik disebut. Namun apakan daya, takdir seakan ingin menyatukan Nufa dengan Zafrel seakan Ken pula orang ketiga.

"Terima kasih sebab jaga saya selama ni tapi sekarang saya nak awak jaga diri awak sendiri."

Sungguh Nufa risau melihat keadaan Ken yang sekarang. Kurang makan, tidur dan rehat. Lelaki itu sentiasa bersedia 24 jam untuk menghulurkan bantuan kepada Nufa tanpa menjaga kesihatan diri sendiri.

"Saya okey jelah." Ken pamerkan senyuman sebelum dia terbersin. Mulutnya ditekup seketika.

"Tengok tu. Kalau awak jatuh sakit, macam mana?" soal Nufa bimbang. Andai saja dia boleh bergerak bebas, dia takkan membiarkan Ken keletihan kerananya.

"Takdalah. Tapi esok saya memang perlu masuk kerja. Awak okey ke?" Ken mengambil tempat duduk di birai katil. Wajah Nufa ditatap risau, terasa berat untuk berjauhan.

"Okey je. Mama kan ada."

"Janji awak takkan cederakan diri?" Jari kelingking kiri dihulurkan pada Nufa.

"Ya, janji." Nufa mencantumkan jari kelingking mereka lalu dia genggam tangan kiri Ken erat.

Semakin Nufa cuba menafikan, semakin perasaannya dalam untuk Ken. Dia akui dia masih ada perasaan pada Ken tapi dia tak tahu bagaimana ingin mengungkapkan rasa sayang itu.

"Tapi mungkin saya akan makin sibuk lepas ni. Kalau saya takda masa untuk awak, macam mana?" soal Ken agak risau kerana dia tahu atuknya akan memberinya kerja tambahan untuk menebus masa cutinya.

"Jangan risau. Awak dah banyak luangkan masa untuk saya. Itu pun dah cukup." Nufa ukirkan senyuman tipis untuk memujuk hati sang suami.

"Awak senyum?" Mata Ken membulat seakan tak percaya. Setelah sekian lama, dia melihat Nufa tersenyum kembali. Ken terus tersenyum lebar.

Nufa kawal riak wajahnya. Dia tak perasan dia tersenyum. Tapi melihat reaksi teruja Ken, Nufa rasa terharu. Bahkan hal kecil yang dilakukannya, Ken selalu hargai.

"Lepas ni, awak mesti selalu senyum tau. Janji?" pinta Ken sambil mengeratkan genggaman tangan mereka. Mata Nufa ditatap penuh berharap.

Dia harap akan ada sinar cinta dalam tatapan mata wanita itu suatu hari nanti. Dia ingin melihat sisi ceria seorang Nufa Eldarya sekali lagi.

"Saya akan cuba." Nufa ukirkan senyuman tulus untuk Ken. Dia akan cuba untuk kembali jadi seperti dulu demi Ken.

"Walau apapun jadi lepas ni, saya harap awak akan baik-baik saja." Ken membalas senyuman sang isteri. Dia berharap mereka akan bahagia bersama.

OG | Bawa Dia Kembali Where stories live. Discover now