NUFAKEN | 14

661 113 16
                                    

PINTU rumah keluarga Ken dibuka. Ken menolak kerusi roda Nufa masuk ke dalam rumah mewah itu. Mereka pindah atas permintaan keluarga Nufa.

"Mulai hari ni, kita akan tinggal sini." Ken berbisik di telinga Nufa. Badan direndahkan sedikit agar menyamai ketinggian Nufa yang duduk.

"Kenapa rumah keluarga?" soal Nufa seakan tak berpuas hati. Dia tak suka hidup dengan orang ramai apatah lagi orang luar.

"Supaya kalau saya takda, mama boleh tolong tengokkan awak."

Ken juga mahu tinggal di rumah sendiri tapi disebabkan keadaan Nufa, lebih baik mereka tinggal bersama keluarganya untuk mengelakkan sebarang hal buruk terjadi.

"Nufa!" Puan Sandra mendekati mereka dengan senyuman di bibir. Tangan kanan dihulurkan agar disalami.

Nufa menyalami tangan mama mentuanya itu tanpa secalit senyuman. Dia belum terbiasa. Semua berlaku terlalu cepat dan tiba-tiba.

"Nufa jangan malu-malu tau. Anggap aje rumah ni macam rumah Nufa sendiri," kata Puan Sandra sambil mengusap lembut bahu menantunya itu.

Nufa jatuhkan kepala. Mulutnya terasa berat untuk dibuka.

"Kejap ya. Saya nak ambil barang kita dalam kereta." Ken pamit pergi meninggalkan Nufa dengan Puan Sandra.

Sungguh Nufa rasa kekok. Dia malu. Apalah pandangan orang tua itu terhadapnya?

"Nufa dah okey?" soal Puan Sandra tanpa rasa canggung. Dia cuba membuat Nufa rasa selesa berada di rumahnya ini.

"Okey, aunty."

"Aip bukan aunty. Panggil mama." Puan Sandra membetulkan ayat Nufa.

"Mama?" Terasa janggal untuk Nufa memanggil panggilan itu.

"Ya, menantu mama?" sahut Puan Sandra masih tersenyum lebar. Dia sangat suka akan kehadiran Nufa dalam rumah ini.

"Mulai hari ni, anggap mama ni macam ibu kandung Nufa sendiri tau. Kalau Nufa perlukan apa-apa, panggil mama. Mama akan tolong Nufa." Tangan kanan Puan Sandra naik mengusap kepala Nufa. Tatapan matanya dipenuhi dengan kasih sayang.

Nufa terharu. Dia rindu sosok seorang ibu. Sudah lama dia tak melihat tatapan itu. Selalunya, orang akan menatapnya dengan perasaan simpati saja.

"Kenapa mama terima Nufa?" soal Nufa hairan.

"Sebab Nufa pilihan hati anak mama. Mestilah mama sokong," jawab Puan Sandra sejujurnya. Jika Ken bahagia, dia akan lebih bahagia.

"Tapi Nufa lumpuh. Tak macam perempuan lain yang sempurna. Nufa bukan menantu idaman sesiapa pun." Perit untuk Nufa mengatakan kekurangannya itu.

"Menantu mama, takda manusia yang sempurna di dunia ni. Lumpuh bukan menjadi alasan Nufa serba kurang. Nufa tetap cukup apa adanya di mata mama dan anak mama." Lembut nada suara Puan Sandra memujuk menantunya itu.

Nufa terbungkam. Tak menyangka masih ada orang tua yang baik. Dia fikirkan Puan Sandra akan menjadi mentua yang jahat tapi ternyata salah.

"Mama dah lama teringin nak ada anak perempuan tau. Sekarang mama dah ada menantu yang terasa seperti anak."

Puan Sandra tundukkan sedikit kepalanya untuk menyamai paras wajah Nufa. Wajah cantik menantunya itu ditatap lembut.

"Mama akan jaga Nufa. Mama harap Nufa akan bahagia dengan Ken."

Walaupun Puan Sandra hanya ibu angkat Ken, dia akan tetap menjalani peran seorang ibu yang baik untuk anak dan menantunya itu.

Nufa tundukkan wajah. Rasa malu. Orang tua itu tetap menerimanya meskipun Nufa ada kekurangan. Bahkan orang luar lebih baik berbanding keluarganya.

OG | Bawa Dia Kembali Where stories live. Discover now